6 Mainan Zaman Dahulu Yang Anda Masih Boleh Beli Untuk Main Bersama Anak-Anak

Mainan zaman dahulu yang sudah diberi nafas baru yang pasti akan buat ibu ayah dan anak-anak sama teruja. Kami kongsikan beberapa mainan elektronik zaman dahulu tanpa perlu menggunakan Internet dan mainan biasa yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pada zaman 90an dahulu, komputer dan konsol video game adalah benda yang jarang dimiliki. Tetapi ini tidak bermakna zaman kanak-kanak dahulu membesar tidak mengujakan atau membosankan, kerana hakikatnya terdapat pelbagai jenis mainan zaman dahulu yang sangat best sebenarnya!

Yang lebih menarik, permainan kanak-kanak zaman dulu biasanya tak perlukan bahan yang kompleks. Batang kayu pun boleh dijadikan pistol ceri, selipar jepun pula untuk main baling selipar dan getah ikat sayur juga boleh disambung-sambung untuk dijadikan permainan lompat getah. Sangat mudah, tetapi tetap meriah!

Jenis Mainan Zaman Dahulu Yang Paling Digemari Generasi Zaman 90an

Jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak sekarang yang rata-rata ialah online game di depan TV, komputer atau telefon pintar, semestinya mainan zaman dahulu memerlukan kanak-kanak itu untuk bergerak lebih aktif seperti berlari, melompat, merangkak, mencangkung dan macam-macam gaya lain yang boleh dikatakan lucu juga.

Antara mainan zaman dahulu paling nostalgic yang pasti kanak-kanak 90an tak dapat lupakan adalah:

1. Teng-teng atau hopscotch

Permainan ini boleh dimain seorang diri, tetapi lebih seronok jika main dalam bentuk kumpulan. Di luar negara, permainan ini dipanggil hopscotch dimana pemain perlu lompat masuk ke dalam petak yang dilukis di atas lantai, mengikut turutan nombor yang betul. 

Game akan menjadi lebih mencabar apabila ada petak yang sudah mempunyai tuan dan tidak boleh dipijak. Jadi, pemain perlu lompat lebih jauh untuk sampai ke petak selamat untuk terus kekal dalam permainan dan menang. Masa ini la semua pemain ambil peluang untuk tunjuk skill melompat masing-masing!

2. Batu seremban atau five stones

Mainan zaman dahulu yang ini pula adalah lebih relaks kerana ia cuma melibatkan aktiviti melontar dan sambut batu kecil. Jumlah batu yang diperlukan cuma 5 biji, atau kadangkala untuk pemain yang lebih hebat, 7 biji. 

Saiz batu biasanya sebesar ibu jari, dan batu yang menjadi pilihan semestinya yang mempunyai permukaan tidak terlalu tajam atau bergerutu. Selain itu, permainan ini juga boleh dimain dengan beg kecil berisi kacang untuk menggantikan batu. 

3. Galah panjang

Untuk main permainan ini, anda hanya perlukan gelanggang badminton dan 2 kumpulan pemain. Kumpulan A bertindak sebagai penjaga dimana ahli kumpulan perlu berdiri di atas garisan untuk halang pemain kumpulan B daripada menempuh masuk ke petak.

Untuk menang, setiap ahli kumpulan yang menempuh perlu menempuh daripada garisan permulaan hingga ke hujung gelanggang dan patah balik ke garisan permulaan tanpa di tag oleh kumpulan penjaga. 

6 Mainan Zaman Dahulu Yang Anda Harus Perkenalkan Kepada Anak Anda

Ramai ibu ayah yang teringin nak tarik minat anak dengan game yang tidak melibatkan gadget atau ingin perkenalkan mainan daripada zaman ibu ayah kecil dahulu. 

Untuk memudahkan pencarian anda, kami telah kumpulkan beberapa mainan zaman dahulu yang masih ada di pasaran sekarang. Ada yang masih sama seperti dahulu, dan ada juga yang sudah diberi nafas baru. 

Silap-silap, ibu ayah yang akan lebih teruja daripada anak-anak!

6 Mainan Zaman Dahulu Untuk Anak Anda
Congkak Plastik Dan Guli
Mainan zaman dahulu: Bantu belajar mengira
BELI DI SHOPEE
Gasing Paku Tradisional
Mainan zaman dahulu: Kegemaran budak lelaki
BELI DI SHOPEE
Batu Seremban Atau Five Stones
Mainan zaman dahulu: Lontar dan sambut
BELI DI SHOPEE
Bandai Digimon
Mainan zaman dahulu: Lawan raksasa elektronik
BELI DI SHOPEE
Brick Game 9999 in 1 Classic Handheld
Mainan zaman dahulu: Kategori puzzle pelbagai cabaran
BELI DI SHOPEE
Board Game Aeroplane, Draught And Snake
Mainan zaman dahulu: Untuk seisi keluarga
BELI DI SHOPEE

Congkak Plastik Dan Guli

Mainan zaman dahulu: Terbaik bantu belajar mengira

Permainan congkak ini memerlukan dua orang pemain, 98 biji guli dan semestinya sebuah papan congkak. Congkak yang zaman dahulu dibuat daripada kayu, dan agak berat untuk di usung ke sana sini. 

Congkak yang terkini diperbuat daripada plastik berwarna ceria dan lebih ringan. Masih mengekalkan ciri congkak yang asli, congkak moden ini juga mempunyai 7 rumah di setiap belah, yang boleh memuatkan 7 biji dan sebuah rumah ibu yang lebih besar pada bahagian hujung congkak.

Apa yang kami suka:

  1. Sangat ringan, mudah untuk anak-anak bawa main di rumah kawan.
  2. Tiada lagi masalah kuku termasuk selumbar kayu semasa mengambil guli.
  3. Bunyi yang tidak terlalu bising kerana congkak diperbuat daripada plastik.

Gasing Paku Tradisional

Mainan zaman dahulu: Terbaik kegemaran budak lelaki

Permainan gasing ini bukan sahaja mainan zaman dahulu yang terkenal di Malaysia, tetapi juga di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Berbeza dengan versi yang terdahulu, gasing yang dijual sekarang diperbuat daripada plastik keras, bukan lagi diperbuat daripada kayu yang diukir menjadi bentuk gasing.

Untuk memulakan permainan, gasing ini perlu dibalut dengan ketat dan rapat menggunakan tali yang hadir sekali dengan gasing ini. Tinggalkan sebahagian kecil di bahagian hujung tali untuk dipegang. Kemudian, baling gasing ini ke atas tanah dah lihat ia berputar. Gasing yang paling lama bertahan adalah pemenang!

Apa yang kami suka:

  1. Gasing plastik ini tidak mudah retak atau pecah seperti gasing kayu versi terdahulu.
  2. Berat gasing yang seimbang dan stabil.
  3. Datang dengan pelbagai warna pilihan yang ceria.

Batu Seremban Atau Five Stones

Mainan zaman dahulu: Terbaik lontar dan sambut

Seterusnya ialah permainan batu seremban yang memang diminati oleh kanak-kanak perempuan pada zaman 90an. Walaupun nama permainan ini ada perkataan ‘batu’, beg atau pundi kacang kecil juga boleh digunakan untuk permainan ini.

Kain dipotong dan dijahit menjadi beg kecil bentuk seakan pyramid. Kemudian, beg tadi diisikan dengan kacang hijau hingga penuh dan dijahit mati. Peraturan mainan sama seperti batu seremban biasa.

Apa yang kami suka:

  1. Tangan anak-anak tidak akan rasa sakit apabila melontar dan menyambut batu.
  2. Berat setiap pundi kecil adalah sama, mudah untuk anak-anak biasakan diri.
  3. Corak kain yang comel, dan disertakan sama dengan bag simpanan kecil. 

Bandai Digimon

Mainan zaman dahulu: Terbaik lawan raksasa elektronik

Digimon atau digital monster adalah antara mainan elektronik yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada suatu masa dahulu. Mainan ini cuma sebesar tapak tangan dan menggunakan bateri. 

Setiap Digimon perlu diberikan latihan dan makanan untuk membesar dan menjadi lebih kuat. Versi Digimon terdahulu memerlukan Digimon lain berhampiran untuk berlawan, tetapi dalam versi terkini, player juga mempunyai pilihan untuk berlawan dengan komputer.

Apa yang kami suka:

  1. Mainan elektronik dengan paparan tanpa blue-light yang memenatkan mata.
  2. Beli dua atau lebih Digimon untuk hidupkan gelanggang perlawanan sesama ahli keluarga.
  3. Juga boleh dijadikan keychain untuk disangkut pada beg atau seluar supaya tidak hilang.

Brick Game 9999 in 1 Classic Handheld

Mainan zaman dahulu: Terbaik kategori puzzle dengan pelbagai cabaran

Semestinya Brick Game ini adalah salah satu mainan zaman dahulu yang boleh dikatakan menjadi mainan kegemaran ramai kanak-kanak. Dalam banyak-banyak pilihan game yang ada, yang paling addictive semestinya pilihan yang pertama.

Secara ringkas, pemain harus menyusun blok yang turun ke dalam ruang yang di bahagian bawah, dan setiap baris yang sudah penuh akan dipadam. Jika blok tidak disusun dengan baik dan naik tinggi sampai ke atas, pemain dikira kalah dan Game Over.

Dengan skrin biasa dengan paparan pixel hitam, mainan ini pasti akan buat anak anda yang gemar bermain puzzle itu teruja untuk mengumpul mata.

Apa yang kami suka:

  1. Mainan yang menguji kreativiti, dan buat anak-anak ralit untuk mengumpul mata.
  2. Hanya menggunakan bateri saiz AA, tak perlu nak usung charger ke sana ke mari. 
  3. Dengan harga yang murah, anak-anak boleh pilih pelbagai game untuk dimain.

Board Game Aeroplane, Draught And Snake

Mainan zaman dahulu: Untuk seisi keluarga 

Lebih dikenali sebagai Dam Ular atau Snake & Ladder, mainan zaman dahulu ni sebenarnya masih disukai ramai sehingga ke hari ini. Kebiasaannya, setiap set board game ini datang dengan tiga jenis mainan yang berbeza, termasuk Dam Haji dan Kapal Terbang.

Setiap permainan semestinya mempunyai cara bermain dan peraturan yang berbeza, tetapi ianya amat mudah difahami oleh kanak-kanak. Jangan sangka mainan murah ini membosankan. Jika main bersama kawan-kawan atau adik beradik yang lain, pasti ada yang ketawa dan ada juga yang akan merajuk!

Apa yang kami suka:

  1. Mainan yang murah, sesuai dijadikan sebagai party favours majlis hari jadi.
  2. Ringan, tidak mempunyai banyak aksesori dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
  3. Sesuai untuk dimainkan bersama seisi keluarga, terutama sekali pada hari hujan. 

Perbandingan Harga Mainan Zaman Dahulu

Jenis Mainan Harga (RM)
Congkak Plastik Dan Guli  RM13.50
Gasing Paku Tradisional  RM1.00
Batu seremban atau five stones  RM5.00
Bandai Digimon  RM99.00
Brick Game 9999 in 1 Classic Handheld  RM12.64
Board Game Aeroplane, Draught And Snake  RM3.90

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mengajar Anak Menulis Dan Membaca, Ikuti 5 Teknik Menarik Yang Dikongsi Ibu Ini!

Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Baca juga: Idea Indoor Playground Untuk Anak Di Ruang Tamu, Tetap Kelihatan Cantik & Kemas

Penulis

Najibah