X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Jenis Makanan Yang Wajib Diamalkan Sebelum Hari Bersalin, Barulah Tubuh Lebih Bertenaga

4 min bacaan
5 Jenis Makanan Yang Wajib Diamalkan Sebelum Hari Bersalin, Barulah Tubuh Lebih Bertenaga

Dua minggu lagi sebelum menjelangnya due date, apa tunggu lagi ibu jangan lupa amalkan pemakanan penambah tenaga ini agar proses bersalin anda berjalan lancar.

Apabila semakin menghitung hari untuk melahirkan, ibu sebaiknya mengambil makanan penambah tenaga kerana ia dapat membantu ibu lebih kuat pada hari kelahiran itu. 

Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi memang sangat digalakkan untuk ibu hamil malah beberapa spesifik makanan penambah tenaga ini memang sangat disarankan sebelum menjelangnya  due date. 

Apakah makanan yang dimaksudkan itu, mari kami kongsikan dengan anda semua. 

Makanan penambah tenaga semasa bersalin 

Makanan penambah tenaga 1 ) Kurma 

makanan penambah tenaga, makanan tambah tenaga, makanan menambah tenaga ibu, makanan penambah tenaga semasa bersalin, makanan tenaga ketika melahirkan, bantu proses bersalin, makanan yang bantu proses melahirkan

Buah kurma berasal dari Timur Tengah dan ia juga sangat popular di Malaysia khususnya ketika bulan Ramadhan kerana keberkatan mengambilnya ketika berbuka puasa dan sahur. 

Selain itu, kurma juga dianggap sejenis buah yang boleh melancarkan operasi melahirkan yang telah banyak diketahui umum.

Satu kajian yang dilakukan pada 2008 menunjukkan wanita yang mengamalkan enam atau lebih kurma setiap hari selama empat minggu sebelum bersalin akan merasai manfaatnya. Di mana pembukaan pintu serviks akan terjadi secara natural sekitar 3 cm atau lebih berbanding ibu hamil yang tidak makan kurma. 

Selain itu, 96 peratus ibu yang mengamalkan kurma akan mengalami kelahiran normal dan merasai pengalaman bersalin dalam jangka yang lebih pendek sekitar lapan jam atau kurang. Sementara ibu yang tidak teratur mengamalkannya akan mengalami tempoh melahirkan yang lebih lama sekitar 15 jam. 

Buat anda yang mungkin tidak tahu, kurma memiliki kandungan gula yang cukup bagi meningkatkan tenaga selama proses bersalin itu. 

Makanan penambah tenaga 2) Sup tulang daging 

makanan penambah tenaga, makanan tambah tenaga, makanan menambah tenaga ibu, makanan penambah tenaga semasa bersalin, makanan tenaga ketika melahirkan, bantu proses bersalin, makanan yang bantu proses melahirkan

Kredit: El darwena

Mengambil protein haiwan juga penting untuk ibu sebelum menjelangnya hari bersalin. Misalnya seperti sup tulang daging yang mengandungi protein, mineral dan bahan kimia yang dipanggil asid hyaluronic. 

Malah, ia juga mengandungi Leucine dan Isoleucine yang merupakan bahagian hormon yang menjadi asid amino essential yang tidak dapat melalui tubuh jadi untuk meningkatkan jumlahnya ia boleh diambil dari makanan tersebut. 

Selain itu, sup tulang daging juga mempunyai kalsium, magnesium, kalium dan fosfor yang mampu menambahkan tenaga anda sepanjang proses bersalin nanti. Namun, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan tubuh ibu. 

Makanan penambah tenaga 3) Tembikai susu atau tembikai merah 

makanan penambah tenaga, makanan tambah tenaga, makanan menambah tenaga ibu, makanan penambah tenaga semasa bersalin, makanan tenaga ketika melahirkan, bantu proses bersalin, makanan yang bantu proses melahirkan

Buah-buahan seperti tembikai mempunyai kandungan air yang banyak bagi membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup dalam tubuh selama kehamilan. 

Oleh kerana, plasenta sudah semakin membesar dan berada dalam tempoh matang maka kemampuannya untuk menampung jumlah kecairan ketuban mula menurun. Namun, jika ibu terhidrasi maka cairan ketuban yang rendah dapat dielakkan. 

Selain air kosong, buah tembikai juga dapat membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup kerana buah ini mengandungi mineral elektrolit yang dapat meningkatkan penyerapan H20 dalam tubuh. 

4) Pisang 

makanan penambah tenaga, makanan tambah tenaga, makanan menambah tenaga ibu, makanan penambah tenaga semasa bersalin, makanan tenaga ketika melahirkan, bantu proses bersalin, makanan yang bantu proses melahirkan

Kredit: Hello Sehat

Pisang kaya dengan Potassium, Vitamin B dan Vitamin C yang dapat mencegah pre-eklampsia yang sangat dibimbangi semasa melahirkan. 

Buah ini juga dapat digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan yang sihat dan menambahkan nutrisi sekaligus ia dapat meningkatkan tenaga ibu semasa bersalin. 

5) Ubi 

makanan penambah tenaga, makanan tambah tenaga, makanan menambah tenaga ibu, makanan penambah tenaga semasa bersalin, makanan tenaga ketika melahirkan, bantu proses bersalin, makanan yang bantu proses melahirkan

Ubi memiliki estrogen yang sangat diperlukan untuk membuat asid hialuronat dalam tubuh. Malah Fitoestrogen dalam ubi tidak menganggu reseptor seperti xenoestrogen.

Dalam proses melahirkan, ia dapat merangsang peningkatan juga penghasilan estrogen, oksitosin, dan prostaglandin dalam tubuh anda. 

Ubi biasanya memiliki sejumlah tinggi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B (B6), mineral, kalium dan fosfor. 

Malah, penelitian menunjukkan terdapat penurunan keradangan terhadap seseorang pesakit kerana mengamalkan makan ubi. 

Manfaat lain juga seperti membantu produksi endorphin, mengurangkan rasa sakit yang tidak wajar, menghindari keradangan pada saraf dan merangsang penghasilan fibrinogen yang boleh menyebabkan pembekuan darah.

Jadi kalau  due date sudah hampir tiba maka sebaiknya ibu cuba amalkan makanan penambah tenaga yang kami senaraikan ini, semoga proses kelahiran anda berjalan lancar seperti mana yang diharapkan. 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Suarakan pendapat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.commakanan-tambah-susu-badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 5 Jenis Makanan Yang Wajib Diamalkan Sebelum Hari Bersalin, Barulah Tubuh Lebih Bertenaga
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham