Resepi Laksa Sarawak Terbaik Asli Untuk Dicuba & Lokasi Kedai Makan Di Lembah Klang

Kelazatan laksa sarawak terletak kepada aroma rempahnya dengan kuah yang cukup pekat berlemak membangkitkan selera makan, cuba resepi ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa laksa Penang sudah, rasa laksa Johor pun sudah, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri laksa Sarawak di rumah. Berbeza dengan variasi laksa negeri yang lain, laksa sarawak menggunakan mee hoon dan bukannya laksa beras.

Begitu juga dengan kuahnya yang sama sekali tidak menggunakan ikan sebaliknya diganti dengan isi ayam dan sambal udang kering sebagai tarikan utama. 

Apa yang pasti, hidangan ini sangat mudah untuk disediakan kerana menggunakan bahan dapur yang ada di rumah tetapi tetap enak!

Bau aroma rempahnya yang harum mewangi pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menikmatinya bersama dengan keluarga, anak kecil pun mesti suka. Kalau makan laksa ini sampai malam pun boleh kenyang!

Variasi Resepi Laksa Sarawak

Laksa Sarawak Guna Pes Homemade

Bahan-bahan untuk membuat pes: 

  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 7 tangkai cili kering* (rendam dalam air panas hingga lembut)
  • 1/2 inci lengkuas*(potong kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 biji buah keras*
  • 1 batang serai* (dihiris nipis)
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 4 sudu besar bijan  (disangai)
  • 4 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak & dibuang kulit)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Gula, perasa dan garam secukup rasa

Cara penyediaan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar halus bahan2 yang bertanda*
  2. Kisar halus bahan yang telah disangai hingga garing dengan menggunakan pengisar kering.
  3. Satukan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak. Masak dengan api sederhana.
  5. Perasakan dengan garam, gula & perasa secukupnya.

Bahan-bahan untuk membuat kuah: 

  • Pes laksa
  • 500gm isi ayam
  • 300gm udang saiz sederhana ( asingkan isi & kulit & kepala. Kulit & kepala udang boleh digunakan dalam air rebusan).
  • 1 batang serai
  • 300gm pati santan pekat
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (potong kasar)
  • 2 rumpun akar daun ketumbar (diketuk)
  • Air secukupnya

Cara penyediaan: 

  1. Sediakan air sebanyak 800ml-1 liter di dalam periuk.
  2. Masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar. Masak sehingga kuah mendidih.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam dan masak hingga empuk. Tos dan ketepikan. Carikkan isi ayam apabila sudah sejuk.
  4. Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5 minit. Tos dan ketepikan.
  5. Rebus kulit dan kepala udang dalam 15 minit. Tutup api dan tapiskan.
  6. Kisar kepala dan kulit udang dengan sedikit air, tapis apabila sudah halus sebelum masukkan semula ke dalam air rebusan tadi.
  7. Hidupkan api semula dan tambah pes laksa bersama asam keping. Kacau dalam 5 minit dan masukkan santan dan bahan perasa seperti garam, gula dan ajinomoto.
  8. Sesuaikan rasa. Biarkan kuah pekat dan tutup api.

Tips: Jumlah air bergantung pada citarasa anda sama ada sukakan kuah pekat atau sederhana.

Bahan-bahan untuk membuat sambal: 

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili blend
  • 1 sudu kecil belacan
  • 5 sudu besar udang kering (ditumbuk)
  • Pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Perasa
  • Minyak menumis

Cara penyediaan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kecuali air asam, garam, gula dan perasa.
  2. Masak sehingga sambal garing atau pecah minyak.
  3. Setelah itu, masukkan air asam dan perasakan. Tumis lagi menggunakan api kecil sehingga sambal garing.

 

Bahan pelengkap laksa sarawak:

  • Mee hoon 
  • Telur dadar
  • Tauge
  • Cili merah
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Limau kasturi

Laksa Sarawak Simple

Bahan-bahan untuk kuah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pes laksa Sarawak
  • Isi ayam
  • 1 kotak kecil santan
  • Udang
  • Garam dan perasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan. Carikkan apabila sejuk.
  2. Rebus udang menggunakan air yang sama sebentar dan angkat.
  3. Masukkan pes laksa Sarawak dan kiub ayam ke dalam air rebusan. Masukkan santan dan sentiasa kacau kuah.
  4. Perasakan kuah dan masak sehingga timbul minyak, tutupkan api.

Bahan-bahan sambal:

  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Garam dan perasa

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, udang kering, bawang besar, bawang putih dan belacan.
  2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan mengikut  citarasa.

Bahan-bahan tambahan:

  • Mihun (celur sehingga lembut)
  • Telur dadar (gulung dan potong)
  • Isi ayam (dicarik)
  • Udang
  • Tauge
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Sambal udang kering

Resepi Laksa Sarawak Kari

Bahan-bahan untuk kuah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 pes laksa Sarawak
  • 2 kotak santan kecil / 2 paket santan serbuk
  • 1 kiub ayam
  • 1 paket kecil pes kari
  • 1 liter air
  • Garam dan perasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan pes kari.
  2. Masak hingga mendidih dan tutup api.
  3. Perasakan dan tapis kuah.

Bahan pelengkap:

  • Mihun
  • Ayam (rebus dan carik)
  • Udang (celur)
  • Tauge (celur)
  • Telur (rebus / goreng telur dadar & hiris)
  • Cili padi / hijau (hiris)
  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Sambal belacan
  • Limau

Laksa Sarawak Haji Manan

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus pes Haji Manan
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 liter air
  • Bihun (dicelur)

Bahan sampingan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Udang (direbus dan air rebusan disimpan untuk kuah)
  • Isi ayam (rebus dan carik)
  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Daun ketumbar
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Chili flakes

Cara memasak:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan pes Hj Manan.
  2. Kemudian, masukkan pula kiub pati ayam dan santan kotak.
  3. Tunggu sehingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
  4. Apabila sudah masak, perasakan dengan garam.
  5. Sedia untuk dihidang

Lokasi kedai makan laksa sarawak di Lembah Klang

Jika anda ingin merasai kelazatan laksa sarawak tak perlu sampai menyeberangi laut pun, sekarang juga anda boleh menikmati hidangan unik ini di Semenajung!

Ini antara senarai lokasi kedai makan yang menghidangkan laksa sarawak di sekitar Lembah Klang.

Pilihlah salah satu yang berdekatan dengan tempat anda. 

1. Dapur Sarawak (Kuala Lumpur, Putrajaya)

Alamat:  A-G-R2 & A-G-R3 Tower A Bangunan Suasana PJH, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 8 pagi -9 malam (Setiap hari kecuali Ahad)

Facebook: Dapor Sarawak

Nombor telefon: 03-8893 6922

2. Dayang Sarawak Corner (Putrajaya, Sungai Besi, Ampang)

Kedai makan ini mempunyai 6 cawangan iaitu di Putrajaya, Sungai Besi, Ampang, Cheras, Puchong, dan Shah Alam.

Alamat:

  • Putrajaya: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Sungai besi: Park N’ Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Ampang: 13, Jln Mamanda 7/1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Putrajaya: 9 pagi-10 malam
  • Sungai besi: 8 pagi-10 malam
  • Ampang: 10 pagi-11 malam

Facebook: Dayang Sarawak Corner

Nombor telefon:

  • Putrajaya: 010-369 7322
  • Sungai besi: 017-329 2005
  • Ampang:  03-4265 3875

3. SALTed (Mutiara Damansara)

Alamat: 30, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10pagi -2:30 petang

Nombor telefon: 03-7493 5266

4. Keday Kamek (TTDI)

Alamat: 18, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi- 10 malam

Facebook: Kedey Kamek

Nombor telefon: 019-547 5040

5. Dapur Sabak Salai (Bangi)

Alamat: 41, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 7 pagi -11.30 pagi

Facebook: Dapur Sabak Salai

Nombor telefon: 010-843 4331

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Baca juga: Jemu Dengan Lemang, Ketupat Dan Rendang, Resepi Mee Bandung Yang Mudah & Sedap Ini Sesuai Untuk ‘Open House’!

Baca juga: Resepi Lengkap Cara Buat Mee Celup Ala Thai, Betul-Betul Rasa ‘High Level’ Punya!

Penulis

Noorhidayah