Ziarah Raya Berakhir Tragedi, Cucu Lemas Dalam Kolam Rumah Datuk

Ziarah Aidilfitri sepasang suami isteri ke rumah seorang ahli keluarga berakhir tragedi apabila anak perempuan mereka maut akibat lemas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegembiraan sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka menziarahi rumah ahli keluarga sempena Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila anak perempuan mereka yang berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa kanak-kanak tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun semalam akibat lemas.

Mati lemas di kolam rumah datuk

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit bersama kedua-dua ibu bapanya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun menziarahi ahli keluarga mereka di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh datuk mangsa.

“Bapa mangsa kemudiannya menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa ialah akibat lemas.

Sehubungan itu, ibu bapa mangsa disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Justeru, pihak polis ingin memberi nasihat dan peringatan kepada orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini,” katanya.

Jaga keselamatan anak ketika beraya

Masih ramai ibu bapa di negara ini yang kurang prihatin terhadap tanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka, malah sering cuai dan mengambil sikap ambil mudah terhadap aspek itu meskipun ketika beraya.

Lumrah kala beraya, anak-anak kecil paling gembira meraikan kemeriahan Syawal apabila dapat berjumpa sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beri tumpuan yang lebih terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Jangan sesekali membiarkan anak anda bebas melewati setiap penjuru rumah yang dikunjungi tanpa anda langsung mencegah atau melarang perbuatannya.

Pastikan juga ibu ayah sentiasa berada dekat dengan anak-anak yang masih kecil supaya pergerakan mereka boleh dipantau. Kita tidak tahu di rumah tersebut mungkin ada barangan tajam yang boleh membahayakan anak.

Selalunya kanak-kanak lebih suka mengikut abang atau kakak yang lebih tua ketika beraya ke rumah orang. Ada baiknya mereka ikut saudara-mara yang lebih tua bagi mengelakkan insiden seperti sesat atau diculik jadi keselamatan anak-anak yang masih kecil lebih terjamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Baca juga : Himpunan Iklan Raya 2023 Yang Cukup Menyentuh Jiwa, Penuh Pengajaran Buat Keluarga

Baca juga : Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Anda Tak Boleh Guna Sewenangnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi