5 Jenis Buah & Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil, Hati-Hati Jangan Ambil Secara Berlebihan

Hati-hati ibu, tak semua buah boleh dimakan dengan kerap semasa mengandung. Cuba kawal pengambilan 5 buah ini, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tahu tak makanan bahaya untuk ibu hamil? Ia terdiri daripada buah-buahan yang boleh membahayakan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Justeru, ibu perlu lebih berhati-hati kala memilih buah-buahan atau makanan lain ketika hamil. 

Antara buah yang patut dielak seperti: 

Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil: Elakkan kurma, nenas dan pisang kerana tinggi gula!

  • Kurma

Kredit : meja tulis

Terkejut apabila kami mengatakan kurma berbahaya untuk dimakan ketika mengandung? Ya betul, kurma berbahaya tapi ia untuk ibu yang mengalami kencing manis sahaja.

Hal ini kerana kurma mengandungi gula yang terlalu tinggi dan boleh membuatkan ibu yang ada diabetes sukar mencerna glukosa yang terkandung dalam kurma. Sebaiknya, ibu yang ada diabetes membataskan makan buah kurma ini sehingga bersalin. 

  • Nenas 

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

Buah nenas ini boleh dikatakan favourite semua orang. Terutama bila nenas dicicah bersama sos kicap. Perghhh memang sedap tak terkata!

Tapi untuk ibu, makan buah semasa mengandung seperti nenas mampu bahayakan bayi dalam rahim kerana akan terjadi kontraksi awal sebelum due date.

Adalah lebih baik jika ibu mengelak dari makan nenas ketika kehamilan. Dalam nenas mengandungi enzim yang dipanggil bromelain yang boleh melemahkan otot serviks yakni penyebab pada keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pisang 

 

Adakah pisang buah kegemaran anda? Jika ya, ketika mengandung, hadkan pengambilan buah pisang dalam menu seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan buah semasa mengandung sebaiknya tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan gula dalam darah naik lalu terjadinya diabetes.

Meskipun pisang mengandungi sumber potasium yang baik untuk kesihatan tapi pisang juga ada korbohidrat tinggi yang menyebabkan gula meningkat dalam darah.

Makan buah ketika hamil, elak kulit anggur dan betik muda  

  • Anggur

Anggur juga menjadi buah berbahaya semasa mengandung kerana kulit buah ini sukar dicerna lantas menyebabkan ibu sembelit.

Buah anggur juga mengandungi karbohidrat yang boleh menjadi gula tinggi dalam tubuh. Jadi, boleh diambil tapi dalam kuantiti sedikit. 

  • Betik muda

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

kredit: blazinghotwok

 
Betik muda merupakan buah berbahaya semasa mengandung kerana betik jenis ini mengandungi lateks yang boleh menyebabkan kontraksi awal. Ibu dilarang sama sekali mengambilnya ketika berada di trimester ketiga hingga bersalin.

Meskipun begitu, betik masak digalakkan kerana ia memudahkan ibu membuang air besar dan menyihatkan tubuh badan, selain memiliki antioksidan dan vitamin yang tinggi. 

Oleh itu, makan buah semasa mengandung perlu dilakukan secara rutin. Walaupu  ia nampak sedap tapi pemakanannya harus dikawal terutama mereka yang menghidap diabetes. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil