Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Apabila anak capai usia untuk makan makanan pejal, ada ibu bapa rasa risau tentang logam berat dalam makanan bayi. Ini fakta penting anda perlu tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keibubapaan adalah sebahagian cinta, sebahagian bimbang lagi-lagi berkaitan dengan kesejahteraan dan kesihatan anak-anak anda. Apabila si manja bersedia untuk makan makanan pejal pada usia enam bulan, timbul pelbagai kebimbangan baru berkaitan dengan makanan. Salah satunya, buat kebanyakan ibu bapa, berkaitan dengan logam berat dalam makanan. Mari kita lihat beberapa fakta saintifik mengenai logam berat dalam makanan, dan perkara yang anda harus perhatikan dalam soal kesihatan dan pemakanan anak.

Apakah itu logam berat dan bagaimana mereka muncul dalam makanan?

Kredit: Unsplash

Logam berat didefinisikan sebagai unsur semula jadi yang terdapat di kerak Bumi, Juga dikenali sebagai unsur sirih, logam secara harfiah, “berat”: mereka mempunyai berat atom yang tinggi dan tenggelam dalam air. Mereka termasuk tembaga, zink, magnesium, dan besi, serta arsenik, kadmium dan plumbum.

Dipercayai logam ini dibawa ke permukaan Bumi oleh fenomena seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi. Mereka kemudian dimasukkan ke dalam tanah dan air, yang mana ia diserap oleh tanaman. Pakar bersetuju bahawa sukar untuk menghindari atau menghapuskan logam berat dalam makanan.

“Logam – baik bermanfaat dan berbahaya – hadir dalam pelbagai makanan,” jelas Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat (FDA). Kejadian semula jadi logam di tanah dan air, serta di udara, juga diperhatikan oleh FDA.

Menurut FDA, kadar logam yang terdapat dalam makanan bergantung kepada banyak faktor, termasuk “keadaan tumbuh, industri, pembuatan, dan proses pertanian.” Sebilangan tanaman, seperti padi, secara semula jadi mengandungi unsur arsenik, kerana ia ditanam dalam keadaan berair dan menyerap lebih banyak unsur (sama ada ditambah atau berlaku secara semual jadi, atau kedua-duanya) yang terdapat di dalam air.

Kadang-kala, unsur surih penting seperti zat besi dtambah ke dalam makanan tertentu seperti bijirin dan roti oleh pengilang, bagi menambah nilai nutrisi secara keseluruhan. Amalan menguatkan makanan dan minuman dengan nutrien utama bukanlah perkara baru. Sebagai contoh, jus oren sering diperkayakan dengan vitamin D, dan banyak susu soya dan badan ditambah kalsium.

Kesan logam terhadap kesihatan

Kredit: Unsplash

Kesan logam terhadap kesihatan bergantung kepada jumlah yang diambil, jenis dan sifat logam, serta usia serta tahap perkembangan seseorang individu, jelas FDA.

Sebilangan logam diperlukan oleh tubuh manusia untuk pemeliharaan kesihatan yang baik, dan pada anak-anak, untuk perkembangan pertumbuhan yang betul. Sebagai contoh, penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan besi penting untuk perkembangan otak, yang mana ia dikaitkan dengan kemampuan belajar dan fungsi kognitif penting lain untuk kanak-kanak. Magnesium logam pemakanan diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan kesihatan jantung. Dan logam pemakanan lain – potasium – penting untuk kesihatan saraf dan otot, serta memindahkan nutrien ke dalam dan membuang produk dari sel.

Logam lain, seperti kadmium dan arsenik, tidak memberi manfaat kepada tubuh manusia dan boleh menjadi toksik apabila ditelan dalam tahap pekat atau tinggi.

Logam berat dalam makanan bayi: Fakta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Berita terkini tentang logam berat dalam makanan bayi yang dihasilkan secara komersial mungkin menimbulkan pelbagai persoalan. Mari kita lihat beberapa fakta mengenai perkara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Logam apakah yang terkandung dalam makanan bayi? Sebilangan besar makanan bayi yang dihasilkan secara komersial hanya boleh mengandungi tahap logam penting yang dipersetujui seperti besi, magnesium, potasium yang bermanfaat untuk kesihatan bayi, seperti dinyatakan di atas. Ini mesti disenaraikan pada pembungkusan, beserta jumlahnya.

Adakah logam berat dalam makanan bayi akan membahayakan anak saya? Jumlah logam yang tinggi – walaupun yang bermanfaat – apabila dimakan melebihi tahap yang dipersetujui, akan memberi kesan negatif pada kesihatan anak. Berita baiknya ialah makanan bayi yang disediakan secara komersial mengandungi logam berat yang rendah. Malah, kebanyakan syarikat pembuatan makanan bayi mempunyai langkah kawalan kualiti dan keselamatan yang ketat yang dipantau oleh badan ilmiah dan badan kerajaan. Selagi anda menawarkan pelbagai makanan sihat kepada anak, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Bagaimana dengan makanan bayi organik? Kebanyakan, jika bukan semua makanan akan mengandungi logam berat – termasuk makanan bayi organik. Logam berat biasanya ditemui dalam tanah dan air, dan jejaknya boleh ditemui dalam semua hasil, termasuk organik, seperti dikenal pasti oleh kajian. Oleh itu, makanan organik sering mengandungi tahap logam berat sama seperti makanan bukan organik.

Bolehkah saya mengelak logam berat jika saya membuat makanan bayi sendiri di rumah? Malangnya, tidak, kerana hampir mustahil untuk mengelak logam dalam biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ingat bahawa mereka ada di Bumi dan dalam air dan sebagainya, bahkan diserap oleh semua jenis tanaman. Malah, tidak seperti makanan bayi yang dihasilkan secara komersial yang mana kualiti diuji secara rutin dan di bawah pengawasan pelbagai organisasi pemantauan, perkara yang sama tidak dapat dilakukan ketika membeli produk sendiri untuk membuat makanan bayi. Namun, anda boleh mengikut beberapa tip keselamatan (lihat di bawah) ketika menyediakan makanan bayi di rumah bagi memastikan nilai pemakanan, kebersihan dan keselamatan yang optimum.

Tip keselamatan makanan untuk ibu bapa ingat

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada sebab untuk ibu dan ayah panik dengan kehadiran logam berat dalam makanan bayi. Ingat petua makanan, nutrisi dan keselamatan berikut apabila membeli makanan bayi komersial dan membuat makanan bayi sendiri.

  • Pastikan anak anda mendapat makanan seimbang apabila mereka bersedia untuk makan makanan pejal pada usia sekitar enam bulan. Mereka harus ditawarkan campuran buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ikan, serta biji-bijian untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi bagi mendorong perkembangan fizikal dan kognitif mereka.
  • Selang-seli jenis makanan yang anda tawarkan kepada anak. Mempelbagaikan makanan mampu mengurangkan penggunaan logam berat dan memastikan anak anda mendapat makanan seimbang dan bervariasi yang mengandungi semua nutrien utama.
  • Walaupun bijirin beras yang diperkaya dengan zat besi mampu memberikan anak anda campuran nutrien yang baik, itu bukan satu-satunya pilihan. Pastikan anda menawarkan bijirin diperkaya lain yang dibuat dengan, misalnya, barli, oat dan multigrain. Ini akan membantu mengurangkan kemungkinan berlebihan logam dengan hanya makan bijirin beras.
  • Ikan mengandungi nutrien penting seperti asid lemak dan protein Omega-3, penting untuk perkembangan otak sihat pada anak anda. Walau bagaimanapun, ikan yang lebih besar seperti ikan todak dan ikan yu mungkin mengandungi kadar merkuri logam berat yang lebih tinggi. Cuba elak ikan jenis ini sebanyak mungkin, dan pilih ikan yang lebih kecil seperti ikan kod atau ikan salmon. Namun, walaupun anda tidak selalu dapat menghindari jenis ikan yang lebih besar, anda tidak perlu terlalu risau. Agensi Makanan Singapura menyatakan bahawa keracunan teruk akibat memakan ikan yang mengandung logam berat yang tinggi jarang terjadi, dan hanya boleh terjadi sekiranya berlaku pencemaran laut yang teruk.
  • Akhir sekali, sentiasa bertanya pada pakar kesihatan jika anda mempunyai kebimbangan atau keraguan mengenai kesihatan dan pemakanan anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lakukan 6 Perkara Ini Jika Anak Terlalu KURUS, Tips Dapatkan Berat Ideal Kanak-Kanak

Penulis

Anis Hanini