Majlis Perkahwinan Kali Ke-37 Lelaki Ini Diraikan Penuh Meriah Anak, Isteri Cucu! Apa Rahsianya?

Walaupun sudah masuk kali-37 berkahwin, majlis perkahwinan lelaki ini ternyata tetap meriah dengan isteri-isteri, anak dan cucu yang bersorak gembira!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertepuk tangan dan bersorak gembira. Itulah suasana pada majlis perkahwinan lelaki ini walaupun ia adalah kali ke-37 perkahwinannya.

Ia disambut dengan sangat meriah oleh lebih 100 anak dan 28 isterinya. Rakaman yang dimuat naik di laman Twitter itu bagaimanapun tidak dapat disahkan di manakah lokasinya.

Apa yang menarik perhatian, anak-anak kecil dan wanita dewasa dalam video viral itu kelihatan sangat gembiran meraikan majlis perkahwinan berkenaan. Satu situasi yang jarang-jarang berlaku apabila membabitkan perkahwinan berulang kali.

Majlis perkahwinan ke-37 lelaki disambut meriah 28 isteri dan lebih 100 anak!

Wanita yang cantik berbusana putih dan lelaki berkenaan yang mengenakan busana popular di negara Timur Tengah dilihat diraikan dalam suasana meriah dengan orang di sekeliling mereka bertepuk tangan.

Walaupun tiada senyuman di wajah kedua-dua mempelai perkahwinan itu seakan amat direstui oleh semua pihak yang hadir meraikan mereka.

Tanggungjawab suami dalam kepada isteri dan keluarga

Kredit: Geng borak

Mungkin bagi kaum lelaki seronok bunyinya punyai ramai isteri. Tetapi tahukah anda, makin ramai isteri makin beratlah tanggungjawab anda.

Bukan hanya fikir nak ‘sedap’ saja ya, banyak perkara perlu anda ambil kira termasuklah didikan daripada pelbagai segi terhadap isteri, anak-anak dan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi wanita, mungkin ada yang rasa nak marah bila disebut soal kahwin ramai atau poligami, tetapi ada juga yang bersetuju dan tiada masalah dengan perkara itu.

Malah ada yang memang dengan rela hati beri suami kahwin lagi. Ada yang kata mahu beri suami ruang untuk merasai kembali jadi pengantin baru. 

Hak suami ke atas isteri

Tanggungjawab merupakan satu tugas yang mesti dilaksanakan bagi melengkapkan kehidupan. Sesuai dengan namanya, setiap orang akan ditanya atau diminta menjawabnya di hadapan Allah kelak seandainya tugas itu tidak dapat disempurnakan.

#1. Memberi nafkah kepada isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wajib ke atas suami memberi nafkah ke atas isteri sama ada isteri berkemampuan atau sebaliknya. Isteri mempunyai hak untuk menuntut nafkah dari suami menurut peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam walaupun masih dalam
ikatan perkahwinan.

Namun begitu, nilainya perlu mengikut kemampuan suami menurut perbelanjaan semasa. Suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk menidakkan keupayaannya bagi mencari pendapatan menurut keupayaan sebenar yang diukur dari sudut masa, usia, tenaga dan kesihatan.

Contohnya, suami mampu mencari pendapatan tambahan tetapi tidak mahu dengan alasan seperti malas. Nafkah yang dimaksudkan ialah seorang suami mesti menyediakan makan, pakaiantempat tinggal dan keperluan hidup kepada isteri. 

#2. Membimbing isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: keluarga

Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin isteri ke jalan yang diredhai Allah. Suami mempunyai kuasa mendidik isteri melalui nasihat dan pengajaran yang baik.

Suami hendaklah menegur kesilapan dan memperbetulkan kesalahan isteri dengan kasih sayang dan belas kasihan

#3. Berlaku adil terutama bagi yang beristeri lebih dari satu

Seorang suami wajib berlaku adil terhadap isteri terutama bagi suami yang beristeri lebih dari seorang. Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Bagi suami yang beristeri lebih dari seorang pula, mereka mestilah menyamakan hak dan bergaul dengan baik terhadap isteri-isteri mereka.

#4. Menggembirakan hati isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang suami berhak untuk menggembirakan hati isteri yang telah bekerja untuk suami dalam menguruskan rumahtangga.

Hak isteri ke atas suami

Antara hak isteri ke atas suami termasuklah:

#1. Taat kepada suami selagi dia tidak melanggar syariat

Isteri wajib mentaati dalam segala perintah suami melainkan pada perkara-perkara maksiat dan larangan terhadap Allah.

#2. Memelihara nama suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang isteri agar memelihara maruah, rahsia dan harta suami kerana suami merupakan ketua rumahtangga yang mengetuai dan menguruskan segala urusan yang berkaitan dengannya.

Hak bersama suami dan isteri

#1. Hubungan kelamin antara suami dan isteri

Adalah dibolehkan bagi kedua-dua suami dan isteri untuk mendapatkan hak hubungan kelamin di antara satu sama lain menurut batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah.

Kedua-dua suami dan isteri berkewajipan menunaikan hak ini bila mana salah seorang daripada mereka cenderung ke arahnya.

#2. Hak pergaulan baik antara suami isteri

Kredit: pesona pengantin

Hak pergaulan yang baik ini akan mewujudkan semangat  bekerjasama, toleransi, hormat menghormati dan kehidupan yang baik antara suami dan isteri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: cintasakinahjaipk.perak

Baca juga: Tak Salah Nak Kahwin Muda, Tapi Jika Tidak Bersedia Secara Mental, Padah Akibatnya

Baca juga: Untuk Pasangan Baru Berkahwin, Ini Yang Anda PATUT Tahu! No.3 Paling Penting

Baca juga: “Saya Tak Kisah Dia Kahwin 4 Sebab Itu Ertinya Dia Jujur & Tak Curang Dengan Saya!”

Penulis

Lala Annuar