Kurangkan Kuning Bayi Dengan Air Cincau, Doktor Minta Ibu STOP Petua Mengarut Ini!

Kurangkan kuning bayi menggunakan petua orang dulu-dulu adalah tidak salah, namun ibu ayah perlu berhati-hati dan mendapatkan nasihat dari pakar dulu, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah jaundis atau demam kuning sering terjadi kepada bayi yang baru lahir. Bagi seorang ibu, sudahlah sakit bersalin masih terasa dan kini anda pula terpaksa menahan air mata setiap kali si manja kena ambil darah serta berusaha mencuba pelbagai petua bagi kurangkan kuning bayi.

Sememangnya petua orang dulu-dulu sedikit berbeza dengan perubatan moden. Ada yang memandikan bayi dengan daun inai, beri minum susu kambing, jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi dan sebagainya.

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

Tips mengarut dalam kurangkan kuning bayi

Menurut perkongsian pengalaman dari seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari, beliau tidak menyangka masih ramai lagi ibu-ibu cuba amalkan petua-petua pelik bagi merawat masalah bayi.

Dah masuk tahun 2021 pun masih ada yang sanggup membiarkan bayi baru lahir kena rendam dalam air cincau semata-mata ingin kurangkan kuning bayi (jaundice).

credit to sources

Dengan perasaan bangga pula tu, siap viralkan di media sosial lagi. Jangan sampai tahap begini ibu-ibu semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh jika anda ingin berikhtiar, tetapi janganlah sampai ibu menggunakan sahaja kaedah yang mengarut. Salah tu!

Secara umumnya, masalah kuning bayi ini sememangnya kerap berlaku disebabkan oleh fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk si manja.

Dalam badan manusia, Tuhan sudah menetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin. Bilirubin inilah yang akan diproses oleh organ hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui air kencing atau najis.

Apa yang berlaku terhadap bayi yang baru lahir, organ hati mereka masih baru untuk warming up. Sudah boleh berfungsi, namun dengan kadar perlahan. Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak di dalam darah.

Akhirnya timbul di kulit sehingga kelihatan kekuningan. Memang ada kajian menunjukkan seramai 50 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang berisiko mengalami kuning jaundice ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Namun ia tidak bermakna semua memerlukan rawatan. Kebanyakannya akan menjadi pulih dalam masa hanya 2 minggu. Perkara paling penting ialah pantauan melalui ujian darah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan dengan segera apabila perlu.

Dalam masa yang sama, tugas ibu ayah adalah perlu memastikan si kecil tersebut kerap diberikan susu badan agar bayi lebih kerap kencing dan berak. Sekiranya anda gagal menyusukan si manja dengan secukupnya, ini akan membuatkan tubuh dia mengalami dehidrasi dan kemungkinan bacaan kuning bayi semakin meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal yang paling menakutkan jika tidak dipantau. Anda mungkin tidak sedar yang sebenarnya tahap bilirubin sudah amat tinggi hingga akhirnya menyerang bahagian otak (kernicterus). Kesannya ia boleh menyebabkan bayi mengalami masalah sawan dan kecacatan otak kekal.

Kesimpulannya bila bayi mengalami kekuningan, paling penting ialah memastikan dia dipantau dan diberikan susu yang secukupnya. Bukan ajar petua mengarut dan buatkan ibu-ibu menjadi semakin tertekan.

Kuning bayi akan hilang dengan susu badan

credit to sources

Dengan izin Allah, kuning bayi boleh hilang jika anda beri susu badan dengan kerap. Ibu juga hendaklah memastikan banyak mengambil air kosong bagi meningkatkan penghasilan susu badan.

Ketika pantang ini juga, jangan makan sebarang jenis supplemen, jamu ataupun herba, lebih-lebih lagi anda yang menyusu badan. Ibu juga hendaklah mengelakkan dari menjemur bayi baru lahir di bawah cahaya matahari pagi kerana ia boleh meningkatkan risiko demam serta membuatkan kulit si manja menjadi kering.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, lapisan atmosfera pada hari ini tidak sama seperti dahulu. Terlalu banyak pencemaran udara sana sini seperti asap kenderaan dan rokok.

Justeru, sayangilah bayi anda dan sentiasa merujuk pakar. Anda bukanlah anak yang derhaka sekiranya tidak mahu mengikuti cakap ibu atau orang tua dalam hal sebegini.

Orang dulu-dulu kurang pendedahan tentang kesihatan, sebab waktu tersebut mereka sukar memperoleh informasi dan hanya mengikuti cakap-cakap orang tanpa sendiri tahu betul atau tidak petua yang didengari mereka itu.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Amalan Bahaya Yang Tidak Patut Dilakukan Untuk Turunkan Kuning Bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan