X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lidah Budak Tersangkut Di Mulut Botol, Akhirnya Terpaksa Guna Gunting...

16 Jul, 2020
Lidah Budak Tersangkut Di Mulut Botol, Akhirnya Terpaksa Guna Gunting...

Sangat mencemaskan apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa menahan sakit kira-kira sejam apabila lidah tersangkut di mulut botol minuman.

Lidah adalah organ penting manusia yang terlibat dalam fungsi bercakap, mengunyah dan menelan. Bayangkan jika lidah tersangkut di mulut botol, mesti panikkan?

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan kepentingan organ yang satu ini, tapi tanpanya kehidupan harian akan terganggu dan memberi kesan amat besar kepada hidup seseorang manusia.

Seperti kejadian di Baling, Kedah semalam, sangat mencemaskan apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa menahan sakit kira-kira sejam apabila lidahnya tersangkut di mulut botol minuman.

Lidah tersangkut di mulut botol

lidah tersangkut di mulut

Kredit photo: Astro Awani/JBPM

Pelik tapi benar. Ini yang terjadi pada kanak-kanak berkenaan hingga memerlukan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan lidahnya daripada tersangkut di botol itu. 

Menurut laporan Astro Awani, difahamkan ibu bapa kanak-kanak itu sudah cuba membantunya tetapi tidak berjaya dan akhirnya terpaksa dibawa ke Hospital Baling.

Pihak bomba dihubungi untuk memberikan bantuan khas bagi mengeluarkan lidah kanak-kanak berkenaan daripada botol itu. Haru sungguh!

Anggota bomba terpaksa memotong corong botol berkenaan menggunakan gunting khas dan mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidah kanak-kanak berkenaan. 

Lidah boleh mengembang

Pasti ramai pelik dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak itu. Mesti ada yang kata, keluarkan saja lah, apa yang susah sangat? Betul? Lidah kan kecil, boleh saja tarik dari mulut botol. Pasti ada yang fikir beginikan?

Jangan tak tahu ya, struktur lidah kita terdiri daripada lapan otot. Disebabkan itu ia boleh mengembang dan menguncup. Unikkan? Nampak simple saja tugasnya, tapi kalau dah ada lapan otot, penting lah kan? Sebelum belajar mengenai otot lidah, jom baca dulu apa sebenarnya fungsi lidah manusia.

Fungsi lidah

lidah tersangkut di mulut

Menurut perubatan, lidah memiliki tiga fungsi utama iaitu

  • Sebagai deria rasa – manusia mampu merasa manis, pahit, masa dan masin melalui deria rasa yang ada pada lidah.
  • Salah satu organ pencernaan untuk mencerna dan menelan makanan – lidah juga berfungsi menolak makanan masuk ke rongga tekak ketika kita mengunyah dan makan.
  • Organ penting dalam proses bercakap – sekiranya berlaku masalah pada lidah, percapakan anda juga mungkin akan terganggu

Struktur lidah

Sebahagian besar struktur lidah disiusun oleh otot rangka yang mana ia terbahagi kepada dua otot iaitu otot intrinsik lidah (dalaman) dan otot ekstrinsik lidah (luaran).

Perasan atau tidak lidah boleh bergerak-gerak ke segala arah, sehingga ada yang boleh menjilat hidung sendiri? Ia dilakukan dengan bantuan segala otot yang ada itu.

Saraf yang berperanan terhadap lidah dipanggil Nervus Hypoglossus. 

Otot ekstrinsik lidah

Otot ekstrinsik lidah (luaran) berperanan dalam mengatur pergerakan lidah dalam mulut. Ada empat otot yang menyokong otot ekstrinsik lidah ini. Ia adalah:

  1. Musculus Genioglosus – Ia berfungsi untuk menjulurkan lidah. Ia juga sering dipanggil sebagai otot keselamatan (safety muscle) kerana ia merupakan satu-satunya otot lidah yang dapat menggerakkan lidah ke depan.
  2. Musculus Hypoglosus – Otot ini berfungsi ialah untuk menekan serta mencengkungkan lidah, kadangkala bila lidah dijelirkan kita akan lihat permukaan yang kelihatan ‘kurus’ kan, ini adalah kerana peranan otot ini.
  3. Musculus Styloglosus – Otot ini berfungsi untuk memanjangkan serta menarik lidah ke belakang. Otot ini membentuk cekungan lidah sehingga kita boleh menelan dengan mudah.
  4. Musculus Palatoglosus – Otot ini berfungsi untuk mengangkat bahagian belakang lidah dan membantu dalam proses menelan makanan yang dikunyah.

Otot intrinsik lidah

Otot intriksik lidah (dalaman) memilik peranan untuk mengubah ukuran lidah iaitu dengan memanjangkan, memendekkan dan juga melebarkan lidah.

  1. Musculus Longitudinal Superior – Otot ini memiliki fungsi untuk melebarkan lidah, mengangkat serta menurunkan bahagian hujung lidah.
  2. Musculus Longitudinal Inferior – Ia juga berfungsi untuk melebarkan  lidah, mengangkat serta menurunkan bahagian hujung lidah.
  3. Musculus Tranversus Linguae – Ia memiliki fungsi untuk memanjangkan serta melebarkan lidah bersama dengan musculus verticalis Linguae
  4. Musculus Verticalis Linguae – bekerjasama dengan otot musculus tranversus linguae untuk melebarkan lidah.

Beri anak minum guna botol dengan penyedut lebih selamat

lidah tersangkut di mulut

Minum direct dari botol mineral atau botol yang mempunyai mulut kecil tidaklah terlalu bahaya untuk kanak-kanak, tetapi adalah lebih baik menggunakan straw kerana ia mungkin dapat mengelak daripada kejadian tidak diingi seperti tercekik dan sebagainya.

Minum dari straw atau penyedut minuman membolehkan anak mengawal jumlah air yang masuk ke dalam mulut mereka berbanding minum direct dari botol minuman yang mungkin boleh buat mereka tersedak. 

Stories Rakan Kongsi
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: pendidikan, Astro Awani

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtongue-tie

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lidah Budak Tersangkut Di Mulut Botol, Akhirnya Terpaksa Guna Gunting...
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham