Makanan Baby 8 Bulan Yang Sedap & Mudah, Menu Seperti Orang Dewasa Tanpa Gula, Garam

Makanan baby 8 bulan tidak semestinya bubur nasi sahaja. Ibu boleh pelbagaikan menu seperti orang dewasa tanpa menambah gula atau garam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terujanya si manja anda kini sudah memasuki usia 8 bulan dan seronok mencuba pelbagai makanan pejal. Bagi memudahkan kerja di dapur, apa kata semak beberapa menu makanan baby 8 bulan ini.

Sebagai ibu adalah penting untuk anda memastikan menu yang disediakan cukup nutrisi seperti karbohidrat, protein, vitamin dan serat. Paling penting jangan memasukkan gula, garam atau serbuk perasa ke dalam makanan si manja.

Resepi makanan baby 8 bulan yang mudah dan sedap

Seorang ibu, Rina Azrina telah berkongsikan beberapa menu makanan baby 8 bulan di kumpulan Facebook sebagai panduan para ibu.

Holaaa. Antara menu Haifa 8bulan. Seronok masak macam2 sebab dia berselera makan. Alhamdulillah.

#1. Ikan goreng ala Mamak

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk kunyit
  • Tepung beras
  • Daun kari
  • Mirepoix
  • Sayur 
  1. Ikan dilumur denga bawang putih, halia, kunyit dan juga tepung beras. Perap sekejap pastu goreng garing. Ketepikan
  2. Tumis bawang merah yang dimayam dengan daun kari hingga naik bau. Masukkan mirepoix. Kacau-kacau manja.
  3. Kemudian masukkan sayur pilihan dan sedikit air bagi sayur lembut sekejap.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul sebati. Siap

#2. Kurma ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk kurma- sikit sahaja
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Santan

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumbuk bawang merah dan halia
  2. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau. Tambah serbuk kurma dan sedikit air
  3. Masukkan ayam dan carrot dan ubi kentangMasak hingga semua lembut.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih sedikit pekat.
    Siap!

#3. Nasi goreng cina

Bahan-bahan:

  • Nasi lembik
  • Minyak bijan
  • Unsalted butter
  • Bawang putih
  • Sayur(rina guna carrot,jagung dan kacang panjang)
  • Ayam
  • Telur
  1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan sayur. Masukkan telur dan kacau.
  3. Kemudian masukkan nasi lembik. Kacau sebati dan titiskan minyak bijan. Kacau sebati dan siap.

#4. Ikan masak lemak

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan
  • Bawang merah
  • Kunyit
  • Santan segar@ susu
  • Serai
  • Sayur pilihan(rina guna sawi dan carrot)
  1. Tumbuk bawang merah dan kunyit. Campurkan santan dan serai.Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan carrot. Tunggu hingga ikan masak
  3. Masukkan sawi. Dan siap untuk dihidangkan

#5. Pasta vege mania

Bahan-bahan:

  • Pasta-direbus
  • Carrot
  • Sawi/brokoli
  • Lada benggala
  • Jagung
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Mirepoix
  • Parsley flakes/mix herbs
  • Isi ayam
  1. Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan mirepoix. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sayuran keras dahulu.
  3. Kemudian tambahkan pasta dan sawi. Gaul hingga sebati. Tabur parsley flakes dan siap!

#6. Pasta creamy carbonara

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Ayam- dipotong dadu
  • Cream cheese
  • Fresh milk
  • Brokoli
  • Pasta
  1. Pasta direbus terlebih dahulu hingga masak
  2. Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan ayam. Tunggu ayam masak. Masukkan cream cheese dan susu. Masukkan broccoli
  3. Tabur parsley flakes sikit untuk bangkitkan bau. Nak guna parsley fresh lagi best
  4. Masukkn pasta yang telah direbus. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan

#7. Paprik ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun limau
  • Brokoli
  • Carrot
  • Jagung
  • Kurma
  • Tomato paste
  1. Tumis bebawang hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau.
  2. Masukkan tomato paste dan kurma. Masak kejap hingga sedikit pekat. Masukkan ayam ayam.
  3. Bila ayam dah masak, masukkan sayur dan siap.

#7. Sup ayam

Bahan-bahan:

  • Bawang putih-hiris halus
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Ayam
  • Kentang
  • Carrot
  • Daun sup
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.
  2. Ayam dah kecut sikit masukkan air, ubi kentang serta carrot. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun sup. Tabur bawang goreng. Siap

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

Baca juga:  Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Baca juga: Resepi Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Naikkan Selera Si Manja, Bantu Tambah Berat Mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan