8 Amalan Sunat Memburu Lailatul Qadar Yang Boleh Dilakukan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Pendakwah bebas ini berkongsi amalan sunat mencari lailatul qadar yang boleh dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 malam terakhir telah pun bermula malam ini hingga akhir ramadan, jom sama-sama hidupkan malam supaya kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar yang dinanti. Lailatul qadar adalah malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Malam yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan dari Allah untuk hamba-hamba-Nya yang taat. 

Rebutlah peluang satu malam lailatul qadar yang mulia ini dengan berusaha memperbanyak ibadah amalan-amalan sunat yang boleh membersihkan diri, menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada pencipta. Sesungguhnya, kita semua pendosa yang khilaf yang sering melakukan kesalahan dan dosa. Namun itu tidak bermakna kita tidak layak bertemu dengan malam lailatul qadar. Memburunya adalah satu perbuatan yang dituntut.

Ada banyak pilihan amalan sunat yang boleh dilakukan untuk memperolehi lailatul qadar, seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Adnin Bin Roslan (penulis Tarbiah Sentap dan pendakwah bebas), menjawab persoalan netizen tentang tips untuk mendapatkan malam lailatul qadar. 

“Tak kisah lah jika awal-awal ramadan kita banyak sia-siakan tapi sekarang ini Allah bagi kita peluang 10 malam terakhir ini. Jadi, jangan lepaskan peluang all out kita beribadah”, katanya sambil memanjatkan rasa syukur. diikuti dengan pautan 8 tips yang boleh dilakukan pada fasa terakhir ramadan.

@adninroslan
10 malam terakhir telahpun bermula. Apa amalan yang kita nak buat? 1. Solat isyak dan subuh berjemaah. 2. Tarawih 3. Solat tahajud dan witir 4. Banyakkan berdoa 5. Zikir 6. Taubat & istighfar 7. Baca Alquran 8. SEDEKAH *** By the way, saya nak bagitahu yang team saya, @komunitidakwahtarbiah sedang menjalankan kempen “RAMADHAN TERBAIKKU”. Saya nak ajak sama-sama kita INFAQ, sedekah apa yang kita mampu tak kisah RM5, RM10, RM50, RM100, terpulang. Yang mana, duit sumbangan korang, akan disalurkan kepada: ✅Taja Iftar anak yatim dan fakir miskin. ✅Bantuan makanan asasi buat fakir miskin dan asnaf ✅Projek pembangunan MAKTAB TARBIAH untuk mengajar anak-anak di pendalam Sabah Alquran dan fardu ain. Jom sama-sama kita INFAQ untuk meriahkan kempen ni😍 Boleh hulurkan sumbangan kalian di akaun bank ini👇 568621037401 – MayBank (PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH) Atau boleh tekan LINK INI DI BIO sekarang!❤️ ♬ original sound – Ustaz Adnin

 

8 amalan sunat untuk mendapatkan malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir

Berikut antara amalan sunat yang boleh kita buat pada malam lailatul qadar:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Solat isyak dan subuh berjemaah 

Kalau boleh, rebut peluang untuk solat isyak dan subuh secara berjemaah di masjid bagi lelaki. Manakala, bagi perempuan boleh solat sahaja di rumah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

 

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]

2. Jangan tinggalkan solat sunat tarawih

Walaupun hukum solat sunat tarawih adalah sunat muakad, namun jangan sesekali tinggalkan solat sunat tarawih. Jika tidak boleh berjemaah di masjib, solat sunat tarawih boleh dilakukan di rumah. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir ramadan.

3. Memperbanyakkan solat sunat tahajud dan witir

Solat sunat tahajud merupakan salah satu solat sunat yang dilakukan pada waktu qiamullail, selain solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Manakala, solat witir pula dilakukan selepas selesai solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat, juga boleh dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar. 

4. Memperbanyakkan zikir 

Zikir mampu memberikan ketenangan dan menghilangkan kebimbangan dan keresahan. Selain, menambah rasa cinta dan syukur kepada Allah SWT. Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadi Riwayat Muslim (384)

5. Perbanyakkan doa minta keampunan kepada Allah SWT

Sebagai hamba Allah, ketika inilah waktu mustajab untuk kita bersungguh-sungguh berdoa dengan minta keampunan dan syurga kepada Allah SWT.

Doa yang diajar oleh nabi pada malam Lailatul Qadar:

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”

6. Taubat & istighfar

Kedua-dua amalan ini merupakan kunci kepada pembuka rezeki. Taubat adalah salah satu jalan untuk menyucikan diri daripada dosa dan kesilapan lalu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Jangan tinggal baca al-quran 

Sebaiknya teruskan usaha membaca al-quran. Tidak kisahlah selembar atau dua lembar setiap hari asalkan konsisten.

8. Sedekah

Memperbanyakkan sedekah kerana fadilat bersedekah sangat besar. Tidak berkurang sedikit pun harta orang yang bersedekah. Ini kerana, Allah telah memuliakan orang yang suka bersdekeah, seperti sabda Nabi SAW: 

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti  Allah tambahkan kemuliaan baginya.”  – (Hadis Riwayat Muslim)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 

Kesimpulannya, malam lailatul qadar adalah satu malam yang istimewa yang hanya ada dalam bulan ramadan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Jangan pernah merasa terlewat untuk memulakan amalan sunat yang dituntut.

Pun begitu, elakkan melakukan perkara-perkara bidaah seperti solat sunat lailatul qadar, mempercayai 7 likur dengan memasang pelita untuk malaikat mudah masuk ke dalam rumah dan lain-lain. Jadi, apa kata kita penuhkan 10 malam terakhir ini dengan ibadah dengan melakukannya bersungguh-sungguh tanpa terleka dengan godaan duniawi.

Isikanlah dengan berusaha bangun malam untuk qiamulail, kejut pasangan, anak dan ahli keluarga untuk menghidupkan 10 malam terakhir.Ramadan ini boleh jadi madrasah pertama mendidik dan melatih anak mengenal agama. 

Bagi kaum wanita yang uzur pula,kurangkan aktiviti ketika waktu malam agar mempunyai waktu untuk beriadah sebelum menyediakan hidangan sahur. Bagaimana dengan perancangan anda untuk 10 ramadan terakhir ini? Semoga lebih baik daripada sebelumnya, insha allah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rasa Tenang & Dingin, Ini 5 Tanda Malam Lailatul Qadar Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Baca juga: Cara Solat Taubat, Tiada Siapa Yang Terlambat, Allah Sentiasa Ada Di Sisi Hamba Yang MencariNya

Baca juga: Hidupkan Solat Tarawih Di Rumah, Suami Isteri Makin Sayang & Anak Jadi Lebih Disiplin

Penulis

Noorhidayah