Wanita ini nyaris kena kanser vagina kerana pakai seluar dalam kotor selama SEBULAN!

Doktor terkejut apabila mendapati wanita yang dirawatnya mempunyai luka pada kemaluan yang biasanya dihidapi oleh wanita yang sudah menopaus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjaga kebersihan diri memang sangat penting, lebih-lebih lagi buat wanita. Membersihkan kemaluan dengan betul dan memakai seluar dalam yang bersih setiap hari adalah penting. Tapi, tak semua wanita mengamalkan kebersihan diri yang ketat.

Seperti contoh seorang wanita dari China ini. Dia mengalami luka pada kemaluan yang boleh menjadi kanser kerana memakai seluar dalam yang sama selama lebih sebulan! Ya Tuhan!

Tak jaga kebersihan diri punca gadis ini mendapat luka pada kemaluan

Fang Fang yang berusia 23 tahun dari Wuhan, Hubei ini dilaporkan sudah berbulan-bulan tidak sihat, tapi dia tak tahu apa puncanya. Beberapa hari selepas dia mengadu asyik loya, dia mengalami sakit perut yang terlampau.

Atas nasihat rakannya, dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menerima berita yang mengerikan.

Doktor yang memeriksa Fang terkejut melihat luka pada kemaluan Fang. Luka ini boleh menjadi kanser jika tidak dirawat. Selepas melihat keadaan luka yang teruk, mereka membuat keputusan untuk membedahnya bagi membuang luka pada kemaluan Fang.

Doktor-doktor yang merawat Fang keliru kerana luka jenis ini jarang dihidapi oleh wanita muda dan biasanya dihidapi oleh wanita berusia yang sudah menopaus.

Mereka akhirnya menemui sebab sebenar luka tersebut apabila menyoal Fang, mendapat tahu yang Fang tak menjaga kebersihan dirinya.

Fang memakai seluar dalam yang sama lebih dari sebulan!

Fang memberitahu doktor yang dia mempunyai habit memakai seluar dalam yang sama selama lebih sebulan. Dia juga menambah yang dia memakai bra yang sama secara berterusan selama dua minggu.

AM370 melaporkan yang gadis ini mengaku dia malas untuk membasuh seluar dalamnya.

"Saya malas dan jarang membasuh pakaian dalam. Apabila saya datang haid, saya akan terus memakai seluar dalam yang sama selama sebulan dan akan bersihkan seluar dalam dengan tisu," dia mendedahkan.

Doktor juga memberitahu media, selain dari kurang menjaga kebersihan diri, gaya hidup tak sihat juga menjadi punca Fang mengalami luka pada kemaluan ini.

Pakar perubatan ini mendedahkan yang Fang selalu tidur lambat, merokok dan minum alkohol yang juga menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pakar ini menasihatkan para wanita untuk mengekalkan gaya hidup sihat serta mengamalkan kebersihan diri yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Luka pada kemaluan: Berapa kerap anda perlu cuci pakaian dalam? 

Tak seperti bra yang perlu dibasuh maksimum selepas tiga kali penggunaan (atau lebih kerap), seluar dalam perlu dibersihkan setiap kali selepas memakainya.

Sebabnya mudah. Seluar dalam yang sudah digunakan mengandungi mikroba yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ini termasuk, jangkitan saluran kencing, paru-paru berair, jangkitan darah atau e-coli dan ulser.

Malah, pengkaji juga menemui, lebih kurang sepuluh gram najis kita akan kekal dalam seluar dalam selepas membuang air besar.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Charles Gerba, profesor mikrobiologi di Universiti Arizona, menyimpulkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Membasuh satu muatan seluar dalam di dalam mesin basuh boleh merebakkan 100 juta E.coli dalam air yang kemudiaannya boleh merebak pada muatan yang berikutnya.

Cara yang betul untuk basuh seluar dalam bagi mengelakkan luka pada kemaluan

  • Basuh tangan adalah cara yang terbaik, tapi jika anda tak ada masa untuk membuatnya setiap hari, anda boleh gunakan mesin basuh.
  • Cuma pastikan anda basuh pakai dalam anda berasingan dengan pakaian biasa jika anda nak elak dari mendapat luka pada kemaluan.
  • Suhu basuhan. Biasanya, anda perlukan kepanasan setinggi 40 darjah selsius untuk mematikan bakteria yang mungkin hidup dalam seluar dalam anda.
  • Jemur bawah cahaya matahari. Kerana seluar dalam mudah untuk menjadi rumah pada bakteria, membasuh dengan air panas saja tak cukup. Anda perlu cuba keringkan bawah cahaya matahari supaya ia dapat membakar bakteria yang tertinggal.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Deepshika Punj dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar