Tidak Semua Penyakit Urticaria @ Ludah Jin Berpunca Alergik Makanan, Ini Jawapan Doktor!

Ludah jin merupakan penyakit gatal, ia biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Doktor mengatakan tidak semua kes berpunca dari pemakanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ludah jin adalah satu penyakit yang sangat sinonim dalam kalangan orang Melayu. Ada yang memanggilnya sebagai gegata atau kelopak garam.

Tetapi, jikalau anda hendak tahu, dalam dunia perubatan, nama saintifiknya adalah urticaria.  Sesiapa yang menghidapi penyakit ini akan mengalami kegatalan yang amat melampau pada badan.

Apa yang anda perlu tahu dalam artikel ini?

  • Ludah jin atau urticarian terbahagi kepada dua jenis
  • Punca penyakit ini berlaku 
  • Perkara yang anda perlu tahu tentang penyakit ludah jin

Penyakit urticarian terbahagi kepada dua jenis

Ramai orang menyangkakan bahawa penyakit ini berpunca daripada alergi makanan. Namun menurut pandangan pakar, penyataan ini adalah kurang tepat kerana ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Jom ketahui jenis-jenis penyakit ludah jin.

Terdapat dua jenis urticaria atau penyakit ludah jin. Pertama ialah jenis acute iaitu penghidap akan mengalami simptom penyakit yang kurang dari 6 minggu ke bawah.

Kedua, adalah dari jenis severe yang mana penghidapnya boleh menghidapi simptom yang boleh berlarutan sehingga 6 minggu atau lebih. 

Punca penyakit gegata ini berlaku 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit ludah jin ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Bagi kalangan kanak-kanak, hampir 40% adalah berpunca daripada jangkitan kuman dari segi viral atau bakteria.

Malah, sekiranya anak anda terkena jangkitan biasa sahaja seperti batuk dan sebagainya, ianya juga boleh turut mengundang penyakit kegatalan ini.

Selain itu juga, 50% punca penyakit ini juga boleh muncul disebabkan faktor yang tidak kita ketahui. Bab yang ini menarik bukan? Manakala untuk selebihnya, ianya boleh berpunca daripada pengambilan ubat (9%), dan juga makanan (1%).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang anda perlu tahu tentang penyakit ludah jin

  • Acute Urticaria kebiasaannya akan hilang dengan sendiri terutamanya jika punca penyakit ini berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan kuman. Ubat yang disyorkan adalah antihistamine. Contohnya, levocetrizine or loratadine. 
  • Ludah jin bukanlah disebabkan oleh alergi makanan semata-mata. Doktor akan memberi diagnosis terlebih dahulu dengan menyiasat segala maklumat dan sejarah pemakanan daripada pesakit. 
  • Ujian susulan diperlukan untuk mengesahkan punca penyakit ini berlaku sama ada ianya dari alergi makanan ataupun tidak.

Doktor tidak akan sewenang-wenangnya mengesahkan bahawa anak anda menghidap penyakit ludah jin tanpa meneliti sejarah kesihatan anak anda terlebih dahulu. Kepada ibu bapa, sekiranya anak anda mengalami kegatalan yang melampau, sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar segera. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!

Baca Juga: Kulit Gatal Sebab Kurap? Guna 4 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Pulihkan Kurap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman