TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Lelaki Dipecat Kerana Bersama Isterinya Di Bilik Bersalin

12 Jan, 2017
Lelaki Dipecat Kerana Bersama Isterinya Di Bilik Bersalin

Bapa ini ingin berada di samping isterinya pada hari bersalin. Tanpa disangka, dia telah dipecat akibat tindakannya itu. Ayah sekalian, anda tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di bilik bersalin?

Apabila Lamar Austin memilih untuk berada di sisi isterinya ketika bersalin, dia tidak menjangka yang dia akan menjadi seorang penganggur. Apakah salah di sebalik tanggungjawab suami ini sehingga terjadi sedemikian?

Seperti laporan ini, Lamar hilang kerja kerana gagal melaporkan kehadiran diri di tempat kerjanya. Dia sebaliknya berada di hospital untuk menyaksikan kelahiran anaknya menjalani tanggungjawab suami yang baik!

Mengejutkan? Ya! Tetapi tunggu, kisah ini tidak berakhir begitu sahaja.

Dihujani Tawaran Pekerjaan Selepas Dipecat

Sebaik sahaja berita tentang kejadian ini tersebar, beliau telah dibanjiri dengan tawaran pekerjaan dari pelbagai syarikat yang berada di kawasan yang didiaminya.

Lamar yang masih belum selesai tempoh percubaan tiga bulan sebagai pengawal keselamatan sambilan telah memutuskan untuk tidak pergi ke tempat kerjanya untuk berada di sisi isterinya yang berada di bilik bersalin.

Pada hari yang sama, dia telah menerima teks yang menyatakan beliau dipecat dari pekerjaannya.

Menurut laporan ini, berdasarkan berita yang disiarkan di dalam akhbar tempatan, Sara Persechino melancarkan kempen untuk keluarga Lamar.

Beliau berkata:

“Saya tidak fikir mereka harus bimbang tentang isu-isu kewangan sekarang; ia sepatutnya menjadi masa yang gembira untuk mereka berdua dengan kelahiran bayi mereka.”

Bukan sahaja Lamar mendapat sokongan daripada orang ramai, dia juga mendapat tiga tawaran pekerjaan, kata laporan ini.

“Kadang-kadang anda kehilangan sesuatu dan anda mendapat sesuatu yang lebih baik,” Lamar dilaporkan berkata.

Apakah Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Sedang Berjuang Di Bilik Bersalin?

tanggungjawab suami

Bagus kan si ayah ini? Dia sanggup melupakan segalanya, demi berada di sisi isteri pada hari yang bersejarah dalam hidup mereka sebagai suami isteri.

Ketika di bilik bersalin, adakah anda tahu apakah tugas ayah yang paling asas pada hari yang istimewa ini?

Kalau anda perlukan sedikit panduan, di sini adalah beberapa informasi penting untuk anda tahu dan amalkan:

1. Banyakkan membaca

Bersedialah seperti isteri anda. Baca buku atau laman web keibubapaan serta kehamilan.

Fahamilah apa yang dimaksudkan dengan air ketuban pecah. Fahami juga istilah seperti pengecutan dan pembukaan serviks dan bila untuk memilih epidural atau C-seksyen. Pada asasnya, bersedialah!

Kalau tidak, pasti anda akan ‘blur‘ ketika berada di bilik bersalin nanti.

2. Bantu isteri buat keputusan

Walaupun anda serta isteri mungkin telah membincangkan semua perkara yang berkaitan dengan hal bersalin bersama doktor anda, tapi mungkin akan ada ketika pada hari bersalin itu di mana anda perlu membuat keputusan last minute.

Apabila diperlukan, bersuaralah untuk isteri anda, demi kepentingannya. Bantunya untuk membuat keputusan yang bijak.

Pada ketika itu, isteri anda mungkin sedang berada dalam kesakitan dan tidak mampu untuk berfikir dengan baik dan tepat.

3. Mengalih perhatian isteri ketika dia sedang kesakitan

Sebagai seorang yang telah melaluinya dengan sendiri, saya berasa yang alangkah bagusnya jika suami saya ada di sisi saya untuk mengalihkan perhatian saya daripada segala rasa sakit dan ketidakselesaan.

Buatlah apa sahaja, asalkan isteri anda dapat kekal bertenang dan tidak terlalu memfokuskan diri pada rasa sakit kontraksi itu!

4. Bersabar

Apa yang isteri anda lalui pada hari bersalin itu bukanlah sesuatu yang anda dapat bayangkan. Dia akan berada dalam keadaan sakit yang teramat sangat dan mungkin akan mudah marah dengan tiba-tiba.

Dia juga mungkin menangis. Dan, anda akan berasa sedikit kurang macho kerana tidak dapat mengawal situasi itu.

Tetapi, anda perlu kekal bersabar. Senyum, kerana bukan anda yang perlu melaluinya tetapi isteri anda.

5. Insaf dan hayati apa yang isteri anda sedang lalui demi anda dan anak

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Ketika isteri anda sedang bersalin, perhatikanlah wajahnya. Cubalah untuk memahami kesakitan yang dialaminya.

Dia sedang berjuang demi keluarga kecil anda – menanggung rasa sakit itu seorang diri demi melahirkan anak, si permata hati.

Biarkan pengalaman itu mengajar anda supaya menjadi suami dan ayah yang lebih baik!

Pada akhirnya, apa yang boleh saya katakan adalah anda perlu mengharapkan apa yang tidak mungkin dijangka.

Setiap proses bersalin adalah berbeza. Setiap ibu akan mengalami pengalaman yang berbeza. Yang penting adalah untuk anda terus berada di sisi isteri sentiasa.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Lelaki Dipecat Kerana Bersama Isterinya Di Bilik Bersalin
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham