Alatan Permainan Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak Bagus Untuk Perkembangan Kognitifnya

Bantu anak anda belajar sambil bermain dengan menyediakan mainan mainan budak berasaskan STEM terbaik untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.

Dunia hari ini semakin bergerak pantas ke arah bidang berkaitan STEM iaitu singkatan kepada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang menggabungkan empat disiplin dalam aktiviti pembelajaran. Ibu bapa mungkin tertanya-tanya, apa kaitannya perkara ini dengan alatan permainan kanak-kanak di rumah?

Ketika ramai ibu bapa hari ini mula menyatakan kebimbangan mereka terhadap masalah ketagihan anak pada gajet, apa kata anda menyediakan pilihan alat permainan kanak kanak interaktif yang sesuai dengan perkembangan anak-anak terutamanya yang berusia enam tahun ke atas.

Alatan Permainan STEM Terbaik: Apa Kepentingannya?

Bermain sangat berkait rapat dengan fungsi otak, pembentukan emosi dan sikap anak, disebabkan itu ibu ayah haruslah menyediakan keperluan pembelajaran dengan method bermain dan ini termasuklah menyediakan alatan permainan STEM terbaik untuk anak mereka.

Bukan sekadar mainan budak, alatan permainan STEM melibatkan penerapan maklumat dan peningkatan kemahiran menyelesaikan masalah, pemerhatian, dan penerokaan.

Anak akan terlalu asyik bermain sehinggakan anak-anak tidak sedar bahawa mereka sedang menerima pembelajaran ketika sedang bermain, secara tidak langsung memupuk minat mereka dalam bidang berkaitan STEM.

Pelbagai kajian telah diketengahkan terhadap kebaikan mainan berasaskan kaedah STEM terutamanya dari segi perkembangan kognitif dan fizikal, ternyata permainan STEM adalah pilihan terbaik untuk diberikan kepada anak anda. 

Dengan menggalakkan pengalaman hands-on  serta memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dunia sebenar yang relevan di rumah, method STEM dapat memenuhi minat tertentu anak anda atau menggabungkan terus keempat-empat disiplin ini.

10 Alatan Permainan STEM Terbaik Untuk Kanak-Kanak Enam Tahun Ke Atas

Alatan permainan budak yang bukan sekadar menghiburkan bukan mudah kan apatah lagi mainan yang berasaskan kaedah STEM. Jadi kami senaraikan alatan permainan STEM terbaik yang ada di Malaysia. 

Alatan Permainan STEM Terbaik
Sluban Kids Take Apart Toys - Build Your Own Formula Race Car
Alatan Permainan Terbaik Untuk Merangsang Imaginasi Kanak-Kanak
Beli di Shopee
STEM 14 in 1 Science Experiment Kit Educational Learning Chemistry Science Toy
Alatan Permainan Terbaik Untuk Merangsang Deria Ingin Tahu
Beli di Shopee
Tacto Coding by PlayShifu - Story Based Visual Coding
Alatan Permainan Terbaik Untuk Mengasah Kemahiran Berfikir
Beli di Shopee
Addition Subtraction Symbol Dice Beads Numbers Math Digital Dice For Teaching Board Game
Alatan Permainan Terbaik Untuk Kemahiran Matematik
Beli di Lazada
Thinkfun Board Game Robot Turtles Machine Puzzle Toys
Alatan Permainan Terbaik Untuk Kemahiran Intelektual & Logik
Beli di Shopee
Thames & Kosmos Stem Experiment Dig Out Minerals Excavation Experiment Set
Alatan Permainan Terbaik Untuk Mendalami Dunia Geologi
Beli di Shopee
13 in 1 DIY Solar Robot Kit
Alatan Permainan Terbaik Untuk Meransang Kreativiti
Beli di Shopee
Learning Resources STEM Explorers Geomakers
Alatan Permainan Terbaik Untuk Asas Kemahiran Geometri
Beli di Shopee
The National Geographic Super Gross Chemistry Set
Alatan Permainan Terbaik Untuk Mengembangkan Perasaan Ingin Tahu
Beli di Shopee

Sluban Kids Take Apart Toys – Build Your Own Formula Race Car

Alatan Permainan Terbaik Untuk Merangsang Imaginasi Kanak-Kanak

Adakah anak anda obses dengan kereta lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri dapat mengenal pasti rupa bentuk, bunyi dan pergerakannya? Jika ya, beri peluang kepada mereka untuk bina dan mereka sendiri kereta.

 Mainan kanak kanak lelaki ini perlukan proses pemasangan secara hands-on dapat memperkenalkan anak anda kepada konsep kejuruteraan dengan membina kereta kawalan jauh pada peringkat awal.

Ia dapat mencabar keupayaan dan imaginasi mereka untuk mengikut setiap arahan yang diberi dan meningkatkan minat mereka dalam bidang kejuruteraan menerusi pembelajaran asas mekanik kereta.

Walaupun ibu ayah melihat mainan ini seperti agak sukar untuk diselesaikan, biarkan sahaja mereka bereksplorasi sendiri kerana ini bagus untuk perkembangan dirinya.

Menyelesaikan masalah adalah salah satu komponen dalam pembelajaran STEM, di situlah mereka akan menemukan setiap masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya.  

Apa yang paling menarik adalah apabila anak anda melihat sendiri kereta yang direka bergerak selepas berusaha membinanya.

Permainan ini turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh tanpa wayar dan kereta berkelajuan tinggi tanpa had memberikan kepuasan berganda kepada anak anda.

Apa yang kami suka :

  • Berkualiti tinggi, hadir dengan bahan dengan tahap keselamatan yang tinggi
  • Ia berupaya merangsang imaginasi anak-anak ketika bermain
  • Mampu bergerak sejauh 50m

STEM 14 in 1 Science Experiment Kit 

Alatan Permainan Terbaik Untuk Merangsang Deria Ingin Tahu

Buat anak anda yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu, parents boleh belikan mainan budak seperti STEM 14 in 1 Science Experiment Kit  ini. 

Kit sains yang boleh diterokai sehingga 30 eksperimen ini menawarkan pelbagai pilihan eksperimen saintifik daripada letusan gunung berapi sehinggalah kepada penciptaan roda ferris pelangi semuanya boleh dilakukan dengan mengikuti setiap langkah pada manual arahan yang sangat mudah.

Pastinya anak anda tidak pernah menyangka bahawa sains adalah sesuatu yang menyeronokkan dan penuh dengan warna warni! Bukan sahaja menggalakkan saintis kecil anda berfikir lebih jauh bahkan dapat mendorong kreativiti mereka melalui ciptaan eksperimen yang terhasil.    

Apa yang kami suka :

  • Semua bahan kimia lulus ujian keselamatan (walaupun tidak sesuai untuk dimakan)
  • Tidak mengandungi barangan berasaskan kaca untuk mengelakkan kemalangan yang tidak disengajakan, sebaliknya menggunakan material ABS yang selamat dan tahan lama
  • Didatangkan dengan peralatan yang mencukupi untuk keperluan 30 eksperimen (pengguna hanya perlu menyediakan air dan tanah sahaja)

Tacto Coding by PlayShifu – Story-Based Visual Coding 

Alatan Permainan Terbaik Untuk Mengasah Kemahiran Berfikir

Coding telah menjadi kemahiran yang semakin penting dalam dunia teknologi pada hari ini dan apakah cara yang lebih baik untuk memperkenalkannya kepada anak-anak anda selain melalui kaedah yang menyeronokkan, praktikal dan bereksperimen?

Dengan interaksi elemen visual, anak anda pastinya tidak sedar bahawa dirinya sedang befikir dan mempelajari sesuatu meskipun sedang bermain.

Paling penting, mereka akan didedahkan kepada asas coding seperti fungsi kod, pengaturcaraan, nombor binari dan encryption melalui permainan yang menyeronokkan serta eksperimen yang menarik.

Apa yang kami suka :

  • Diperbuat di Portugal dan memenuhi standard piawaian Eropah yang ketat untuk permainan
  • Ia melatih anak-anak dalam kemahiran berfikir dengan pantas
  • Manual arahan berfungsi seperti buku pendidikan

Addition Subtraction Symbol Dice Beads 

Alatan Permainan Terbaik Untuk Kemahiran Matematik

Ada parents yang agak runsing apabila melihat anak mereka tidak gemar akan aktiviti mengira namun sekurang-kurangnya mereka perlu dipersiapkan dengan asas mengira sebelum memasuki tahun satu.

Mama jangan risau lagi ye kerana mama kini boleh memperkenalkan anak kepada dunia matematik yang mengagumkan menerusi Addition Subtraction Symbol Dice, salah satu mainan budak yang mampu menguji kemahiran tambah dan tolak dengan cara yang menyeronokkan.

Ibu ayah boleh berlatih matematik dengan anak-anak pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan reka bentuknya yang kecil dan mudah alih.

Biar anak rasakan bahawa dia sedang bermain bukannya belajar matematik. Permainan ini ternyata menjadikan pembelajaran matematik kembali menyeronokkan!

Apa yang kami suka :

  • Ia menjadi salah satu cara untuk menguatkan memori anak dan mengasah kemahiran matematik
  • Mudah untuk bermain dengan hanya sedikit peralatan

 

Robot Turtles

Alatan Permainan Terbaik Untuk Kemahiran Intelektual & Logik

Arahan yang jelas dan tahap kesukaran yang boleh disesuaikan mengikut usia pastinya membuatkan seisi keluarga gembira dengan permainan ini!

Robot Turtle ialah board game keluarga yang sesuai digunakan untuk memperkenalkan anak anda kepada STEM, khususnya pengaturcaraan dan coding.

Robot mainan ini boleh dimain bersama 2 hingga 5 orang pemain, mainan budak ini memberi peluang kepada kanak-kanak mengisi masa lapang bersama ibu ayah dan adik-beradik.

Tahap kesukaran yang semakin meningkat, halangan yang perlu dihadapi dan penggunaan kad kod yang kompleks akan mencabar kanak-kanak untuk berfikir secara kritis. Malah ia dapat mengasah kemahiran intelektual dan logik anak-anak.

Mereka juga berupaya membuat keputusan untuk mengalahkan orang lain dan berusaha untuk memenangi permainan.

Tingkatkan daya saing anak anda dan perkenalkan mereka secara tidak langsung kepada asas pengaturcaraan, sambil menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Apa yang kami suka :

  • Mengajar asas pengaturcaraan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah
  • Menggalakkan kemahiran intelektual dan berfikir secara logik
  • Board game yang paling disokong Kickstarter
  • Dapat membina ikatan kekeluargaan yang erat 

Thames & Kosmos Stem Experiment Dig Out Minerals Excavation Experiment Set

Alatan Permainan Terbaik Untuk Mendalami Dunia Geologi

Kini anak-anak boleh mendalami ilmu geologi hanya di rumah dengan set eksperimen penggalian ini.

Kanak-kanak menggunakan tukul dan pahat yang disediakan untuk mencari khazanah alam yang berwarna-warni dan menarik. Menukul, mengetuk dan menggali lapisan demi lapisan yang boleh anak lakukan melalui blok gipsum lembut dan mineral berwarna-warni yang berbeza seperti kristal batu, kuarza mawar, amethyst, aventurine dan jasper merah yang terserlah.

Arahan yang jelas dan bergambar ditunjukkan pada alatan permainan ini. Sama seperti seorang profesional dalam penyelidikan, anak anda boleh membersihkan dan mempamerkannya di dalam bilik mereka.

Apa yang kami suka :

  • Maklumat tambahan tentang mineral dan batu juga disertakan dalam buku kecil.
  • Kit eksperimen ini terdapat dalam beberapa bahasa iaitu Jerman, Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, dan Belanda.
  • Alatan permainan yang selamat dan berkualiti, jenama Kosmo dipercayai sejak 100 tahun lalu.

13 in 1 DIY Solar Robot Kit

Alatan Permainan Terbaik Untuk Meransang Kreativiti

Bina 13 jenis robot berbeza dengan kit robot solar dilengkapi dengan semua bahagian yang anak perlukan untuk membina robot yang berfungsi sebenar dari awal!

Anak anda boleh membina 13 jenis robot yang berbeza dengan arahan terperinci yang membolehkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang tidak terhingga untuk membina dan mencipta robot mereka sendiri.

Pembelajaran dan pendidikan STEM yang diterapkan dalam alatan permainan ini memperkayakan minda anak anda dengan cabaran interaktif membina robot mereka sendiri dengan logik STEM.

Apa yang kami suka :

  • Rangsang kreativiti dan imaginasi
  • Alatan permainan ini menggalakkan koordinasi tangan-mata dan kreativiti anak-anak anda dan membolehkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka untuk menyelesaikan pemasangan dan merasa seronok berjam-jam.
  • Kit ini termasuk panel solar yang akan menggerakkan robot.

Learning Resources STEM Explorers Geomakers

Alatan Permainan Terbaik Untuk Asas Kemahiran Geometri

Dunia kemahiran geometri awal dapat dibentuk dengan memberikan anak kit STEM Explores Geomakers ini kerana mereka boleh membuat bentuk 2D dan 3D mereka sendiri dengan 59 keping alatan yang disediakan.

Ini dapat menambah keseronokan secara langsung kepada pelajaran matematik dan membantu kanak-kanak membina kemahiran pengecaman bentuk setiap kali mereka bermain.

Panduan aktiviti yang disertakan dalam set dilengkapi dengan 10 cabaran menguji otak, yang membantu kanak-kanak meningkatkan geometri awal, pemikiran kritis dan kemahiran motor halus semasa mereka membina bentuk sekeping demi sekeping.

Cabaran turut menampilkan kesukaran yang progresif, dan beralih daripada tugas mudah seperti membina bentuk kepada tugas yang lebih mencabar seperti mereka bentuk dan membina jambatan untuk membantu rakan menyeberang dari satu sisi ke sisi yang lain.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk anak usia 5 hingga 9 tahun.
  • Set 59 keping ini didatangkan dengan kayu, lengkung dan kepingan penyambung yang mencukupi untuk membantu kanak-kanak membina segi tiga, rombus, trapezoid, atau apa sahaja bentuk aneh yang mungkin mereka bayangkan.

The National Geographic Super Gross Chemistry Set

Alatan Permainan Terbaik Untuk Mengembangkan Perasaan Ingin Tahu

Kit ini memberikan kanak-kanak semua yang mereka perlukan untuk 15 eksperimen yang berat, bersama-sama dengan panduan eksperimen tambahan yang mengandungi 30 eksperimen tambahan yang boleh dijalankan menggunakan barangan di rumah.

Dengan makmal sains ini, kanak-kanak akan belajar tentang sains di sebalik polimer, cecair bukan Newtonian, pendarfluor, tindak balas kimia dan betapa hebatnya tubuh manusia!

Dengan kit ini, kanak-kanak boleh membuat balang penuh dengan bola mata yang menyeramkan, sel darah yang pecah, merebus booger dan membuat buih hingus, membuat kencing atom dan lendir kentut, membedah otak yang licin, membuat muntah tabung uji, mencipta cacing dan kulat yang melekit, bercahaya, menonton goo defy gravity, membuat paya gelembung goop, dan banyak lagi!

Apa yang kami suka :

  • Kit STEM yang luar biasa ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami proses saintifik secara hands-on, seperti seorang saintis sebenar. Terdapat begitu banyak aktiviti dan eksperimen untuk dicuba, mereka akan sibuk berjam-jam.
  • Anak juga akan belajar tentang sains polimer, tindak balas kimia, sains pH, pendarfluor dan biologi sambil membuat letupan total! Panduan eksperimen mengandungi arahan yang mesra kanak-kanak, mudah diikuti dan cerapan tentang sains di tempat kerja dalam setiap eksperimen.

Perbandingan Harga Alatan Permainan STEM Terbaik

Jenama  Harga
Sluban Kids Take Apart Toys – Build Your Own Formula Race Car RM42.99
STEM 14 in 1 Science Experiment Kit  RM19.90
 Tacto Coding by PlayShifu RM555.00
Addition Subtraction Symbol Dice Beads RM28.73
Thinkfun Robot Turtles RM340.00
Thames & Kosmos Stem Experiment Dig Out Minerals Excavation Experiment Set RM58.90
13 in 1 DIY Solar Robot Kit RM29.80
Learning Resources STEM Explorers Geomakers RM99.90
The National Geographic Super Gross Chemistry Set RM179.90

Tip Tingkatkan Perkembangan Kognitif Anak

Setiap ibu pastinya mahukan anaknya membesar dengan kebolehan kognitif yang optimum, mengikut umur. Namun, apakah sebenarnya keupayaan kognitif? Secara ringkasnya, kebolehan kognitif ialah satu bentuk perkembangan yang merujuk kepada kebolehan memperoleh pengetahuan yang bermakna daripada pengalaman dan maklumat.

Kebolehan kognitif amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk dapat mempelajari pelbagai perkara termasuk ketika mereka bersekolah nanti. Sebab itu, ibu-ibu perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kebolehan kognitif anak-anak sejak kecil. Apakah tip untuk tingkatkan perkembangan kognitif anak?

1. Ajak anak baca buku

Selain sebagai cara untuk berehat bersama sebelum tidur, membiasakan anak membaca buku juga boleh meningkatkan kebolehan kognitif mereka. Membaca buku boleh mengembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak, melatih penaakulan, dan menyelesaikan masalah.

Adalah penting untuk memberi perhatian kepada buku yang dipilih untuk dibaca dengan kanak-kanak. Kerana bukan sahaja anda ingin melibatkan mereka dalam cerita yang bagus, tetapi juga idea yang baik untuk memilih buku yang akan meningkatkan kebolehan kognitif mereka.

2. Mendengar dan bermain muzik bersama

Aktiviti lain untuk meningkatkan kebolehan kognitif kanak-kanak ialah bermain atau mendengar muzik bersama-sama. Memainkan alat adalah satu cara untuk merangsang emosi untuk mengembangkan koordinasi dan imaginasi. Instrumen yang paling menarik untuk kanak-kanak ialah drum, papan kekunci dan piano.

3. Ajak main permainan

Apabila kanak-kanak semakin dewasa, adalah idea yang baik untuk memastikan mereka bermain dengan permainan dan aktiviti yang membantu merangsang kemahiran berfikir.

Cuba ajak kanak-kanak bermain sorok-sorok, permainan papan, teka-teki, teka-teki dan pelbagai permainan lain. Permainan sedemikian boleh melatih mereka untuk menyelesaikan masalah, menjadi kreatif, dan membuat keputusan.

4. Membuat karya seni

Selain melatih kreativiti, mengajak kanak-kanak membuat seni dan kraf juga meningkatkan kebolehan kognitif mereka. Sediakan kotak yang diisi dengan bekalan seni dan kraf, seperti cat jari, krayon, kertas, playdough dan kapur berwarna.

Kemudian, biarkan anak kreatif, buat apa sahaja yang dia mahu. Kaedah ini dapat melatih kanak-kanak berfikir secara kreatif, dan membuat keputusan artistik. Dengan membuat karya seni dan kraf, kanak-kanak juga akan dilatih untuk menyiapkan atau bertanggungjawab terhadap apa yang mereka ingin lakukan.

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat parents yang mencari mainan STEM terbaik buat anak-anak.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Baca juga: Ish, Rambang Mata Tengok Mainan Anak! Ibu Jangan Hentam Beli Tapi Ikut Minat Mereka

Baca juga: Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!