Kadang-kadang, apa yang dicadangkan oleh “orang dulu-dulu” untuk makanan bayi, mungkin tidak semuanya selamat untuk bayi. Contohnya seperti madu. Pemberian madu untuk bayi adalah ancaman kesihatan yang jarang berlaku, tapi boleh membawa maut kepada bayi bawah umur 1 tahun.
Ingatkah anda pada kes bayi di Jepun yang maut selepas dia dikontrakkan botulisme selepas diberi makan madu? Kini, seorang ibu berkongsi kisahnya tentang botulisme yang berlaku kepada dirinya sendiri.
Madu Untuk Bayi: Kisah Bayi Yang Selamat Dari Botulisme
Kelli Tager mempunyai parut di lehernya, yang sering menjadi persoalan apabila dia membesar. Dia sering elak untuk menceritakan mengenai ‘lubang di leher’nya itu.
Tapi hari ini, dia yang telah menjadi ibu, merasakan ia satu tanggungjawab beliau untuk menjelaskan mengenai bahaya madu untuk bayi sekiranya ia diberi terlalu awal iaitu botulisme, satu keadaan kesihatan yang berpunca dari pengambilan madu.
Kelli menderita botulisme semasa dia berusia hanya 6 bulan. Di dalam sebuah artikel, dia menceritakan apa yang terjadi:
“6 bulan merupakan umur di mana ibu bapa akhirnya boleh memperkenalkan rasa ‘makanan betul’ kepada bayi mereka dan ibu saya teruja memperkenalkan saya kepada dunia rasa dari oat, yogurt, mustard, dan madu.”
Tetapi tidak lama kemudian, ibu Kelli menyedari anaknya “seolah-olah tidak bermaya.” Ibu itu cuba bersikap positif dan mengatakan hanya flu. Tetapi, apabila ibu Kelli cuba menyusu, dia melihat susu mengalir keluar dari mulut bayi dan menyedari Kelli tidak boleh menelan!
“Saya dibawa ke hospital dan disambungkan tiub untuk makan melalui hidung dan tracheotomy. Saya lumpuh dari kepala saya (termasuk mata) hingga ke kaki. Ibu saya kata saya kelihatan seperti anak patung.” Saya tidak boleh bergerak. Saya tidak boleh menelan. Saya tidak boleh bernafas. “
Bayi Pertama Yang Mendapat Diagnosis Botulisme Yang Berpunca Dari Madu
Kini, ada lebih banyak kesedaran tentang botulisme pada bayi yang berpunca dari madu. Oleh itu, apabila Kelli hampir mati, para doktor berjuang untuk mencari penyebabnya.
“Sebahagian doktor menganggap saya ada tumor otak, manakala separuh lagi doktor menganggap ia mungkin sesuatu yang lain, mereka hanya tidak tahu apa “.
Kelli terus melawan keadaannya dan dirawat di hospital selama 2 setengah bulan, malah setelah pulang ke rumah, Kelli terpaksa disuap oleh ibu bapanya kerana sudah lupa cara untuk menelan sendiri.
Kemahiran motor halus Kelli juga tidak berkembang sehingga dia perlu menjalani terapi. Hanya selepas 2 tahun, doktor mengesahkan keadaan Kelli adalah botulisme, yang berpunca dari pengambilan madu.
“Sebarkan info ini. Saya tidak meminta warga internet bersimpati dengan pengalaman hampir mati saya. Apa yang saya minta ialah anda menyebarkan saranan ini kepada rakan-rakan, keluarga, kumpulan ibu bapa, dan sebagainya. Memberi makan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun boleh membawa maut!”
Madu Untuk Bayi: Apa Itu Botulisme?
Botulisme adalah penyakit yang boleh terjadi apabila bayi termakan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam tubuh. Ia disebabkan oleh pendedahan kepada spora Clostridium botulinum (C. botulinum).
Bakteria dari spora boleh tumbuh dan berkembang biak dalam usus bayi, menghasilkan toksin berbahaya. Keadaan ini berlaku pada bayi sehingga usia 12 bulan, kerana bayi mempunyai sistem pencernaan yang tidak matang.
Tanda dan Gejala Botulisme pada Bayi
Gejala botulisme bermula antara tiga hingga 30 hari selepas bayi menghidu spora.
Walaupun botulisme bayi boleh dirawat, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. Rujuk bayi pada doktor dengan kadar segera sekiranya anda melihat mana-mana tanda amaran ini.
Sembelit merupakan tanda pertama botulisme yang boleh diperhatikan ibu bapa. Ia biasanya disertai dengan bayi menjadi lembik, lemah dan kesukaran untuk menghisap atau menerima makanan.
Gejala lain dari botulisme pada bayi termasuk:
- Ekspresi wajah lemah
- Tiada selera makan
- Menangis dengan perlahan
- Kurang pergerakan
- Susah untuk menelan makanan/air liur banyak
- Lemah otot
- Masalah pernafasan
Mencegah Botulisme Pada Bayi
Satu cara untuk mengurangkan risiko botulisme pada bayi adalah untuk tidak memberikan madu bayi atau makanan olahan yang mengandungi madu sebelum bayi menjangkau usia 1 tahun.
Madu mengandungi sumber bakteria Clostridium botulinum. Bakteria ini tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua kerana sistem pencernaan mereka lebih matang. Spora Clostridium botulinum juga boleh berada di sekeliling anda sebagai habuk dan kotoran di udara.
Elakkan pendedahan bayi terhadap tanah atau debu yang berpotensi tercemar. Pendedahan kepada tanah yang tercemar, contohnya berdekatan dengan tapak pembinaan dan tapak pertanian juga berisiko tinggi membawa kepada penularan bakteria ini.
Ingat ya, jangan sekali-kali beri madu kepada anak anda sebelum usianya 1 tahun!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.