Siapa ibu di sini yang ‘sedut’ gas ketika ingin bersalin? Anda tahu tak gas apa yang disedut itu? Entonox, atau yang lebih dikenali sebagai gas ketawa adalah gas yang digunakan untuk memberikan bantuan kurangkan sakit bersalin.
Ia adalah campuran nitrous oksida dan oksigen. Gas ini akan disalurkan melalui tiub yang disedut melalui topeng atau sejenis alat dari mulut. Ia juga dikenali dengan gelaran gas penahan sakit.
Kurangkan Sakit Bersalin: Apa Itu Gas Entonox?
Entonox disedut sama ada melalui mask mulut semasa ibu mengalami kontraksi. Penggunaan entonox boleh memudahkan kelahiran dengan mengurangkan kesakitan bersalin, tetapi ia juga boleh menghilangkan kesakitan sepenuhnya.
Anda boleh menggunakan gas entonox ini bila-bila masa yang anda mahu semasa dalam proses bersalin, terutamanya semasa waktu kontraksi. Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa topeng muka atau dan sedut gas melalui mulut.
Seterusnya, tekap mask di mulut. Terus bernafas secara mendalam sehingga anda mula rasa sedikit khayal dan kemudian alihkan corong / topeng dari wajah.
Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 30 saat untuk etonox uberkesan. Mula ambil sedutan kedua anda ketika merasakan permulaan kontraksi. Jika anda tunggu sehingga kontraksi yang kuat, gas akan mula berkesan di antara kontraksi.
Kurangkan Sakit Bersalin Dengan Gas Etonox, Apa Kesan Sampingannya?
Apabila menyedut gas entonox semasa kontraksi, sesetengah wanita memberi pendapat yang entonox dapat mengawal kesakitan yang dialami ketika bersalin.
Malah, gas entonox adalah pilihan yang lebih murah dari segi kos berbanding suntikan epidural dan pethidine. Namun beberapa wanita mengatakan terdapat kesan sampingan yang mereka alami.
Berikut merupakan kesan sampingan yang mungkin dialami ibu hamil:
- Sakit kepala
- Pening, khayal
- Mual / loya.
Walaupun begitu, anda tak perlu risau kerana kesan yang dirasakan ini adalah terkawal dan akan hilang dalam masa beberapa jam.
Ethonox tidak mempunyai kesan sampingan pada bayi, malah serasi dengan ubat-ubat lain yang tidak ada kesan yang boleh mempengaruhi kaedah lain untuk melegakan kesakitan.
Tips Menggunakan Gas Entonox Dengan Lebih Berkesan Semasa Bersalin
Namun ada juga wanita yang berpendapat penggunaan entonox tidak membantu mengurangkan rasa sakit bersalin kerana tidak serasi dengan tubuh. Pendapat mengatakan sebenarnya, mungkin cara penggunaan gas entonox adalah tidak betul.
Berikut adalah beberapa tips agar penggunaan gas entonox lebih berkesan untuk bertindak untuk kurangkan sakit bersalin:
- Pastikan lekapan topeng gas entonox dipakai dengan kedap.
- Sedut perlahan-lahan sebelum kontraksi datang, dan semakin dalam semasa kontraksi berlaku. Apabila sakit semakin berkurang, kadar sedutan sepatutnya semakin berkurangan juga.
- Jangan menyedut gas entonox terus-menerus kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih dos lalu berasa khayal dan hilang tumpuan, malah mungkin mengantuk.
- Pakar menyarankan has entonox diambil pada akhir peringkat kelahiran, iaitu sebelum bukaan serviks mencecah 10cm.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Sandra Ong dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.