Bagi mengurangkan rasa sakit semasa bersalin secara normal salah satu langkahnya adalah membuat latihan pernafasan yang betul sebelum waktu kontraksi muncul. Hal ini kerana, ramai ibu hamil yang terpaksa mengambil jahitan episiotomi kerana sukar untuk meneran secara alami lalu membuat koyakan jadi lebih besar.
Sementara itu, proses bersalin normal akan berlaku sekiranya pembukaan pintu serviks sudah penuh sebanyak 10 sentimeter dan tekanan akan berlaku jika ibu merasakan kontraksi yang sangat kuat.
Sebab itulah latihan pernafasan adalah titik penting untuk ibu dapat bersalin secara normal dengan lebih cepat.
Untuk membantu mengatasi masalah yang bakal berlaku, di bawah ini kami kongsikan cara dan latihan pernafasan bagi ibu hamil 8 bulan beserta manfaatnya.
Latihan pernafasan 8 bulan dan manfaatnya
#1. Teknik pernafasan perut
Pernafasan perut ini boleh dilakukan semasa ibu mempraktiskan gerakan senaman kehamilan dengan membuat yoga atau senaman ringan yang lain.
Hal ini kerana, latihan pernafasan perut ini dapat membuatkan paru-paru memiliki ruang yang lebih loggar. Apatah lagi, dengan teknik pernafasan ini dapat membuatkan otot perut menjadi lebih kuat.
Cara-cara melakukannya:
– Baring secara terlentang, kemudian lutut dilipat atau jika tak selesa ibu boleh juga berbaring secara mengiring.
– Bahagian tangan kanan di perut dan kiri atas dada lalu tarik nafas dari hidung.
– Perut akan menjadi semakin longgar dan tahan nafas di bahagian paru-paru untuk mengempiskan perut.
#2. Teknik menghitung nafas
Cara yang lain pula adalah dengan menghitung nafas di mana anda boleh mencuba melatih badan dan fikiran supaya bernafas dengan lebih baik.
Kebiasan ini dapat membantu proses meneran semasa bersalin secara normal.
Cara-cara melakukannya:
– Baring terletang dan letakkan tangan di perut dan dada
– Tarik nafas dan tahan sampai lima ke lapan saat.
– Kemudian, hembuskan nafas secara perlahan-lahan.
– Usahakan untuk mendorong semua udara dari paru-paru
– Lakukan teknik ini dengan tubuh yang lebih santai dan relaks
#3. Teknik pernafasan berputar
Semasa usia kehamilan sudah mencecah 8 bulan ibu harus bersiap sedia kerana janin sudah masuk ke bahagian panggul dan kepalanya juga telah mencecah ke pintu serviks supaya boleh bersalin secara normal.
Dengan cara teknik berputar ini ibu dapat memberi ruang kepada paru-paru dan menghindari kehabisan nafas semasa meneran nanti.
Cara-cara:
– Baring secara terlentang kemudian letakkan satu tangan di perut dan dada. Kemudian lipatkan lutut.
– Buat pernafasan sampai 10 kali.
– Ulangi teknik ini sampai anda merasakan tubuh kembali segar dan nafas menjadi lebih relaks. Guna bantal untuk menampung kepala supaya tidak lenguh.
#4. Teknik pernafasan Ujjayi
Kalau sesiapa yang pernah ikut kelas yoga mesti kenal dengan teknik Ujjayi ini. Langkah ini dilakukan bagi membantu paru-paru agar lebih selesa dan meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Kelebihannya sangat banyak sehingga boleh mengurangkan risiko luka episiotomi semasa bersalin normal.
Cara-cara:
– Cuba duduk bersila dengan selesa kemudian tarik nafas dari dalam hidung dan keluarkannya semula. Usahakan untuk menutup mulut.
– Biarkan saat udara keluar ada bunyi berdesing lantas membuatkan fikiran jadi lebih santai.
Manfaat teknik pernafasan semasa hamil
1. Dengan teknik yang betul ini dapat membuatkan tubuh memiliki oksigen yang mencukupi. Ini kerana semakin besar usia kandungan, ibu akan megalami sesak nafas dan tidak selesa. Jadi, jika buat latihan pernafasan ini dapat membuatkan paru-paru bekerja dengan lebih baik.
2. Membuat latihan ini dapat mengurangkan stres semasa usia 8 bulan sehingga dapat menghilangkan pemikiran yang tidak baik.
3. Semasa hamil biasanya ibu lebih rentan mengalami sakit otot dan sendi jadi untuk mengurangkannya adalah dengan bernafas dengan betul.
4. Ini merupakan bekalan untuk bersalin secara normal sekaligus mengurangkan rasa takut bila sering dibayangi rasa sakit semasa bersain normal.
Kesimpulannya, inilah antara teknik yang harus ibu hamil ikut semasa lapan bulan kehamilan. Anda mungkin boleh bertanyakan teknik ini kepada doktor kehamilan untuk maklumat yang lebih lanjut. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: hamil.co.id
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Teknik Pernafasan Yang Betul Untuk Bakal Ibu Supaya Dapat Tidur Lena