X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Ini Kongsi Tips Beritahu Orang Jangan Suka Suka Beri Makan Suap Anak Kita Raya Nanti

3 min bacaan
Doktor Ini Kongsi Tips Beritahu Orang Jangan Suka Suka Beri Makan Suap Anak Kita Raya Nanti

Sukar bagi ibu untuk berkata 'tidak' terutamanya mereka yang lebih tua jika beri makan suap yang tidak bersesuaian dengan usia anak.

Hari raya berbaki kurang dua minggu lagi, masing-masing bukan sekadar pulang ke kampung, malah bulan itu juga menjadi medan pertemuan sanak dan saudara namun bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil isu orang memberi makan suap kepada anak pasti berulang setiap tahun.

Tabiat segelintir daripada masyarakat yang suka menyuap anak orang terutamanya bayi berusia satu tahun ke bawah tanpa memikirkan kesannya sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ibu bapa. 

Ketupat, rendang, kuih raya, minuman manis, dan sebagainya habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut si kecil ini.

Selalunya ada sahaja perkongsian daripada orang ramai supaya tidak menyuap anak orang lain sesuka hati pada hari raya tetapi kali ini seorang doktor telah berkongsi tips bagaimana untuk memberitahu orang lain supaya jangan memberi makan suap kepada anak kita supaya hati ibu ayah lebih tenang berhadapan dengan golongan sebegini.

Jika orang susah nak faham jangan beri makan suap anak kita, tak perlu lagi jaga hati mereka

makan suap

 

Menurut Dr. Amalina Mohd Daud, kadang-kala agak sukar bagi ibu yang tidak berpengalaman untuk menolak dan berkata ‘tidak’ kepada orang lain, terutamanya mereka yang lebih tua jika mereka memberi bayi kita makanan yang tidak sesuai.

Namun katanya, ibu perlu lebih yakin dan mempertahankan prinsip mereka dalam pemberian makanan kerana anak-anak tidak mempunyai orang lain untuk membela mereka malah jika berlaku apa-apa pada kemudian hari, kita sendiri yang akan berhadapan dengan situasi tersebut bukannya orang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Amalina Mohd Daud (@amalina_mohd_daud)

Antara tips yang dikongsikan adalah berterus terang sahaja tanpa perlu ayat berlapik dalam ayat yang cukup ringkas tanpa menjelaskan sebab dan kenapa kepada orang yang memberi makan suap kepada anak kita.

Seterusnya ibu ayah tidak perlu rasa bersalah dan meminta maaf kerana menyuarakan perkara tersebut, sedangkan kita sendiri tahu apa yang kita lakukan tidak ada apa-apa yang salah, semuanya demi kesihatan si kecil kita.

“Kita kena bersedia yang apa yang kita katakan ini mungkin menyebabkan mereka kecil hati. Kalau mereka okay, baguslah tapi sesetengah orang akan kata ala saya ni pengalaman anak ramai-ramai okay je boleh makan je tapi anda kena bersedia dan terima kalau mereka berkecil hati kerana apa yang anda dah buat adalah perkara terbaik untuk anak anda,” katanya lagi.

Jadi untuk ibu bapa di luar sana, jika orang di sekeliling sukar memahami cara kita menjaga anak anda hanya perlu bersikap tegas sahaja tak perlu lagi menjaga hati mereka,

Manakala untuk anda yang tidak pernah rasa bersalah melakukan perkara ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang bakal ditanggung mereka dan keluarga mereka nanti disebabkan tindakan ini?

Amalina Mohd Daud

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berapa kali anak yang berusia 1-3 tahun perlu makan dalam sehari?

Baca juga: Resepi Biskut Florentine Yang Rangup Dan Sedap, Kesukaan Anak-Anak Ketika Hari Raya

Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Keperluan Bayi
  • /
  • Doktor Ini Kongsi Tips Beritahu Orang Jangan Suka Suka Beri Makan Suap Anak Kita Raya Nanti
Kongsikan:
  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Ibu, Adakah Ulser Mulut Anak Menganggu Waktu Tidurnya?

    Ibu, Adakah Ulser Mulut Anak Menganggu Waktu Tidurnya?

  • 7 Produk Makanan Bayi Malaysia Terbaik Wajib Ada Semasa Memperkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi

    7 Produk Makanan Bayi Malaysia Terbaik Wajib Ada Semasa Memperkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Ibu, Adakah Ulser Mulut Anak Menganggu Waktu Tidurnya?

    Ibu, Adakah Ulser Mulut Anak Menganggu Waktu Tidurnya?

  • 7 Produk Makanan Bayi Malaysia Terbaik Wajib Ada Semasa Memperkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi

    7 Produk Makanan Bayi Malaysia Terbaik Wajib Ada Semasa Memperkenalkan Makanan Pepejal Kepada Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham