Kutu Babi Sedap Bergayut Di Mata Budak 6 Tahun, Mujur Ibunya Guna Petua Betul Elak Lebih Parah

Mata antara tempat kesukaan kutu babi untuk menggigit kerana kawasannya lembut. Mujur petua ibu ini menjadi selamatkan mata anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sengkenit atau juga dikenali sebagai kutu babi memang biasa dikaitkan dengan kanak-kanak. Tetapi yang biasa didengari adalah biasa menggigit di bahagian yang tersorok seperti telinga dan celah kangkang.

Namun lain pula kisah bagi anak berusia enam tahun ini apabila haiwan kecil itu menggigit di bahagian kelopak matanya! Berderau darah bila lihat berdarah di sekeliling matanya.

Menurut laporan Harian Metro, jangan sesekali abaikan penangan makhluk kecil ini kerana ia mampu menghasilkan sejumlah telur dan akhirnya bermaharajalela pada anggota badan tertentu bagi tempoh yang lama.

Memiliki fizikal berkaki lapan, kebiasaannya sengkenit suka menghisap darah manusia di sekitar permukaan kulit yang lembut. Ini termasuk pada muka, mata, telinga dan kemaluan. Bila ia menghisap darah, saiz perutnya akan membesar 30 kali ganda daripada saiz asal,

Kutu babi sedap bergayut di mata budak 6 tahun

Jadi tindakan pantas wanita ini yang menanggalkan sengkenit itu di mata anaknya adalah tindakan bijak kerana ia dikatakan boleh memudaratkan sehingga boleh menyebabkan buta.

Menurut perkongsian mStar, kanak-kanak itu menjadi mangsa gigitan sengkenit atau kutu babi itu pada bahagian mata kirinya. 

Segala-galanya bermula apabila dia menyedari mata anak sulungnya yang berusia enam tahun itu berair. Tetapi beliau langsung tidak nampak sebarang yang anak dan anaknya juga tidak kata mata sakit, tidak selesa atau gatal dan sebagainya. 

Namun, hasil pemeriksaan adik wanita itu ke atas mata anaknya, mereka dapati ada benda hitam pada mata kanak-kanak itu. 

Wanita itu segera memeriksa mata anaknya dengan teliti dan akhirnya menemui kutu babi yang melekat di kelopak mata anaknya bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa lama haiwan itu sudah bergayut di mata anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba guna air tembakau

Mengetahui petua yang pernah didengari dulu iaitu gunakan air tembakau, namun tidak menjadi dan sengkenit itu masih tetap tidak berganjak daripada mata anaknya.

Dia kemudian menggunakan minyak mustajab dan akhirnya luruh sendiri sengkenit itu hanya dalam beberapa saat.

Selepas itu wanita berkenaan terus membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang jangkitan kuman dan sebagainya.

Lambat bertindak boleh sebabkan buta 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita itu bersyukur apabila doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius pada bahagian mata anak lelakinya, malah memujinya kerana pantas bertindak.

Katanya, doktor cuci bahagian luka itu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang bahaya. Mata boleh buta kalau sengkenit tu berak atau beranak pinak.

Cara mengatasi gigitan serangga pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serangga ada di mana-mana saja dan tidak pelik jika ia menggigit anak kita. Jadi jika bawa anak ke mana-mana apa yang penting anda peka dan tahu keadaan kulit anak.

Sebagai contoh, jika anda pergi ke pulau yang pasirnya halus dan cantik ada sand fly yang mungkin boleh datangkan mudarat kepada kulit anak yang jenis sensitif.

Jadi anda perlu bersedia dengan krim yang sesuai dan sebagainya bagi mengelakkan anda tidak selesa menahan gatal dan sebagainya.

#1. Kenalpasti apa serangga yang menggigit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling penting untuk anda kenalpasti jenis serangga yang menggigit anak

#2. Cuci bahagian digigit serangga

Jika perasan anak digigit serangga, cuci bahagian yang digigit serangga itu untuk pastikan tiada kaki atau sengat yang tertinggal pada kulit anak.

#3. Cuba sapu krim atau minyak yang selamat

Jika anda memang biasa guna krim atau minyak tertentu untuk atasi gigitan serangga sila gunakan dan pastikan ia tidak membawa iritasi kepada kulit anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Dapatkan rawatan segera

Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, dapatkan rawatan segera ke klinik berhampiran kerana 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu ini jumpa beribu serangga dalam brokoli yang dibelinya! Geli dan mengejutkan!

Baca juga: AWAS, racun serangga mengundang masalah lemah mental pada janin

Baca juga: Kanak-Kanak Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Hanya Kerana Gigitan Serangga!

Penulis

Lala Annuar