Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari dalam membina sebuah keluarga tanpa campur tangan mana-mana pihak terutamanya keluarga mak mentua.
Namun begitu, atas beberapa faktor ada sesetengah pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga masing-masing selepas berumah tangga seperti mempunyai masalah kewangan untuk menyewa rumah sendiri atau ada juga anak yang menawarkan kepada ibu-bapa mereka untuk tinggal bersama atas faktor usia atau kesihatan si ibu atau bapa.
Biarpun begitu, tak salah sekiranya isteri nak tinggal berasingan dengan mak mentua. Itu adalah sebaiknya buat pasangan yang baru berkahwin. Mungkin ada yang fikir dua tiga kali terutamanya mengingatkan tanggungjawab yang baru dipikul.
Beruntunglah kalau dapat mak mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari namun ada segelintirnya yang terus ‘ikat’ kaki anak lelaki supaya tinggal bersama membuatkan si suami merasa berat untuk memenuhi permintaan isteri.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan dalam Islam sendiri menggalakkan pasangan berkahwin dan mempunyai kemampuan agar membina keluarga sendiri kerana itu adalah yang terbaik berbanding tinggal bersama ibu bapa dan keluarga.
Ini kerana kata Zulkifli, apabila pasangan tinggal berasingan dengan keluarga, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan dapat diwujudkan.
Jadi, suami jangan ambil mudah, kalau isteri nak tinggal berasingan, tunai dan wajib sediakan. Jangan sampai isteri tuntut nafkah diri di mahkamah.
Jika anda masih ragu-ragu boleh baca perkongsian daripada seorang peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli dari segi undang-undang dan hukum syariah.
Menurutnya, ramai yang bertanya kepada pihak mereka, sama ada isteri berhak untuk dapat rumah yang berasingan daripada keluarga suami mahupun keluarga isteri itu sendiri.
Ini kerana ramai wanita yang telah berkahwin tidak tahu bahawa rumah adalah satu nafkah wajib yang perlu disediakan oleh suami selepas bernikah.
Tak perlu pun beli jika masih belum berkemampuan. Cukup sekadar menyewa terlebih dahulu asalkan rumah tersebut selesa, selamat dan lengkap dengan segala keperluan asas.
“Menurut hukum syarak, sekiranya seorang isteri berasa tidak selesa dan meminta kepada suaminya untuk menyediakan kediaman yang berasingan daripada mana-mana pihak, suami tersebut wajib untuk sediakan.
“Mengikut undang-undang pula, jika suami tidak menyediakan nafkah yang diperlukan, maka isteri tersebut berhak untuk membuat Tuntutan Nafkah Diri di Mahkamah Syariah. Ini bertujuan untuk menjadikan nafkah seorang isteri itu konsisten dijelaskan oleh suaminya,” kongsinya.
Tambahnya lagi, tanggungjawab menyediakan nafkah ini adalah beban dan tanggungjawab yang berat ke atas suami kerana dia perlu mengutamakan nafkah isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding pemberian kepada ibu bapa.
Cuma dalam Islam, galakkan untuk suami isteri dan seluruh keluarga bergaul dengan baik adalah satu perkara yang dituntut. Insya Allah jika ada wanita yang sanggup berkorban dan sanggup tinggal bersama mentua dengan pergaulan yang baik, maka ganjaran besar menanti di akhirat kelak.
Namun, sekiranya seorang isteri itu tak sanggup dan tidak selesa, wajib bagi semua tersebut menyediakan kediaman asing disamping tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!
Baca juga : 4 Sifat Toksik Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Mesti Dijauhi
Baca juga : Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan