Bak kata pepatah, “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.” Tak salah merancang bersara awal jika sudah bebas hutang dan kewangan stabil seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki simpan 4 juta hasil berjimat cermat selama 21 tahun.
Isi Kandungan
Lelaki Simpan 4 Juta Hasil Berjimat Cermat Selama 21 Tahun
Lelaki Jepun yang berusia 45 tahun itu memulakan simpanannya pada awal 2000-an selepas mendapat pekerjaan yang stabil.
Selain itu, pekerjaannya sering memerlukan dia bekerja lebih masa, kadangkala hingga lewat malam.
Dia yang berpendapatan tahunan sekitar RM192,000 setahun merancang dengan teliti untuk menyimpan 100 juta yen kira-kira RM2.9 juta.
Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama syarikat dengan kadar sewa hanya RM887 sebulan dan menggunakan barangan terpakai.
Ikat Perut Untuk Menabung
Lelaki itu turut mendedahkan bahawa dia tidak mengamalkan makanan berat pada waktu malam seperti plum masam, sayur masin dan semangkuk nasi.
Ada kalanya, dia hanya mengalas perut dengan minuman tenaga yang diperoleh secara percuma melalui mata ganjaran dari kedai serbaneka atau menikmati biskut dengan minuman berkarbonat sambil menonton filem penjara yang dianggap sama dengan kehidupannya.
Selain itu, dia mula memasak keledek sepanjang hari selepas ketuhar gelombang mikronya rosak.
Dia juga tidak pernah menggunakan pendingin hawa atau pemanas. Sebaliknya, menyejukkan badan pada musim panas dengan memakai kemeja-T yang dibasahkan dan memanaskan badan pada musim sejuk dengan melakukan senaman.
Usahanya membuahkan hasil pada awal tahun ini apabila dia mengumumkan di media sosial bahawa akhirnya dia berjaya mencapai sasaran simpanan sebanyak 135 juta yen iaitu kira-kira RM4 juta selepas 20 tahun 10 bulan bekerja di syarikat itu.
Sarapannya lebih mewah dengan empat biji telur rebus dan membeli ketuhar gelombang mikro baharu.
Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila dia baru-baru ini mendedahkan bahawa simpanannya telah menyusut secara drastik akibat penurunan nilai Yen sejak awal tahun ini.
Walaubagaimana pun, tindakannya wajar dipuji kerana konsisten menabung untuk masa depan yang lebih terjamin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips Menabung Untuk Suami Isteri, Ibu Ini Kongsi Rahsia Untuk Jimat Cermat Dengan Mudah
Baca juga: 4 Tempat Terbaik Untuk Simpan Duit Raya Anak, Yang Menjadi Pilihan Ramai Ibu Ayah
Baca juga: Nak Kumpul Duit RM12,000 Dalam Masa Setahun Sahaja? Ini Caranya!