X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

5 Perkara Tentang Wanita Yang WAJIB Difikir & Dibincang Dengan Bakal Suami Sebelum Kahwin

4 min bacaan
5 Perkara Tentang Wanita Yang WAJIB Difikir & Dibincang Dengan Bakal Suami Sebelum Kahwin5 Perkara Tentang Wanita Yang WAJIB Difikir & Dibincang Dengan Bakal Suami Sebelum Kahwin

"Wanita harus mempunyai pendidikan dan pengetahuan agar  tidak mudah ditipu oleh sebahagian lelaki,"

Perkahwinan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan, dan para wanita khususnya akan mempunyai seorang lelaki yang akan menjadi ketua dalam keluarga. Namun ada beberapa perkara tentang perempuan yang perlu diberi penekanan terutamanya selepas berumahtangga.

Kaum wanita perlu menitikberat tentang diri sendiri juga ya apabila sudah berkahwin, jangan sampai mengabaikan diri pula. Anda pasti tidak mahu kesihatan mental anda juga terganggu semasa dalam perkahwinan kan?

5 Perkara Tentang Wanita Yang WAJIB Difikir & Dibincang Dengan Bakal Suami Sebelum Kahwin

5 Perkara Tentang Perempuan Yang Wajib Dibincang Dengan Bakal Suami SEBELUM Kahwin

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aainaari berkongsi tweet tentang senarai perkara untuk wanita yang perlu diberi perhatian dan diperjelaskan dengan suami sebelum perkahwinan. Ia adalah senarai yang sangat menarik.

Nampaknya ramai orang dapat mengaitkan tweet ini dengan kehidupan mereka kerana ia mendapat kira-kira 32K ulang kicau dan suka 22.6K kurang dari 24 jam!

Berikut perkongsiannya:

#1 Kaum Perempuan Bukan Kilang Anak

tentang perempuan

Sebelum perkahwinan, wanita harus berbincang dengan suami masa depan tentang perancangan keluarga.

Setiap pasangan perlu bincang berapa banyak anak yang mereka inginkan dan jarak usia anak, terutamanya sekiranya suami yang lebih menginginkannya.

Sesetengah wanita mungkin berasa bahagia dengan perkahwinan, dan hanya membiarkan kehamilan berlaku tanpa merancang. Walhal banyak lagi perkara di sebaliknya yang perlu difikirkan seperti kos sara keluarga, kesihatan wanita dan pengalaman mengandung itu sendiri.

Pada pendapat Aen, sebanyak mana pun isteri mencintai suaminya, yang menanggung kesakitan hanyalah perempuan!

#2 Isteri Bukan Bibik

fakta tentang perempuan

Dalam tweetnya, Aen menggalakkan wanita memilih untuk bekerja. Tidak kiralah kerja apapun, asalkan boleh membantu kewangan keluarga apabila dalam keadaan sukar.

Jika suami mempunyai masalah kewangan pada pertengahan bulan, sekurang-kurangnya pendapatan isteri dapat membantu mengurangkan beban. Oleh kerana inilah, penting untuk suami dan isteri  bekerjasama untuk menguruskan keluarga.

Wanita ini juga mengatakan tidak adil untuk mengharapkan hanya seorang menyediakan segalanya untuk seluruh keluarga. Suami dan isteri masing-masing digalakkan untuk bersikap bertolak ansur demi kesenangan keluarga.

Dia juga mengingatkan wanita sebelum menikah, para wanita harus memastikan bakal suami boleh berkompromi da;am rumahtangga.

#3 Kehidupan Bukanlah Sekadar Suami Sahaja

pengorbanan wanita

Salah satu kesilapan yang paling sering dilakukan oleh wanita ialah selepas berkahwin mereka rasa bahawa mereka perlu mengikut kehendak suami mereka 100%, walaupun ia bermakna meletakkan diri mereka melalui banyak masalah, menentang agama mereka dan banyak lagi.

Para wanita perlu sedar sekiranya mendapati ada yang tidak kena dengan sikap bakal suami sebelum bernikah. Jangan bila sudah berkahwin, baru anda menyesal.

#4 Pengetahuan Itu Pentingsuami isteri

“Wanita harus mempunyai pendidikan dan pengetahuan agar  tidak mudah ditipu oleh sebahagian lelaki,”

Dalam beberapa kes penceraian, suami akan mengambil kesempatan dalam kes undang-undang dan cuba mendapatkan harta bersama pasangan.  Perkara ini sememangnya boleh diatasi sekiranya si isteri tahu tentang selok belok perundangan terutamanya mengenai penceraian juga.

Para wanita seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan bagi mempertahankan diri dan anak-anak sekiranya berlaku seseatu yang tidak diingini. Malahan ada sesetengah bekas isteri yang hanya membiarkan sahaja tanpa menuntut sebarang hak yang sepatutnya hakmiliknya dan anak-anak.

#5 Jaga Kesihatan Andakesihatan wanita

Menguruskan suami dan rumahtangga pastinya memenatkan, tambahan lagi apabila melahirkan anak. Tanggungjawab dalam rumahtangga bukanlah peranan wanita semata-mata ya, malah suami juga perlu melakukannya bersama-sama.

Wanita disarankan menjaga kesihatan diri, serta bijak dalam merancang keluarga agar tubuh tidak terjejas. Sebaiknya, cari masa untuk diri sendiri, jangan lupa lakukan pap smear dan dapatkan rehat yang cukup!

“Jangan terlalu sibuk menjaga suami anda sampai lupa untuk menjaga diri sendiri,” Aen berkongsi.

Apa pendapat anda mengenai hal ini? Jom kongsi di ruangan komen, atau ceritakan pengalaman anda di aplikasi theAsianparent sekarang!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
Ketahui bagaimana satu butang boleh menukar cara hidup anda!
Ketahui bagaimana satu butang boleh menukar cara hidup anda!

https://my.theasianparent.comciri-ciri-suami-terbaik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 5 Perkara Tentang Wanita Yang WAJIB Difikir & Dibincang Dengan Bakal Suami Sebelum Kahwin
Kongsikan:
  • Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

    Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

  • Keluarga Akan Makin Bahagia Bila Isteri Happy, Tapi Jika Sebaliknya? Faham-Faham Sajalah...

    Keluarga Akan Makin Bahagia Bila Isteri Happy, Tapi Jika Sebaliknya? Faham-Faham Sajalah...

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

    Benarkah Wanita Lebih Bijak Daripada Lelaki? Ini 10 Fakta Wanita Yang Amat Menakjubkan!

  • Keluarga Akan Makin Bahagia Bila Isteri Happy, Tapi Jika Sebaliknya? Faham-Faham Sajalah...

    Keluarga Akan Makin Bahagia Bila Isteri Happy, Tapi Jika Sebaliknya? Faham-Faham Sajalah...

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.