- Panduan usia yang sesuai untuk beri anak main telefon
- Kesan sampingan beri anak bermain telefon
Walau bagaimanapun pendedahan yang terlalu lama pada skrin berisiko menjejaskan perkembangan si kecil anda. Mereka mungkin berdepan lambat bertutur, tidak mampu memegang pensil dan mudah tantrum.
Panduan usia yang sesuai untuk beri anak main telefon
Terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh American Academy of Pediatric mengenai usia sesuai untuk anak bermain telefon dan berikut adalah garis panduan yang perlu ibu bapa ikuti.
- Anak 18-24 bulan tidak boleh diberikan gajet
- 2-4 tahun hanya boleh diperuntukkan masa sebanyak 1 jam sehari
- 5 tahun ke atas, peruntukkan masa sebanyak 2 jam sehari
Pastikan setiap sesi anak anda bermain telefon tidak lebih dari 30 minit agar anak anda tidak mendapat kesan sampingan.
Kita sudah sedia maklum apabila anak dapat bermain telefon memang susah anak nak berenggang daripadanya. Jadi lebih baik anda displinkan anak anda dengan penggunaan telefon seawal yang mungkin.
Kesan sampingan beri anak main telefon bimbit
Sekiranya anda beri anak anda bermain gajet berlebihan, anak anda akan mendapat risiko kesan kelewatan perkembangan. Antaranya ialah:-
#1. Anak berisiko speech delay atau lambat bercakap
Sekiranya anak anda kerap bermain gajet, ini adalah antara risiko yang paling ditakuti kerana anak anda mungkin menghadapi kesukaran bercakap atau lewat bercakap. Anak anda perlu mendengar 11 juta perkataan dari ibu bapa dan sekeliling dalam setahun untuk membolehkan anak anda bertutur 10 patah perkataan.
#2. Mengamuk atau tantrum
Disebabkan terlalu bermain gajet, anak anda akan mudah mendapat tantrum atau mengamuk. Ini kerana mereka tidak pandai meluahkan keinginan atau hasrat melalui perkataan.
#3. Gangguan fungsi otak
#4. Kemahiran komunikasi sosial anak terjejas
#5. Anak bakal berdepan masalah untuk fokus
Masalah fokus boleh berlaku kepada anak anda disebabkan anak anda tidak mempunyai delay gratification. Visual dan kartun yang laju menyebabkan anak anda perlu memberi respons sepantas mencalit jari. Kedua, pendedahan skrin berlebihan mengganggu dua deria penting iaitu visual dan auditori.
#6. Masalah sensori dan tidak pandai memegang objek lain
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata
Baca juga: Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat
Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan