Waktu mandi bersama si manja selalunya menyeronokkan, namun kadangkala anak boleh menolak untuk mandi atau menangis apabila disiramkan air semasa dibersihkan. Hal ini membuatkan parents buntu dan ada yang mula berikhtiar dengan membelikan mainan bayi untuk dimainkan bersama ketika waktu mandi.
Jadikan anak-anak sentiasa menantikan masa mandi dan ibu ayah juga boleh mendorong si manja untuk sentiasa berimaginasi sambil bermain! Cara terbaik untuk memanfaatkan detik-detik yang menyeronokkan adalah memilih mainan mandi sederhana dan tidak bersifat elektronik kerana lebih selamat dimainkan dalam air.
Isi Kandungan
Bila Anda Patut Perkenal Mainan Untuk Bayi Khusus Pada Waktu Mandi
Ketika bayi anda masih kecil, waktu mandi adalah tentang waktu untuk mengeratkan, memastikan mereka sentiasa bersih dan mendapat pengalaman deria yang terbaik dikelilingi air suam.
Bayi baru lahir tidak selalunya mendapat kekotoran, jadi tidak perlu memandikan mereka setiap hari, dan malah, meluangkan masa terlalu lama di dalam air boleh membuatkan kulit halus mereka mudah kering.
Ibu ayah pasti mendapati yang anda mahu memperkenalkan kepada mereka mandian khusus untuk waktu mandi di dalam beberapa bulan awal tetapi tidak perlu sehingga mereka mencecah usia enam bulan ke atas. Walaubagaimanapun, setiap anak itu berbeza jadi lihat bagaimana anda rasakan.
Jika waktu mandi adalah satu cabaran untuk bayi anda, memperkenalkan mainan baru yang menyeronokkan dan permainan untuk waktu mandi boleh jadi satu cara yang terbaik untuk membuatkan mereka teruja untuk mandi serta membantu membuatkan pengalaman itu lebih seronok untuk ibu ayah dan anak.
Memilih Mainan Bayi Yang Sesuai Dimainkan Semasa Mandi
Parents, ingat ya, sebaik-baiknya gunakan permainan yang dikhususkan untuk digunakan di dalam air. Ini kerana mainan bayi tersebut ada ciri-ciri tertentu yang membuatkan ia lebih istimewa dan sesuai dimainkan dalam keadaan basah.
Perhatikan 2 perkara ini sebelum membelikan mainan bayi atau bath toys kepada anak:
- Bentuk dan bahan yang mudah dikeringkan: Mainan mandi menjadi basah jadi anda memerlukannya kering dengan cepat dan sepenuhnya untuk mengelakkan dari berkulat. Elakkan mainan yang kelihatan berongga atau mempunyai banyak sudut dan celah yang mungkin tetap lembab dan tidak kering.
- Elemen pendidikan: Oleh kerana waktu mandi akan memainkan peranan penting dalam rutin mingguan atau malam dengan bayi, parents mungkin ingin mempertimbangkan mainan mandi yang menawarkan beberapa kebaikan pendidikan. Ini boleh jadi sama ada tekstur menarik, bunyi lucu atau mainan yang membantu mengajar bayi baru perbendaharaan kata.
7 Mainan Bayi Yang Khusus Untuk Di Bilik Mandi
Mainan Bayi Untuk Bilik Mandi Terbaik | Produk |
Mesin Buih Automatik Terbaik Dengan Muzik | |
Abjad & Nombor Untuk Mandian Terbaik |
|
Mainan Pancuran Air Untuk Mandi Terbaik | |
Mainan Terapung Sesi Mandi Terbaik | |
Buku Kalis Air Terbaik | |
Mainan Baldi Kecil Terbaik Untuk Mengasah Motor Kanak-kanak |
|
Bola Warna-warni Bertekstur Terbaik Untuk Bayi |
SIMPLYBABY Bubble Maker Automated Spout Machine
|
Beli di Shopee |
Munchkin Learn Bath Letters & Numbers
|
Beli di Shopee |
Skip Hop Zoo Fill Up Fountain
|
Beli di Shopee |
Skip Hop Zoo Rev-Up Wave Rider
|
Beli di Shopee |
Bath Time Buddies
|
Beli di Shopee |
Skip Hop Zoo Bath Stack & Pour Buckets
|
Beli di Shopee |
Munchkin Baby Bath Ball
|
Beli di Shopee |
SIMPLYBABY Bubble Maker Automated Spout Machine
Mesin Buih Automatik Terbaik Dengan Muzik
Siapa yang tidak suka bermain buih kan, apatah lagi kanak-kanak? Mainan bilik mandi dari Simplybaby ini pasti akan membuatkan mandi menjadi lebih seronok dengan buih-buih yang berterusan! Tambah menarik lagi, produk ini boleh memainkan lagu comel yang pasti menjadikan anak terhibur dan teruja setiap kali waktu mandi!
Apa yang kami suka:
- Boleh mengeluarkan buih.
- Material mesra alam dan tidak beracun.
- 12 muzik yang boleh dimainkan.
- Kukuh dan tidak mudah pecah
Munchkin Learn Bath Letters & Numbers
Abjad & Nombor Untuk Mandian Terbaik
Set 36 huruf dan angka terapung ini hadir dalam 6 warna yang menyeronokkan! Yang menariknya, produk berwarna-warni ini boleh melekat pada dinding bilik mandi ketika basah, dan memberikan peluang tanpa henti untuk belajar waktu mandi.
Ibu ayah dapat membantu anak mengenal pasti abjad, belajar mengira, mengeja perkataan mudah atau kumpulan mengikut warna. Tambahan lagi, mainan ini lembut, tahan lama dan tidak beracun.
Apa yang kami suka:
- Si manja boleh belajar sambil berhibur
- Melekat pada dinding tab mandi apabila basah
- Material lembut, tahan lama dan tidak beracun
Skip Hop Zoo Fill Up Fountain
Mainan Pancuran Air Untuk Mandi Terbaik
Angkat si lebah comel untuk dapatkan suasana hujan di bilik mandi! Si manja bukan sahaja akan terhibur, malah dapat belajar tentang ‘cause and effect’ apabila situasi ini terjadi. Kalau parents ada masalah untuk membersihkan syampu dari rambut anak, bolehlah cuba Fill Up Fountain ini ya, mesti anak tidak menangis atau merajuk apabila dibasahkan kepala! Hihi.
Apa yang kami suka:
- Reka bentuk yang comel dengan warna menarik
- Pemegang yang mudah diambil
- Bebas PVC & Phthalate
Skip Hop Zoo Rev-Up Wave Rider
Mainan Terapung Sesi Mandi Terbaik
Kalau dilihat pada reka bentuknya pun sudah nampak menarik bukan? Mainan comel ini boleh dimainkan terapung di atas air, dengan bunyi enjin dan salakan si anjing setiap kali ia menyentuh pada air. Menariknya, figura boleh juga dicabut dan dimainkan sendiri sebagai peneman yang terapung. Oh ya, mainan ini disertakan dengan bateri juga.
Apa yang kami suka:
- Mainan figura anjing yang boleh dipisahkan.
- Bunyi setiap kalu bersentuhan dengan air.
- Bebas Phthalate
Bath Time Buddies
Buku Kalis Air Terbaik
Anak suka membaca? Nah, berikan hadiah buku kalis air Bath Time Buddies ini. Ada pelbagai tajuk dan rekabentuk yang boleh dipilih dan kesemuanya mewakili haiwan comel seperti si ikan dolphin, sotong, ikan comel dan katak.
Dengan adanya pengisian cerita ringkas di dalam setiap buku, pasti anak akan teruja untuk bertukar tajuk setiap kali waktu mandi. Ibu pun tak perlu risau kalau buku ini jatuh ke dalam tub yang dipenuhi air dan buih!
Apa yang kami suka:
- Buku kalis air
- Cerita pendek yang menghiburkan
- Rekabentuk yang comel
Skip Hop Zoo Bath Stack & Pour Buckets
Mainan Baldi Kecil Terbaik Untuk Mengasah Motor Kanak-kanak
Dengan saiz sempurna untuk tangan kecil, Skip Hop Zoo Bath Stack & Pour Buckets memberikan permainan waktu mandi tanpa henti sambil membantu membina kemahiran motor. Si manja dapat mengalirkan air dengan pelbagai cara dan boleh memilih watak yang paling digemari!
Selepas mandi, produk ini juga mudah untuk disimpan dengan kemas tanpa bantuan parents, hanya tindih sahaja baldi comel ini sesama sendiri.
Apa yang kami suka:
- Rekabentuk comel dan berwarna-warni
- Setiap baldi mempunyai efek siraman yang berbeza.
- Pemegang yang mudah diambil
- Stackable untuk penyimpanan yang mudah
Munchkin Baby Bath Ball
Bola Warna-warni Bertekstur Terbaik Untuk Bayi
Munchkin Baby Bath Ball merupakan bola berwarna -warni bertekstur yang boleh digoncang, bergoyang dan berguling. Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas, ia mempunyai pelbagai tekstur untuk eksplorasi, bunyi rattle setiap kali digoncangkan, dan bahagian atas berlubang yang lembut untuk mudah dipegang bayi.
Apa yang kami suka:
- Merangsang deria bayi
- Terapung di atas air, berguling di darat
- Bahagian atas yang lembut dan berlubang yang senang dipegang
- Rangsangan Audio + Visual; Koordinasi Tangan + Mata
Perbandingan Harga
Produk | Harga (RM) |
SIMPLYBABY Bubble Maker Automated Spout Machine | 28.90-31.90 |
Munchkin Learn Bath Letters & Numbers | 51.62 |
Skip Hop Zoo Fill Up Fountain | 47.92 |
Skip Hop Zoo Rev-Up Wave Rider | 55.92 |
Bath Time Buddies | 8.90 |
Skip Hop Zoo Bath Stack & Pour Buckets | 69.90 |
Munchkin Baby Bath Ball | 24.90 |
Cara Mencuci Mainan Bayi Yang Khusus Untuk Waktu Mandi
Cuci dengan peluntur
Menggunakan peluntur yang dicampurkan air adalah satu cara terbaik untuk anda mulakan jika anda tertanya bagaimana cara untuk mencuci permainan khusus untuk waktu mandi.
Cuci dengan cuka
Anda bukan peminat peluntur? Pasti ibu ayah risaukannya kerana ia satu cecair yang boleh merosakkan mata sekaligus tidak selesa untuk dihidu, ia boleh merosakkan warna dan corak, dan ia merbahaya jika tertelan.
Jadi, jika ibu ayah tertanya bagaimana cara untuk mencuci mainan khusus untuk waktu mandi dicuci dengan cuka, anda hanya perlu gunakan sepenuhnya cuka serta rendamkan mainan kanak-kanak ke dalamnya untuk waktu yang sedikit lama. Kemudian bilas dan selamat untuk digunakan semula.
Cuci dalam mesin basuh pinggan
Paling mudah dan tidak langsung membuatkan ibu ayah terpaksa mencari masa untuk mencuci mainan anak: masukkan sahaja ke dalam mesin basuh pinggan jika ada di rumah.
Namun, ibu ayah perlu pastikan terlebih dahulu jika material mainan tersebut boleh dicuci di dalam mesin basuh pinggan atau pun tidak.
Rebus dalam air panas
Satu kaedah lain untuk mencuci kulat pada mainan waktu mandi bayi adalah dengan merebusnya di dalam satu periuk yang besar dipenuhi air. Ini juga berfungsi dengan baik untuk mainan yang diperbuat daripada plastik keras serta huruf dan abjad.
Hanya perlu didihkan air, kemudian masukkan permainan tersebut ke dalamnya. Biarkan ia teredam di dalam air yang mendidih tersebut selama beberapa minit, dan kemudian dengan berhati-hati keluarkannya dan letakkan di atas sehelai tuala untuk membolehkan ia kering dengan sepenuhnya.
Cuci dengan tisu basah antibakteria
Cara lain yang paling mudah adalah dengan mencuci mainan yang berkulat dengan tisu basah antibakteria untuk mencegah penularan kulat serta memastikan ia sentiasa bersih untuk mainan si kecil anda. Ibu ayah boleh lakukannya setiap kali selepas si comel bermain dengannya.
Wah menariknya! Anak mesti teruja nak mandi kalau parents hadiahkan buat mereka. Jom dapatkan untuk si manja masing-masing. 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 cara mandikan anak agar lebih menyeronokkan – inilah masanya untuk bergembira dengan si kecil!
Baca juga: Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori
Baca juga: 5 cara anak boleh belajar tinggalkan mainan kegemarannya di rumah