Nak Lawat Bayi Baru Lahir Waktu Pandemik? Doktor Ini Beri 5 Larangan Wajib Dielakkan

Jika anda bercadang nak lawat bayi baru lahir sewaktu musim pandemik, doktor ini senaraikan lima larangan yang wajib patuhi sewaktu ziarah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada dalam kalangan kita yang merancang mahu lawat bayi baru lahir ketika waktu pandemik ini.

Maklumlah, 9 bulan kita menghitung hari tertunggu-tunggu kedatangan ahli baharu dalam keluarga. Waktu itulah kita bersama adik beradik yang sudah lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, akan berkumpul melawat bayi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Risaunya kes Covid-19, boleh ke nak lawat bayi baru lahir?
  • 5 larangan wajib elak sewaktu lawat bayi baru lahir
  • Kes Covid-19 melibatkan bayi
  • Ikuti nasihat Kementerian Kesihatan

Risaunya kes Covid-19, boleh ke lawat bayi baru lahir

 

Bagaimanapun timbul kebimbangan, bolehkah kita melawat bayi yang baru lahir di kala statistik kes jangkitan Covid-19 negara masih lagi tinggi? Setiap hari jumlah pesakit baharu yang disahkan positif melebihi angka 20,000. Malah pernah mencecah melebihi angka 30,000.

Data tertinggi jangkitan baharu pernah dicatatkan setakat artikel ini ditulis ialah sebanyak 33,406 kes, yang dilaporkan pada 5 Mac lalu. 

Dibimbangi sekiranya kita melawat bayi, kita pula menjadi pembawa penyakit kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada bayi yang belum mempunyai sistem imun matang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi ada yang langsung tidak bergejala serta tidak mempunyai tanda-tanda sudah dijangkiti Covid-19. 

5 larangan wajib elak sewaktu lawat bayi baru lahir

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol yang juga pengamal perubatan paediatrik ini, beliau senaraikan lima larangan wajib perlu dielakkan sewaktu menziarahi bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tak perlu pegang atau cium bayi tanpa izin ibu dan ayah bayi itu. Sistem imun bayi belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
  • Elakkan menyentuh bahagian luar pelitup muka pada muka atau anggota badan bayi. Bahagian luar pelitup muka terdedah dengan kotoran dan kuman selama berjam atau berhari lamanya.
  • Elakkan menyuap bayi dengan makanan atau minuman tanpa izin ibu bapanya.
  • Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi. Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda daripada bayi.
  • Ini paling selalu pelawat buat. Ibu itu berjam-jam menyusukan anak sebab nak bagi anaknya tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Perbuatan seperti ini boleh membuatkan ibu naik gila sampai jadi postpartum depression. Apabila pergi ke rumah orang, ingat tips yang dikongsikan ni.

Kes Covid-19 melibatkan bayi

Sebagai pengamal perubatan yang berhadapan dengan kes bayi dan kanak-kanak, Dr Redza turut berkongsi pengalamannya apabila ada bayi dijangkiti Covid-19. Beliau menceritakan ibu bayi baru mengetahui salah seorang saudaranya yang melawat bayinya dijangkiti Covid-19.

Cerita beliau, bayi itu berusia 25 hari dan sudah dua hari demam. Namun masih kuat menyusu tetapi tidak seaktif sebelum ini. Kemudian pada awal pagi, nafas bayi tersebut menjadi laju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisahnya di kongsi di pos Facebook berbunyi:

“Baru je saya buka pakaian PPE, seorang jururawat beritahu saya, doktor, ada satu lagi pesakit result dia Covid-19 positif.

“Rupanya bayi tu dah terkena jangkitan Covid-19. Mak dia kata dia baru tahu ada saudara-mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikuti nasihat Kementerian Kesihatan

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (amalkan wash, wear, and warn) sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (trace, report, isolate, inform and seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian Covid-19 sekiranya bergejala.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pelitup Muka Terbaik Kanak-Kanak Untuk Perlindungan Maksimum Dari Covid-19

Baca juga: Bila Anak Selesema Ibu Cuba Beri 5 Makanan Ini, Terbukti BERKESAN Tanpa Perlu Ubat!