Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

Ada beberapa mainan untuk anak 1 tahun yang dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental. Ia sekaligus buat anak lebih bijak seiring dengan usianya!

Rasanya, sudah banyak artikel theAsianparent Malaysia keluarkan berkaitan manfaat dan permainan yang sesuai untuk anak-anak kita. Tapi kali ini, kami ingin berkongsi pula mainan untuk anak 1 tahun ke atas.

Bermain merupakan aktiviti penting untuk anak-anak, malah ia dapat mengisi masa lapang mereka. Bahkan dengan bermain juga sebenarnya membantu perkembangan fizikal dan mental anak.

Parents perlu tahu setiap umur anak mempunyai kepekaan terhadap sesuatu yang baru mereka pelajari. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bijak memilih mainan untuk anak 1 tahun ke atas ini.

Tapi sebelum anda tahu apa mainan untuk bayi 1 tahun ke atas yang sesuai bagi merangsang perkembangannya, jom semak dulu apakah tingkah laku dan sikap mereka pada usia ini.

Sikap dan tingkah laku anak usia satu tahun

  • Faham dengan apa yang kita ucapkan padanya.
  • Sudah pandai meniru apa yang dilakukan ibu bapanya seperti berpura-pura bercakap dalam telefon.
  • Perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Sebab itu anda boleh lihat anak yang berumur satu tahun akan bermain dengan banyak permainan dan suka bertukar-tukar.
  • Jika ibu sedang bersiap cantik untuk keluar berjalan-jalan, dia pasti mengekori dan ingin ikut bersama.
  • Bersuara dengan lontaran kata-kata yang hanya dia sahaja faham.
  • Pandai ekspresikan perasaan seperti mencium, menepuk, tersenyum dan memeluk.

9 jenis mainan untuk anak 1 tahun ke atas

#1. Mainan untuk anak 1 tahun – Kereta atau motosikal yang boleh dinaiki

 

Mainan yang sesuai ketika usia ini adalah kereta atau motosikal yang boleh dinaiki sendiri kerana ia dapat membantu perkembangan fizikal anak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.

Bahkan, anak itu akan belajar cara nak membelok, bergerak kiri kanan dan sebagainya. Betapa gembiranya anak bila dapat mainan sebegini kerana bolah membawanya keliling rumah!

#2. Mainan untuk anak 1 tahun – Set mini bowling 

Mainan set mini bowling boleh membantu mengembangkan koordinasi tangan dan mata anak serta kemahiran motor kasar si kecil itu. 

Malah anak juga terdorong untuk aktif membetulkan posisi pin yang jatuh. 

#3. Mainan untuk anak 1 tahun – Bermain rumah atau khemah

Kredit: Inspiracia bonami

Permainan ini dapat membantu perkembangan fizikal kerana anak dapat merangkak dan berjalan sambil merangsang sifat ingin tahunya.

Anda boleh meletakkan mainan kecil di dalam khemah tersebut, pasti dia akan duduk lama di dalamnya sambil bermain.

#4. Blok mainan

Ada blok lembut yang diperbuat daripada bahan lembut dan empuk. Ada juga jenis blok kayu yang hadir dalam pelbagi warna menarik. Ada banyak variasi yang boleh dipilih dan ia dapat mengajar anak tentang tekstur, bentuk, gambar dan kemampuan motor anak. 

#5. Walker

Walker ini merupakan alat mainan bagi bantu anak kecil berjalan. Kebanyakannya disekalikan dengan muzik atau mainan kecil di keliling walker tersebut.

Anak akan dilatih untuk ingat muzik yang dia suka apabila menekan punat atas walker itu.

Walau bagaimanapun, ada bahaya walker ini terutamanya yang mempunyai roda kerana anak akan menolak kakinya dan ia mudah terbalik jika tidak dipantau.

Jadi waspada dan pilih walker yang selamat supaya dapat membantu anak belajar berjalan.

#6. Xylophone 

Permainan xylophone dapat membantu tarikan si kecil pada alat muzik. Bahkan, warna yang cerah dapat menarik minat anak untuk terus bermain. 

#7. Haiwan

Mainan ini biasanya dimain sambil duduk tanpa perlu bergerak. Tapi yang bagusnya ia dapat melatih anak ingat setiap nama haiwan tersebut melalui mainan ini.

#8. Rainbow stacker

Comel bukan mainan ini? Rainbow stacker ini antara mainan kaedah Montessori yang kian popular sekarang.

Ia dikatakan membantu anak kecil untuk merangsang kemahiran fikiran logik, memberi kesedaran pada bentuk dan ruang, merangsang kemahiran menyelesaikan masalah, memperhalusi koordinasi mata-tangan dan kemahiran motor serta bayi 1 tahun dapat belajar tentang warna.

#9. Warna, huruf dan bentuk berbeza

Permainan jenis ini akan melatih anak menggunakan daya ingatan untuk kenal setiap jenis warna, huruf dan bentuk. Sekaligus,anda juga boleh bermain bersamanya. Pasti seronok!

Peranan ibu bapa adalah sangat penting bagi menemani anak bermain kerana ia merupakan salah satu proses pembelajaran buat mereka. Bahkan, bermain juga dapat melatih proses interaksi anak dengan kedua ibu bapanya.

Sebab itulah, anda harus luangkan masa untuk bermain bersama anak supaya tumbesaran mereka dibentuk dengan baik. 

Jadi sebelum anda membeli mainan budak, pastikan mainan tersebut mampu membantu anak-anak dalam perkembangannya juga ya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Theva Nithy. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:  8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

Baca juga: Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Ini 8 Cara Mudah & Selamat Untuk Bersihkan Barang Mainan Kanak-Kanak Tanpa Berbelanja Besar!