Ibu, Hadiahkan Salah Satu Mainan Bayi 4 Hingga 6 Bulan Buat Anak Jadi Bijak!

Mainan yang betul dapat membuat bayi akan sentiasa berminat untuk bermain dan pada masa yang sama, ibu ayah sebenarnya sedang melaksanakan tonggak perkembangan si manja!

Parents tahu tak mainan bayi 4 bulan hingga 6 bulan sebenarnya ada pelbagai jenis dan boleh membantu perkembangan si manja?

Menerusi permainan, kanak-kanak dan bayi dari setiap usia dapat belajar tentang diri sendiri dan dunia di sekitarnya. Ibu dan ayah pun boleh turut serta dalam keseronokan dengan si manja tau! Tahu tak, bermain dengan bayi  dapat membantu mereka mencapai tonggak fizikal yang penting dan mengembangkan otak mereka dengan pesat?

Bermain dengan permainan yang tepat boleh mengajar bayi tentang emosi, kemahiran sosial dan mendorong perkembangan bahasa.  Ini tidak bermaksud ibu ayah perlu mengajar anak atau masukkan ke kelas tertentu, tetapi hanya dengan bermain permainan yang sesuai dengan usia sahaja.

Jenis Mainan Yang Selamat Untuk Bayi 4 Bulan Ke Atas

Pada bulan-bulan awal, ibu ayah boleh meluangkan waktu setiap hari untuk bermain di lantai dan membaca dengan si kecil. Walaupun ia bunyi remeh, tetapi percayalah anda akan melihat kesan yang besar kelak.

Menjelang usia empat bulan, bayi akan mencari mainan sebaik sahaja mereka melihatnya. Sebelum membelikan mainan, pastikan ibu ayah menitikberatkan beberapa perkara di bawah:

  • Cari mainan yang bagus untuk perkembangan si manja, contohnya yang boleh merangsang deria si manja dan menggalakkan bayi mengerakkan anggota badan.
  • Selamat untuk bayi, seperti tidak mempunyai bucu atau muzik yang terlalu nyaring.
  • Bebas BPA dan bahan kimia berbahaya

8 Mainan Bayi 4 Bulan Hingga 6 Bulan

Sekiranya anda berusaha mencari mainan untuk bayi berusia 4 atau 5 bulan, ini boleh menjadi rumit dan sukar dengan banyaknya pilihan yang ada di pasaran sekarang! 

Mainan yang betul dapat membuat bayi akan sentiasa berminat untuk bermain dan pada masa yang sama, ibu ayah sebenarnya sedang melaksanakan tonggak perkembangan si manja. Dalam artikel ini, theAsianparent telah menyusun senarai mainan terbaik yang boleh ibu ayah pertimbangkan untuk waktu bermain anak anda yang berusia 4-6 bulan.

Mainan Bayi 4 Bulan Hingga 6 Bulan
Baby Soft Rattle Ball
Terbaik Mudah Digenggam
Beli di Shopee
3D Cloths Books Hand Puppet
Terbaik Untuk Memupuk Minat Membaca
Beli di Shopee
Baby Jumper Musical Jumperoo
Terbaik Tingkatkan Kekuatan Fizikal Anak
Beli di Shopee
Skip Hop All Soft Soother
Terbaik Dengan Sensor Pintar
Beli di Shopee
Suction Cup Spinner Toys
Terbaik Untuk Hiburan Lengkap
Beli di Shopee
Musical Playmat
Terbaik Untuk Bermain Pelbagai Cara
Beli di Shopee
Baby Sensory Ball
Terbaik Untuk Sensori
Beli di Shopee
Inflatable Play Mat
Terbaik Untuk Tummy Time
Beli di Shopee

Baby Soft Rattle Ball

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Mudah Digenggam 

Terdapat banyak cara bermain yang menjadi sebahagian daripada mainan ini yang akan membantu perkembangan bayi 4 bulan. Reka bentuk yang lembut dan bulat menjadikan ia mudah dipegang. Bahkan, warna yang terang merangsang minat anak.

Material bola ini sangat lembut jadi selamat untuk bayi menggigit atau memicit. Apabila digoncang, ia menghasilkan bunyi loceng yang tidak terlalu bingit tetapi masih menarik perhatian anak. Secara tidak langsung, boleh menggalakkan perkembangan kemahiran motor halus.

Jadi biarkan mereka bermain sepuasnya. Anak anda pasti leka saat bermain dengan jenis mainan bayi 4 bulan ini.

Apa yang kami suka?

  • Merangsang deria anak
  • Perkembangan kemahiran motor halus
  • Rattle bersih dan mudah untuk dicuci
  • Selamat untuk melegakan gatal gusi oleh bayi yang baru tumbuh gigi
  • Reka bentuk selamat untuk bayi dengan warna yang berwarna-warni
  • Bebas BPA

3D Cloths Books Hand Puppet

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Untuk Memupuk Minat Membaca

Membaca bersama si manja pasti menjadi salah satu aktiviti wajib dilakukan ketika mereka kecil. Tiada sebab untuk tidak tambahkan lebih banyak variasi buku ke dalam rutin anak, cuma mungkin kali ini ibu ayah boleh sediakan buku yang melibatkan ibu ayah seperti 3D Cloths Book Hand Puppet!

Ibu ayah boleh masukkan tangan ke dalam buku comel ini, bercerita sambil menggerakkan patung supaya bayi rasa seronok dapat berhibur sambil mendengar anda membacakan cerita. Anak juga boleh merasai pelbagai sensori di setiap halaman dengan jenis mainan bayi 4 bulan ini.

Anda pun tidak risau jika bayi ingin menyentuh atau meronyokkan buku kerana ia takkan terkoyak! 

Apa yang kami suka?

  • Menerapkan minat membaca pada si manja
  • Halaman lembut yang sesuai untuk pegangan anak kecil
  • Gambar dengan warna yang menarik
  • Boleh dibasuh dan warna tidak mudah luntur

Baby Jumper Musical Jumperoo

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Tingkatkan Kekuatan Fizikal Anak

Sekali pandang saja, pasti si manja akan teruja untuk menaiki pelompat bayi ini.  Ia merupakan permulaan awal bagi bayi untuk belajar berjalan dan melatih kekuatan fizikal terutama melatih kekuatan pada kaki si manja. Dengan corak dan reka bentuk yang menarik membuatkan anak terus leka bermain sehingga ibu ayah boleh berehat dengan baik.

Mainan ini sesuai diperkenalkan untuk bayi yang mampu mengangkat kepala tanpa dibantu dan yang baru belajar bertatih. 

Apa yang kami suka?

  • Menarik perhatian bayi dengan pelbagai fungsi
  • Lembut dan selesa, alas duduk boleh dicuci dengan mesin
  • Kerusi berputar 360 ° untuk memudahkan pergerakan bayi
  • Meningkatkan kekuatan aktiviti kaki, merangsang visual dan pendengaran bayi
  • Material selamat dengan stainless steel dan spring besi yang dibalut dengan kain khas untuk mengelakkan bayi cedera.
  • Mudah disimpan dan boleh dibawa kemana-mana

Skip Hop All Soft Soother

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Dengan Sensor Pintar

Lebih daripada sekadar teman, Skip Hop Malaysia All Soft Soother ini memainkan lagu tidur, suara alam dan juga suara rakaman setiap kali si kecil menangis. Sensor pintar yang diaktifkan dengan tangisan yang inovatif secara automatik bertindak balas terhadap tangisan, memberikan keselesaan segera kepada bayi anda.

Apabila bayi membesar, jenis mainan bayi 4 bulan ini pastinya menjadi teman setia kegemaran si manja. Skip Hop juga didatangkan dalam pelbagai reka bentuk haiwan yang comel!

Apa yang kami suka?

  • Tekstur Skip Hop yang lembut.
  • Sensor pintar yang diaktifkan menangis membezakan antara tangisan dan suara lain
  • Memainkan 3 lagu pengantar tidur dan 3 suara yang menenangkan atau perakam suara membolehkan ibu bapa menenangkan bayi dengan suara mereka
  • Mudah dipasang pada buaian dengan pengikat cangkuk dan gelung

Suction Cup Spinner Toys

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Untuk Hiburan Lengkap

Bunyi sha sha menarik perhatian bayi dengan mudah. Mainan bayi 4 bulan seperti ini secara tidak langsung dapat merangsang deria dan pancaindera bayi melalui sentuhan, pendengaran dan penglihatan.

Penyelamat ibu bila travel jauh, anak ralit bermain spinner sampai lena. Yang bestnya, spinner ini boleh dilekatkan pada mana-mana permukaan rata termasuk cermin tingkap supaya anak tak bosan duduk dalam kereta.

Apa yang kami suka:

  • Melekat dengan baik pada permukaan seperti kaca, plastik dan lantai seramik
  • Anak leka bermain dengan menguatkan otot jari untuk memusingkan spinner
  • Bunyi yang dihasilkan apabila diputar merangsang deria pendengaran
  • Boleh dijadikan teether membantu menenangkan gusi bayi

Musical Playmat

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Untuk Bermain Pelbagai Cara

Gim piano comel ini adalah mainan yang banyak dihadiahkan kepada munchkin kecil ketika mereka membesar, betul tak? Ia berubah menjadi pelbagai mainan untuk disesuaikan dengan bayi ketika mereka terus membesar.

Ia mempunyai bar mainan boleh laras dilengkapi dengan cermin yang digantung, teether, mainan keriput, rattle, dan clymer clacker malahan mempunyai kepelbagaian warna, tekstur, lagu dan suara yang membantu mengembangkan pelbagai deria si manja.

Apa yang kami suka?

  • Harganya yang murah dan ringan
  • Mainan gantung membantu bayi mengetahui sebab dan akibat
  • Lima cara bermain dengan tumbesaran bayi: baring, duduk, tendang dan bermain, baring dan pegang.
  • Mainan, bunyi, warna dan tekstur yang interaktif membantu meningkatkan perkembangan deria bayi.
  • Bentuk melengkung yang unik dan piano muzik menarik bayi untuk menyentuh dan mengeluarkan bunyi yang indah serta-merta.
  • Tikar permainan lembut dan tebal boleh dicuci dengan mesin

Baby Sensory Ball

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Untuk Sensori

Set bola dengan pelbagai tekstur ini terbaik untuk merangsang sensori bayi seawal 4 bulan. Setiap bola bertekstur mempunyai ciri unik untuk anak menyentuh, menggigit dan bermain dengan warna yang lembut. 

Jika anak memicit bola ia mempunyai bunyi yang menarik perhatian. Biarkan anak bermain dengan bola ini dengan meletakkan ke dalam tub mandi atau dalam bekas berisi air dan lihat bagaimana dia menerokai setiap satu.

 Apa yang kami suka?

  • Mainan deria ini mempunyai tekstur yang berbeza dan dapat digunakan untuk eksplorasi taktil dan pengembangan deria. 
  • Warna terang sangat sesuai untuk rangsangan visual dan dapat merangsang imaginasi kanak-kanak. 
  • Bebas BPA, selamat jika bayi menghisap

Inflatable Play Mat

Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik Untuk Tummy Time

Pastinya ibu ayah bimbang untuk membawa anak ke pantai kerana usianya masih kecil, bukan? Untuk permulaan, kenalkan anak anda dengan Children’s Toy Inflatable Play Mat. Anak anda boleh bermain dengan air dengan selamat dan tanpa basah.

Terdiri daripada pelbagai jenis hidupan lautan dengan warna yang menarik, si manja mesti seronok kalau dapat bermain di atas peta lautan ini. 

Apa yang kami suka?

  • Mengelakkan anak daripada mengalami flat head (kepala rata)
  • Menguatkan kekuatan otot leher dan tangan si manja
  • Meningkatkan kemahiran motor anak
  • Melatih koordinasi mata-tangan

Perbandingan Harga Mainan Bayi 4 Bulan Terbaik

Jenama Harga
Baby Soft Rattle Ball RM4.90
3D Cloths Books Hand Puppet RM11.90
Baby Jumper Musical Jumperoo RM 170.05
Skip Hop All Soft Soother RM296.00
Suction Cup Spinner Toys RM9.80-RM12.50
Musical Playmat RM22.99
Baby Sensory Ball RM12.90
Inflatable Play Mat RM6.26-RM12.99

Tips Perkembangan Anak Mental Dan Fizikal

Tahukah anda, 80% perkembangan otak anak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa berusia bawah 2 tahun. Oleh itu, ibu ayah boleh merangsang otak anak dari 0-2 tahun dengan mulakan pembelajaran dengan menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal.

Selain hadiahkan mainan yang membantu mengasah kemahiran motor anak, hadiah yang paling terbaik ialah anak-anak dapat merasai ‘special bonding’ yang diberikan oleh ibu ayah melalui kasih sayang yang secukupnya. 

Antara tips perkembangan anak mental dan fizikal dengan ‘zero cost’ yang boleh dilakukan oleh parents adalah: 

1. Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

Tiada alasan untuk ibu ayah yang bekerja untuk culas menjaga anak-anak, jadi pastikan anda tetapkan waktu khas untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Sebagai contoh, anak dalam fasa meniarap, jadi ibu ayah boleh turut serta dan berikan galakan kepada anak. Hasilnya, emosi anak akan terangsang dan bersedia untuk belajar dalam fasa seterusnya. Jika tiada masa, ibu ayah boleh ambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk meluangkan masa dengan anak tanpa melibatkan aktiviti bersosial lain seperti Whatsapp, Youtube dan sebagainya.

2. Kerapkan Sentuhan dan Pelukan Dengan Anak

Sejak dari lahir, bayi masih memerlukan konsep Pyramid of Learning iaitu mempunyai tiga deria iaitu deria sentuhan, deria keseimbangan dan deria sendi. Ketiga-tiga deria ini sangat penting dalam proses perkembangan otak anak yang sihat. Semasa anak kecil inilah waktu yang sesuai untuk ibu ayah mewujudkan rasa percaya dalam diri anak. Bayi yang selalu dipeluk, disayangi dan dibelai sangat membantu mental anak berkembang dengan baik. Justeru, banyakkan memeluk dan membelai anak sehingga anak anda percaya dan perasaan selamat itu kekal sehingga mereka besar kelak. 

3.  Lakukan Urutan Untuk Anak 

Urutan lembut boleh dilakukan pada bayi selepas lahir. Kebiasaannya, urutan lembut dilakukan selepas waktu mandi untuk merangsang dan membina otot mereka di samping memberikan rangsangan deria sentuhan. Ibu ayah juga boleh memperkenalkan ‘"tummy time" seawal yang boleh untuk melatih anak dalam posisi meniarap dan menguatkan otot mereka yang lembut. Berikan jari-jemari supaya bayi turut sama mengenggam dan bolh berikan bayi main dengan pelbagai jenis tekstur dan bentuk, asalkan ia lembut, tidak tajam dan selamat.

Keperluan sensori untuk anak sewaktu umur 4-6 bulan ini perlulah dipenuhi sebelum beralih pada fasa yang lain. Ibu ayah boleh layankan sahaja kerana pada waktu ini bayi baru sahaja mula meneroka segala yang ada di sekeliling mereka. Biarkan sahaja mereka mencapai mainan dan pantau sahaja jika masuk ke dalam mulut mereka selagi selamat.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menjadi ibu ayah yang sama-sama menerokai fasa perkembangan bayi yang semakin menyeronokkan? Tunggu apa lagi parents? Banyakkan berinteraksi dengan mereka dan hadiahkan salah satu mainan bayi 4 bulan sudah pasti mereka tersenyum ceria apabila mendapatnya nanti!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kasihan Si Kecil Bila Ibu Biar Dia Main Seorang Diri, Sedangkan Ini 7 Manfaat Bila Bermain Bersamanya

Baca juga: Anak Susah Nak Mandi? Jom Tawan Hati Si Anak Dengan 7 Mainan Bayi Khas Di Bilik Mandi Ini!

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Penulis

Noorhidayah