Isteri Tomok Kongsi Cerita Akhirnya Merasa Baby Girl! Tak Berhenti Makan Asid Folik Sejak Kahwin

Wanita sering dinasihatkan makan asid folik jika mahu mengandung selepas kahwin. Pentingnya suplemen ini untuk kesihatan ibu dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi wanita banyak perkara perlu difikirkan ia termasuklah pengambilan vitamin sama ada sebelum berkahwin atau selepas berkahwin. Salah satu yang penting adalah makan asid folik sebaiknya ketika sudah merancang untuk berkahwin. 

Apakah kepentingan asid folik ini sebenarnya kepada kesihatan wanita? Kami akan kongsikan dalam artikel ini nanti.

Setiap wanita pasti ada impian. Apabila berkahwin jika sudah dikurniakan anak lelaki, pasti ada keinginan untuk menimang cahaya mata perempuan. Seperti isteri tomok, Ayu setelah dikurniakan dua anak lelaki impian memiliki anak perempuan tidak pernah padam.

Makan asid folik tanpa henti selepas kahwin

Kredit: googleimage

Melalui caption sempena usia 1 tahun 2 bulan anak perempuannya, Khadijah, wanita ini menceritakan sedikit sebanyak mengenai apa yang dilakukannya.

Alhamdulillah….1 tahun 2 bulan….mcm2 akal..lasak mmg lain maciam…penantian selepas 6 tahun…dibu mmg teringin anak perempuan sbb tu habis semua rambut arrian & andra ku sengaja panjangkan..andra mmg tak suka but no choice u have to follow me….

InsyaAllah nnt kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah…raya dapatla main masak2 sekali….☺️

Yang tanya dibu tips, sebenarnya dibu pun takda tips apa2…semuanya rezeki diusia 40an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat…tapi dibu lepas kawin mmg makan je acid folic…sampaila dapat khadijah..dibu stop sbb dah tutup kilang😅😅…tu jela yg dibu amalkan…

Dibu doakan semua ibu2 yg belum dapat zuriat atau yg menanti zuriat akan dimakbulkan..tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin….vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi & mencegah komplikasi yg lebih teruk sekiranya terkena jangkitan…..ini comply untuk semua vaksin yg diambil dari baby sampaila kebesar…jangan takut ikut je saranan doktor….stay safe guys..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau yang biasa membahasakan dirinya dibu (ibu), berkata ramai yang bertanyakan tips kepadanya bagaimana untuk mendapatkan anak perempuan.

Rezeki di usia 40-an

Tapi katanya beliau tiada tips dan menganggap itu adalah rezeki di usia 40-an. Selain itu beliau juga banyak berdoa selepas solat dan selepas kahwin memang tidak berhenti ambil asid folik sehinggalah dapat Khadijah iaitu anak perempuannya. 

Sekarang sebab sudah ‘tutup kilang’, dia berhenti pengambilan asid folik. Beliau turut mendoakan kepada sesiapa saja yang sedang menanti zuriat akan dikurniakan rezeki itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut menasihatkan supaya ibu-ibu dan wanita di luar sana untuk mengambil vaksin, kerana ia penting untuk membina antibodi dan mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya terkena jangkitan.

Ia terpakai kepada semua vaksin yang sudah diambil sejak kecil hinggalah dewasa.

Inginkan bayi perempuan, apa yang patut anda buat?

Kredit: tribuntimur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak cuba tak tahu kan? Jadi mungkin anda boleh cuba cara ini.

#1. Makan makanan kaya kalsium, magnesium

Kredit: alodokter

Melalui kajian dari Maastricht University di Netherlands, untuk hamil bayi perempuan, ibu perlu amal pemakanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium.

Makanan yang mengandungi nutrisi tersebut seperti yogurt, tofu, sayur bayam, brokoli, kekacang, almond dan oat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kurangkan makanan masin

Meskipun itu, ibu dilarang makan makanan yang tinggi kandungan garam dan potasium seperti makanan diproses, roti, pastri, ikan bilis, minyak zaitun, udang dan kentang.

#3. Seks kena pada waktu

Bukan hanya pada pemakanan, tapi ibu juga perlu menggabungkan ia bersama seks yang dirancang atau persetubuhan sebelum dan selepas ovulasi.

Kenapa perlu lakukan persetubuhan sebelum dan selepas ovulasi? ini kerana sperma lelaki lebih cepat merebak. Tapi jika pasangan melakukannya sebelum dan selepas ovulasi ‘telur wanita’ berdaya tahan dan mampu mengatasi sperma lelaki.

#4. Kerap lakukan seks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga pendapat lain mengatakan kerap melakukan hubungan kelamin membantu meningkatkan peluang hamil bayi perempuan kerana ia mengurangkan kiraan sperma.

#5. Lelaki mandi air wap panas

Lelaki dinasihatkan mandi wap panas kerana sperma lelaki tidak gemari. Justeru itu, walaupun kajian menyatakan itu tapi anda harus mendapatkan nasihat doktor perbidanan terlebih dahulu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: ayuabas

Baca juga: Jika Anda Ingin Bayi Perempuan, Anda Wajib Ambil Makanan Ini – Pakar

Baca juga: Ini 9 tanda anda mengandung anak perempuan, wah seronoknya!

Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Penulis

Lala Annuar