Kisah lelaki bertukar jadi wanita (transgender) pertama di dunia yang berjaya menyusu!

Anda pasti terkejut membaca kisah lelaki menyusukan anak ini. Tak sangka sains mampu membantu lelaki menyusu anak seperti kes "wanita" transgender ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu ketika dulu, lelaki menjadi wanita adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk dek akal. Namun, peredaran zaman dan teknologi telah mengubah kenyataan ini. Dan kes yang terbaru sekali yang akan membuatkan anda tergamam adalah kes lelaki menyusukan anak pula.

Sebenarnya, apa yang lebih tepat bagi istilah ini adalah lelaki yang bertukar menjadi wanita dan mereka kini mampu menyusukan anak.

Lelaki menyusukan anak, bagaimana ia boleh terjadi?

Anda pastu tertanya-tanya, bagaimana seorang lelaki menyusukan anak pula? Bagaimana benda seperti ini boleh terjadi. Di bawah ini kami ada menyiarkan berita tentang seorang wanita transgender yang menjadi lelaki menyusukan anak pertama di dunia!

Mari ikuti kisahnya…

Wanita transgender yang berusia 30 tahun ini telah mengambil seorang bayi sebagai anak angkat. Kemudian dia telah menjalani terapi hormon (domperidone, estradiol dan progesterone), dan dia telah menggunakan pam susu sebelum bayi itu lahir.

Menurut laporan kes, dia mampu memerah beberapa titis susu seminggu selepas mengambil domperidone.

Selepas 3 bulan menjalani terapi hormon, dia berjaya menghasilkan 8 auns susu sehari. 2 minggu selepas bayi itu lahir, dia mula menyusukan susu badan kepada bayi itu secara eksklusif selama 6 minggu!

Bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat dan menyusu secara normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita transgender ini mula mengambil hormon wanita sejak dari tahun 2011. Namun belum lagi melalui prosedur menukar jantina seperti membesarkan payudara dan vaginoplasty. 

Lelaki menyusukan anak, apa pula selepas ini?

Sebenarnya, bukanlah mustahil untuk seorang lelaki mempunyai susu badan. Mereka yang mempunyai kanser prostat contohnya, yang telah melalui rawatan hormon, boleh menghasilkan susu badan.

Walaubagaimanapun, kajian diperlukan untuk memperoleh rawatan bagi membuatkan wanita transgender boleh mempunyai susu badan.

Tapi, Domperidone tidak boleh diperoleh di sesetengah negara kerana ia mempunyai risiko masalah kesihatan, iaitu masalah jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ia membantu wanita transgender ini menyusu, namun mungkin juga mengepam susu menyebabkan proses laktasi ini berjaya.

Ibu bapa angkat sering kali mahu meransang laktasi untuk memberikan yang terbaik buat anak angkat mereka. Ini kerana bukan sahaja penyusuan ibu terkenal dengan manfaat kesihatan dan ekonomi, malah ia juga mengukuhkan lagi ikatan ibu dan anak.

Kasih sayang tidak mengenal jantina. Mungkin sesetengah tidak suka akan kemajuan kontroversi seperti ini. Namun mari kita lihat manfaat yang bayi tersebut dapat dari segi kesihatan dan kasih sayang.

Bukanlah kami di theAsianparent menggalakkan hal sebegini. Namun dari sudut lebih positif, ia berita yang baik buat mereka yang ingin menyusukan bayi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sains boleh membantu lelaki menyusukan anak, apatah lagi wanita.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeLive Science, Transgender Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bolehkah wanita menopause ada susu badan dan menyusu semula?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma