Bayi Maut Lepas Diberi Makan Gelatin! Parents, Jangan Anggap Makanan Anda Sesuai Untuk Baby!

Kadang-kadang parents rasa macam makanan tertentu boleh diambil untuk anak namun di sebaliknya ada bahaya yang menanti...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah, kenali dulu makanan apa yang sesuai untuk dijadikan makanan baby ya.

Makanan apa yang harus elak diberi kepada anak-anak? Ibu ayah, elak dari membawa kerosakan dan membahayakan nyawa anak dengan menggunakan pengetahuan penting dari artikel ini mengenai makanan bahaya untuk bayi.

Kadangkala ibu ayah gemar memberikan makanan orang dewasa kepada anak kerana teruja melihat anak berselera makan. Mulanya mungkin sekadar mencuba, tetapi lama-kelamaan membiarkan sahaja, siap bagi anak pegang sendiri lagi makanan tu!

Bayi 1 Tahun Maut Akibat Makan Gelatin Yang Bukan Makanan Bayi

Minggu lalu, sebuah posting di Facebook telah menjadi viral dan pastinya menarik perhatian para ibu bapa. Kisah ini berkenaan seorang anak kecil yang maut akibat makan gelatin yang bila difikirkan semula, merupakan salah satu makanan yang digemari kanak-kanak.

Bayi tersebut yang berusia lebih dari 1 tahun dianggap boleh saja untuk menikmati makanan dengan tekstur jeli namun hakikatnya penggunaan gelatin dalam makanan ada bahaya untuk si kecil.

Netizen telah membuat posting ini berkenaan apa yang terjadi kepada Adrian, seorang budak lelaki apabila dia makan gelatin. Kejadian ini berlaku terlalu pantas apabila bayi tersebut meninggal dunia setibanya di hospital.

Walau bagaimanapun, setelah 26 minit kemudian budak lelaki itu berjaya sedar semula dan berada dalam keadaan koma selama 5 hari! Namun keajaiban itu tidak kekal lama apabila kesihatannya kembali merosot dan akhirnya tidak mampu bertahan lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca kematian dikatakan dari gelatin yang sebelum ini dimakan olehnya. Siapa yang boleh menyangka perbuatan yang kelihatan ringkas dan mudah itu boleh menyebabkan nyawa si kecil boleh hilang dalam sekelip mata?

4 Kumpulan Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Kanak-Kanak

Kisah baby Adrian ini hanya merupakan salah satu daripada akibat buruk dari pemakanan yang sesetengah orang dewasa gemar berikan kepada kanak-kanak. Orang dewasa perlu sedar yang pengetahuan kita boleh menjadi ancaman yang sangat serius kepada mereka.

Jadi untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi, sebagai orang dewasa khususnya ibu ayah, kita wajib ada pengetahuan yang tepat mengenai diet kanak-kanak. Jangan ambil ringan perkara ini dan sentiasa teguh dalam prinsip anda sekiranya ada orang lain yang cuba untuk memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada anak anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oh ya, harus diingatkan juga jangan sama sekali beri makanan kepada si manja sebelum dia menginjak usia 6 bulan.

Berikut merupakan jenis makanan yang tidak sesuai dijadikan makanan baby:

6 bulan- 1 tahun

Buah-buahan dan sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jagung mentah
  • Buah  ceri yang belum masak, buah beri dan anggur
  • Cebisan sayuran atau buah yang keras
  • Buah-buahan kering seperti kismis

Protein

  • Seluruh atau sebahagian dari kacang, dan mentega kacang
  • Ketulan besar atau bahagian daging yang keras
  • Hotdog dan sosej
  • Daging ikan yang pedas
  • Ketulan keju yang besar

Bijirin

  • Biskut dan bar granola
  • Kentang, chip kentang, pretzels dan lain-lain snek yang bersaiz besar
  • Biskut krakers dan roti dengan bijirin dan serpihan kacang
  • Beras dan bijirin lain

Makanan Manis

  • Gula-gula keras, jelly beans, karamel dan lolipop.
  • Gula-gula getah
  • Marshmallows
  • Gelatin

12-24 bulan (1 tahun hingga 2 tahun)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah-buahan dan sayuran

  • Jejari lobak
  • Sebiji anggur atau tomato ceri
  • Bahagian besar buah-buahan atau sayur-sayuran

Protein

  • Sebutir kacang
  • Bahagian daging yang liat
  • Hotdog atau sosej yang dipotong bulat
  • Benih atau bijirin
  • Ketulan mentega kacang

Bijirin

  • Bertih Jagung
  • Keropok chips

Makanan Manis

  • Gula-gula getah
  • Gula-gula yang keras seperti lolipop
  • Gelatin

Ibu ayah, apa yang anda tahu tentang pemakanan anak khususnya yang berbahaya dan tidak sesuai dijadikan makanan baby sepatutnya diharamkan dari anak! Ini bagi mengelakkan kemungkinan anak tercekik dan memudaratkan kesihatan si kecil.

Anda juga perlu tahu posisi yang betul untuk memberi makan kepada anak. Jangan lupa untuk sentiasa berpesan kepada si kecil untuk sentiasa makan dalam keadaan yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anak makan secara duduk dan tidak berbaring. Sebaik-baiknya anak duduk dengan sempurna di atas kerusi yang cukup tinggi dan ibu ayah perlu elak ya dari memberi anak makan di stoller atau dalam kereta yang bergerak.

Makanan juga perlu disediakan mengikut kesesuaian umur. Bayi kecil perlu diberikan makanan baby yang bertekstur lembut dan mudah untuk ditelan.

Semoga kita semua dihindari dari bahaya sebegini. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Philippines dengan keizinan.

Baca juga:

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Penulis

Beto Rahman