Tidak sanggup rasanya melihat bayi ini. Kepalanya tertusuk besi mainan rosak! Ngeri rasanya melihat besi itu tertusuk dalam kepalanya.
Perkongsian itu dibuat seorang warga Facebook yang memberitahu bayi itu adalah anak saudaranya.
Mungkin lepas ini, ibu bapa dah boleh buat inspection kepada barang permainan anak-anak ya. Mana yang rosak dan merbahayakan, buang saja lah.
Besi mainan rosak tembus kepala bayi
Kredit foto: Facebook Langsi 69
Difahamkan, menurut perkongsian itu, bayi berkenaan sedang bermain dengan lori permainan itu, entah bagaimana dia terbuka tayar lori itu.
Kemudian bayi berkenaan dikhuatiri mungkin jatuh dan kepalanya tertusuk besi alat permainan yang sudah rosak dan terlerai itu.
Bayi berkenaan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, dan dia ditahan di wad hospital berkenaan. Doktor juga difahamkan sudah menjalankan ujian mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Pemilik Facebook berkenaan memohon warga maya mendoakan kesejahteraan anak saudaranya. Posting berkenaan mendapat lebih 1,000 perkongsian dan lebih 400 komen yang kebanyakkannya mendoakan bayi berkenaan supaya cepat sembuh dan tiada sebarang kecederaan serius.
Ya allah separuh nyawa ku hampir hilang tengok Kejadian petang tadi korang semua tolong berhati2 jika ada mainan anak kereta2 ke buang lah jadikan ini pengajaran buat kita. Harini petang tadi anak buah saya tercucuk gan tayar kereta ni entah macam mana dia main2 terbuka benda tu, pastu dia tergolek jatuh atas tayat keta ni. Malam ni kena tahan wad doctor da buat Ct scan dan pantau anak buah sy harap esok dapat lah buang benda ni. Doakan anak buah sy cepat sembuh yee amin
5 tips beli, urus mainan untuk anak
Terlalu banyak jenis mainan di pasaran yang mungkin membuatkan ibu bapa rambang mata memilihnya untuk si kecil mereka.
Bagaimanapun, sebelum anda pening memilih mainan, perlu periksa dulu kriterianya sama ada sesuai atau tidak dengan usia anak anda kerana ada mainan yang tidak kena dengan usia kanak-kanak justeru ia mungkin mendatangkan bahaya kepadanya.
Mungkin nampak remeh saja mengenai topik beli mainan, tetapi tersilap beli ia mungkin akan mendatangkan kecelakaan kepada anak anda yang memberi kesan sepanjang hayatnya.
Penting bukan perkara pilih mainan anak ini. Oleh itu anda disarankan berhati-hati ketika membuat pemilihan pembelian mainan anak dan pastikan ia selamat untuk digunakan.
#1. Pastikan ia sesuai dengan usia
Beli mainan yang sesuai dengan usia anak. Untuk bayi kecil misalnya, peka dengan material barang permainan yang anda beli untuk mereka.
Bayi di usia muda atau di bawah setahun lebih baik anda belikan mainan jenis fabrik. Lebih baik jika ia dilabelkan sebagai kalis api. Ini kerana, bayi di usia ini tidak sesuai memegang barang terlalu keras kerana mereka masih belum dapat membezakan rasa sakit.
Ada kemungkinan boleh terketuk kepada dan sebagainya yang boleh mendatangkan kecederaan.
#2. Elak membeli mainan lama
Kadangkala kita selalu lihat, banyak mainan lama dijual seperti di bundle dan sebagainya. Ya memang boleh jimat dan kadangkala hanya ada sedikit kecacatan saja. Tetapi perlu diingat, ada mainan yang ada tempoh luputnya.
Mungkin selepas tarikh luput, dia boleh mendatangkan bahaya kepada anak seperti toksik dan sebagainya.
Murah dan mungkin ada nilai sentimental jika ia adalah mainan turun temurun, tetapi ia mungkin tidak memenuhi piawaian danberbahaya untuk keselamatan anak anda.
#3. Buat inspection selalu
Biasalah, anak main mesti ada yang rosak atau patah. Jadi buat inspection selalu terhadap mainan anak anda. Mungkin ada yang sudah patah dan menjadi tajam jadi ia merbahaya untuk anak. Jadi buang saja mana yang tidak elok itu. Jangan disimpan lagi.
Periksa mainan dengan kerap bagi memastikannya tidak rosak atau pecah dan berbahaya untuk anak anda. Buang mainan yang telah rosak atau baiki ia dengan serta-merta.
#4. Beli barang yang kelihatan seperti benda yang sebenar
Perasan tak, anak kecil lebih tertarik dengan mainan yang mereka nampak real. Mereka suka bermain suis elektrik, pintu, telefon bimbit anda atau apa saja yang ada dalam dunia realiti. Malah penyapu lantai juga mereka suka kan?
Hiburan dengan barang seakan sebenar ini memberi pengalaman kepada mereka. Jadi belikan mereka permainan yang ada dalam dunia realiti, seperti hidangan plastik dan makanan, kunci plastik, telefon plastik, alat muzik, penyapu saiz kanak-kanak, mop, berus dan debu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Facebook, Hello Doktor, youbaby
Baca juga:
https://my.theasianparent.compermainan-kanak-kanak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!