Makan laksa ketika pantang: Doktor kata BOLEH, Pakar Pemakanan kata TAK, mana betul ni?

Sebenarnya boleh ke tak boleh? Pokok pangkalnya, terpulang pada penerimaan dan ketahanan tubuh masing-masing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman Facebook kecoh baru-baru ini apabila seorang doktor bernama Rusyainie Ramli telah mengatakan wanita boleh makan laksa ketika pantang. Walhal, laksa adalah makanan yang paling ditakuti wanita ketika menjalani tempoh berpantang.

Hal ini kerana, menjadi satu kelaziman selepas bersalin, ibu akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.

Akan muncul pelbagai pantang larang masyarakat nenek moyang kita dahulu yang masih diamalkan dan dipercayai oleh wanita sekarang. 

Salah satunya adalah elakkan makan laksa ketika berpantang.

Namun begitu, Dr. Rusyainie memberikan jawapan yang sangat kontra dengan apa yang selama ini kita praktiskan. Berikut merupakan perkongsian daripada doktor tersebut.

Makan laksa ketika berpantang: Kenapa dengki dengan makanan itu?

Kredit: Sempoi Media

*****

Kenapa dengki sangat dengan laksa? Yang peliknya, dengan laksa utara saja. Laksa lain tak pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya macam pesakit saya, enam tahun kahwin lima anak dia ada. Mungkin dia pun ikut pantang merapu kalian. Tak sentuh laksa langsung agaknya.

 Meh saya nak pangkah kenyataan terpesong lagi sesat ini.

1 – Laksa dibuat dari beras

Rebuslah 100 kali sekalipun tak adanya angin. Peliknya, laksa tak boleh, bihun boleh pula? Walhalnya asalnya beras juga, kan? Saiz saja yang lain.

Pasta boleh ke tak? Atau tak boleh juga sebab kena rebus? Tolonglah. Kalau ikut logik kalian, nasi pun tak boleh makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 – Tulang ikan memang tajam

Secara lahiriahnya, tulang ikan memang tajam. Pernah tertelan tulang, kan? Perit dan seksa, betul tak?

Ikan untuk buat laksa utara ini jenis sardin (selayang) atau kembung. Tinggi kandungan omega.

Kalau direbus dengan periuk tekanan tinggi, memang tulang ikan itu boleh jadi lembut. Tapi kalau rebus biasa, memang kita buang tulang ikan itu. Tak adanya nak masukkan tulang dalam kuah laksa itu ketika masak.

3 – Daun kesum dan bunga kantan tak boleh makan ketika berpantang?

Daun kesum dan bunga kantan yang dalam kuah laksa itu gunanya untuk bagi bau aroma dan rasa sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak ada kesan apa pun dari segi bahan kimia dalam daun kesum atau bunga kantan pada badan kita. Tak payah nak mengarut sakit sendi, sakit urat atau angin sekalipun.  

4 – Timun sejuk?

Memang sejuklah kalau letak dalam peti sejuk. Aduh, mungkin sejuk juga sebab kandungan air dalam timun lebih kurang 95%.

Timun sebenarnya sejenis buah kalau ikut definisi sains. Tapi tak ada langsung fakta kata tak boleh makan timun sebab sejuk dan berangin. MITOS!

Kalau badan sakit lepas makan laksa, itu kemungkinan besar TAK ADA KENA MENGENA LANGSUNG. Selalunya kesan placebo saja.

Sebab kita percaya sangat kepercayaan karut itu, maka jadilah begitu.

Sudahlah. Ini zaman maju moden. Kenapa masih berpegang pada cakap orang tua yang tak ada asas sains macam kita yang dah pergi sekolah sampai masuk universiti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*****

Artikel ini menjadi viral apabila Doktor tersebut menjawab persoalan orang ramai secara lantang dengan kata-kata yang agak kasar di pandangan pengguna FB.

Pakar pemakanan kata sebaliknya tentang isu makan laksa ketika berpantang 

Bagi membidas dan menjawab tentang perkongsian makan laksa ketika berpantang ini, muncul pula YM Tengku Buzzer Buzz dengan memberi jawapan yang berbeza dengan kenyataan Dr Rusyainie.

*****

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang tengah tular seorang doktor dikatakan amatlah sombong menulis di laman Facebook miliknya. Terutamanya tentang makanan bagi ibu berpantang.

Malah beliau menggelarkan sesetengah ibu berpantang makanan yang berangin sebagai **** (terma panggilan yang tidak sopan)

Namun, saya pasti dia mempunyai niat yang baik dalam menerangkan sesuatu persoalan yang timbul.

Saya hanya nak bagi komen sedikit sebagai pegawai dalam bidang sains pemakanan.  Bagi mengulas sedikit kekeliruan yang timbul akibat isu ini.

1 – Memang ada makanan yang boleh menyebabkan angin

Untuk permasalah yang dikatakan sesetengah makanan itu akan menyebabkan badan berangin atau bahasa sainsnya, sesetengah makanan yang dimakan boleh menyebabkan penghasilan gas lebih banyak di dalam sistem penghadaman kita dan seterusnya kembung perut.

Ini adalah fakta dalam bidang sains. Ia benar dan boleh terjadi.

2 – Memang ada individu yang bertindak balas dengan penghasilan gas terlalu tinggi

Selain itu, setiap individu mempunyai microflora guts yang berbeza-beza.

Ada sesetengah individu, jika dia ambil sesetengah makanan terutama yang tinggi fibre atau complexs carbohydrate berantai panjang, ia akan menyebabkan tindak balas penghasilan gas yang lebih tinggi berbanding individu yang lain.

Inilah sebenarnya mengapa terdapat sebilangan individu tidak gemar makan sesetengah sayur-sayuran berdaun hijau seperti kacang panjang, kobis, taugeh, kangkung, buah-buahan tertentu, beras pulut, ubi dan lain-lain kerana mereka mengaitkannya sebagai punca yang boleh menyebabkan angin dalam badan atau perut kembung.

3 – Petua orang zaman dahulu ada benarnya

Maka ini sebabnya, mengapa petua orang Melayu dahulu yang meminta ibu berpantang tidak ambil sesetengah makanan tertentu yang boleh menyebabkan angin dalam badan atau pertambahan gas di dalam sistem penghadaman.

******

Jadi, sebagai professional kesihatan, anda tidak sepatutnya memukul tara semua individu atau ibu berpantang sama rata apatah lagi membandingkan dengan cara pemakanan anda sendiri yang pernah berpantang beberapa kali.

Nasihat anda berkaitan pemakanan seharusnya berdasarkan diet history individu tersebut. Malah, penerimaan setiap individu terhadap sesetengah makanan adalah unik dan tersendiri.

Jawapan yang terlalu umum bagi persoalan yang kompleks sebegini hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan kekeliruan.

Makan laksa ketika berpantang: Dibolehkan jika tiada sebarang permasalahan

Kesimpulannya, jika anda normal, boleh makan apa sahaja tanpa sebarang masalah, maka makan saja apa yang anda mahukan tidak kira semasa berpantang atau selepas melahirkan anak.

Tapi jika anda mengalami masalah tertentu dan menyebabkan sistem pencernaan menghasilkan gas berlebihan, sekaligus membuat tubuh rasa tidak selesa, ada baiknya anda elakkan makanan tersebut. Tak kira ketika berpantang atau tidak.

Berkenaan budaya bertungku dan mengurut. Mungkin kita boleh rujuk pada pegawai yang lebih pakar dan ada menggunakan teknik urutan dan tuam panas dalam bidang kepakaran tersebut seperti Pegawai Fisioterapi untuk menjelaskan lebih lanjut tentang fungsi dan kebaikannya dari segi saintifik.

Justeru, apa yang ingin disampikan adalah, bila bekerja dalam bidang kesihatan ini, anda perlu mengambil kira pelbagai faktor dan banyakkan bertanya pada individu yang lebih pakar pada sesuatu isu itu.

Bukan hanya merujuk kepakaran dalam bidang anda sahaja.

Adakah anda masih keliru sama ada makan laksa ketika berpantang ini boleh atau tidak?

Untuk itu, anda boleh baca artikel kami yang lain berkaitan makanan yang dilarang ketika berpantang untuk dapatkan lebih info terperinci. Semoga baik-baik saja untuk kita semua. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Eny Abdullah 

Sumber : Dr. Rusyainie, YM Tengku Buzzeer Buzz

Baca juga

Makanan Berpantang: Jenis Makanan Pantang Yang Boleh Diambil & Menu Orang Berpantang 44 Hari