Lelaki Yang Bantu Buat Kerja Rumah Terbukti Lebih Sihat & Tinggi EQ! Suami Anda Bagaimana?

Pengurusan rumah tangga merupakan tanggungjawab bersama suami dan isteri. Tetapi lelaki yang rajin uruskan perihal rumah dikatakan lebih sihat dan tinggi EQnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda seorang lelaki dan anda telah membantu pasangan dengan kerja rumah, ini adalah berita baik untuk anda. Tahukah anda lelaki sihat malah lebih tinggi EQ apabila rajin membantu buat kerja rumah.

Lelaki yang meletakkan usaha yang sama atau lebih banyak untuk melakukan pengurusan rumah tangga lebih cenderung mempunyai EQ yang lebih tinggi dan lebih bahagia berbanding lelaki yang tidak melakukan atau berkongsi rumah tangga secara adil dengan pasangan mereka.

Bukan itu sahaja, isteri pun gembira dan tidak stress tau!

Tips Lelaki Sihat: Kelebihan Lelaki Yang Rajin Melakukan Kerja Rumah

Menurut Dr. Huang Wei Li dari Taiwan, lelaki yang melakukan kerja rumah tangga akan mendapat 3 manfaat – EQ yang lebih tinggi, badan yang lebih sihat dan gaya hidup yang sihat.

Kelebihan ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila si lelaki pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka hebat untuk membahagikan masa untuk tugas yang berbeza dan menyelesaikannya.

Ini merupakan satu petanda baik kepada para isteri! (Yay!)

Berikut adalah kelebihan lelaki yang membantu isteri membuat kerja rumah:

  • Mereka lebih empati terhadap pasangan dan keluarga mereka yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka panjang kerana ia membantu membina hubungan yang berpanjangan dan bahagia.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Suami yang tidak keberatan berkongsi kerja rumah dengan pasangan menjadi semakin bijak mengawal emosi.

  • Lelaki yang berkongsi rumah tangga dengan adil mempunyai gaya hidup sihat kerana mereka akan menghabiskan lebih banyak masa di rumah daripada di luar.

Tambah Dr. Huang lagi,

“Membasuh pakaian, membersihkan lantai, melakukan hidangan, ini semua bentuk latihan dan mereka sangat baik untuk dilakukan terutama selepas makan malam,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jangan duduk di sofa dan menonton televisyen. Selepas duduk di pejabat untuk masa yang lama, lebih baik bergerak dengan melakukan kerja rumah yang akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular. “

“Seperti sekarang, orang mempunyai masa yang kurang untuk melakukan aktiviti bersukan seperti dahulu, kerja rumah tangga adalah beberapa alternatif terbaik untuk membuat anda aktif di rumah,” katanya.

Tips Lelaki Sihat: Manfaatkan Masa Terluang Dengan Melakukan Kerja Rumah

Pada zaman kini, bukan para wanita sahaja yang melakukan kerja menguruskan rumah ya, lelaki juga memikul tanggungjawab yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, wanita kini juga bekerja dan sama-sama membiayai pembelanjaan harian rumah, jadi tidak ada alasan lagi untuk para lelaki tidak membantu si isteri khususnya.

Berikut merupakan beberapa tugasan mudah yang anda boleh lakukan di rumah:

#1 Sapu/Vakum Rumah

Terutama buat pasangan yang mempunyai anak kecil, pastinya rumah tidak akan selalu dalam keadaan bersih. Suami boleh menjalankan tanggungjawab dengan membersihkan sisa biskut/makanan yang tertumpah.

Sekali sekala apa salahnya bukan? Lagipun percayalah, semasa anda di tempat kerja, si isteri sudah melakukan perkara sama 3-4 kali sehari tau, tetapi biasalah bila ada anak kecil, pasti insiden makanan berterabur berulang lagi. 

#2 Basuh Pinggan Mangkuk

Kalau nampak pinggan mangkuk bertimbun di sinki, apa kata bantu si isteri membersihkan pinggan mangkuk itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan apa, kadangkala isteri tidak sempat melakukan tugasan itu kerana sibuk menguruskan anak.

#3 Bersihkan Sawang Di Siling

Orang kata, kalau mahu rezeki masuk, rumah kenalah bersih dari habuk dan sawang di dinding dan siling rumah.

Lagipun kebanyakkan wanita tidak sampai pula nak membersihkan area tersebut yang tinggi dan pastinya membahayakan sekiranya ada anak kecil berdekatan.

#4 Buang Sampah

Setiap kali menjelang malam, bungkus sampah dengan baik dan letak di tempat sampah yang sepatutnya.

Tugasan ini sebaiknya dilakukan oleh lelaki ya, kerana kurang sesuai pula bagi isteri untuk keluar buang sampah di malam hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Memasak

Lakukan kejutan untuk si isteri pula, dengan memasak untuk keluarga! Kalau anda sudah biasa memasak pastinya ini lebih mudah untuk anda.

Tambahan lagi jika si isteri juga bekerja, bukankah tanggungjawab menguruskan rumah patut dilakukan bersama-sama? Bukan isteri saja yang dapat berehat, suami juga dapat banyak manfaatnya.

Wah! Jika si suami suka membantu melakukan kerja rumah, anda sangat bertuah! Bukan sahaja si suami menjadi lebih sihat dan efisien, malah dapat melakukan senaman dengan cara mudah tanpa mengeluarkan wang pun.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak

Baca juga: Tak salah isteri minta bantuan suami. Ikuti surat terbuka dari isteri ini yang akan membuka mata anda…

Baca juga: Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi ‘baby’ bila sakit

Penulis

Beto Rahman