Sebelum ini, kami pernah berkongsikan resepi makanan bayi 6 bulan hanis zalikha sebagai panduan ibu. Namun kali ini apa kata anda cuba beberapa makanan bayi 6 bulan versi lain dan mudah disediakan untuk si manja.
Masuk saja usia 6 bulan, tentunya ibu ayah rasa teruja kerana waktu ini si manja sudah bersedia menikmati makanan pejal selain susu.
Isi Kandungan
Pemberian makanan bayi 6 bulan
Menurut World Health Organisation (WHO) dan UNICEF, umur enam bulan merupakan umur optimum untuk bayi mula mencuba mengambil makanan pejal.
Hal ini kerana bayi 6 bulan sudah mempunyai sistem penghadaman agak matang, menunjukkan kebolehan duduk lebih baik baik dan bersedia menelan makanan. selain susu
Di peringkat umur ini juga, sebaiknya semua jenis makanan bayi 6 bulan termasuk buah-buahan dimasak terlebih dahulu supaya lebih lembut dan mudah dihadam.
Selain itu, jangan lupa ikut 4 days rules iaitu tidak mencampurkan bahan-bahan lain dalam masa 4 hari bagi mengetahui reaksi alahan terhadap sesuatu makanan.
Jika sudah lulus dengan 4 days rules, ibu boleh mencuba campur dengan bahan yang lain ke dalam makanan bayi 6 bulan ini.
Resepi makanan bayi 6 bulan
1. Puri pisang
Bahan-bahan:
- Beberapa ulas pisang dikupas dan dihiris
- Air masak / susu ibu/ susu formula
Cara-cara membuat menu makanan bayi 6 bulan:
- Lenyekkan pisang.
- Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
- Cairkan adunan dengan air / susu.
- Siap untuk dihidang!
2. Puri lobak merah
Bahan-bahan:
- 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- Air masak / susu ibu / susu formula
Cara penyediaan menu makanan bayi 6 bulan:
- Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik. Kemudian kukus.
- Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
- Cairkan dengan air / susu.
- Siap untuk dihidang!
3. Bubur nasi
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
- 1 3/4 cawan air
Cara penyediaan menu makanan bayi 6 bulan:
- Didihkan air.
- Masukkan beras dan kacau.
- Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
- Siap untuk dihidang!
4. Puri lobak merah dan labu
Bahan untuk resepi makanan bayi 6 bulan:
- 50 g labu
- 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana)
Cara penyediaan resepi makanan bayi 6 bulan:
- Labu dan lobak merah dipotong dadu.
- Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
- Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut.
- Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan pada si kecil.
5. Puri keledek dan bunga kubis
Bahan makanan bayi 6 bulan pertama:
- 1 biji keledek ( saiz sederhana)
- 50 g bunga kubis
Cara-cara memasak:
- Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
- Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
- Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
- Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
6. Puri keledek dan labu
Bahan makanan bayi 6 bulan pertama:
- 1 biji keledek (saiz sederhana)
- 50 gram labu
Cara memasak:
- Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
- Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
- Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
7. Puri lobak merah dan kentang
Bahan-bahan:
- 1 biji kentang (saiz sederhana)
- 1 batang lobak merah saiz sederhana
Cara memasak:
- Lobak merah dan kentang dibersih. Kemudian, dipotong dadu.
- Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong tadi selama 10 minit sehingga lembut.
- Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
8. Puri kentang dan kubis bunga
Bahan-bahan:
- 2 biji kentang (saiz sederhana)
- 50 gram kubis bunga
Cara memasak:
- Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
- Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
- Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit sehingga lembut.
- Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit sehingga lembut.
- Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.
9. Puri epal, pic kering dan kurma
Bahan-bahan:
- 1 biji epal merah
- 4-5 pic kering
- 1 biji kurma
Cara memasak:
- Potong dadu epal.
- Hiris kasar kurma dan pic kering.
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
- Renehkan semua bahan selama 10 minit sehingga lembut.
- Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.
10. Puri epal, pir dan kayu manis
Bahan-bahan:
- 1 biji epal merah
- 1 biji pir hijau
- Sebatang kayu manis
- 3-5 sudu air
Cara-cara memasak:
- Potong dadu epal dan pir.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut.
- Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.
11. Puri pir dan avocado
Bahan-bahan:
- 1 biji pir hijau
- 1 biji avocado
Cara memasak:
- Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
- Masukkan pir dan avocado tadi dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
12. Puri epal dan pisang
Bahan-bahan:
- 1 biji epal merah
- 1 biji pisang (saiz sederhana)
Cara memasak:
- Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
- Masukkan epal dan pisang tersebut ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
13. Puri mangga dan avocado
Bahan-bahan:
- 1 biji mangga (saiz sederhana)
- 2 biji avocado
Cara penyediaan menu makanan bayi 6 bulan:
- Potong isi mangga dan avocado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
- Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses kisar.
14. Puri Avokado
Bahan resepi makanan bayi 6 bulan:
- 1 biji avokado yang sudah matang
Cara-cara memasak:
- Belah avokado dan buang bijinya
- Gunakan sudu untuk mengeluarkan isinya dan masukkan ke dalam blender
- Kisar, tambah susu ibu atau susu formula atau air jika perlu untuk mencairkannya sedikit
- Boleh hidang dengan segera
15. Puri Mangga
Bahan-bahan makanan bayi 6 bulan:
- Buah mangga
Cara-cara memasaknya:
- Kupas kulit buah mangga
- Potong dadu isi buah mangga dan masukkan ke dalam blender
- Kisar sehingga lumat, tambah air, susu formula atau susu ibu jika perlu.
- Hidang atau simpan di dalam peti sejuk untuk dihidangkan kemudian
Perisa tambahan untuk bayi cuba
1. Serbuk ikan bilis
Bahan-Bahan:
- 1 cawan ikan bilis
Cara memasak:
- Buang kepala dan isi perut ikan bilis kemudian cuci dengan air. Rendam untuk 5 minit jika tidak mahu ikan bilis itu terlalu masin.
- Buang air rendaman dan perah ikan bilis itu untuk mengeluarkan lebihan air.
- Goreng hingga kering dan ranggup dalam kuali tanpa minyak. Ibu juga boleh menggunakan air fryer ataupun ketuhar untuk melakukan ini.
- Biar hingga sejuk, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk.
Serbuk ikan bilis ini boleh dicampur bersama dengan bubur si manja. Tapi ingat, jangan guna terlalu banyak – kalau tidak direndam sebelum dimasak, ia mungkin terlalu masin.
Baki yang tidak digunakan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara dan ke dalam peti sejuk sehingga habis digunakan.
2. Stok kaki ayam (Chicken Feet Stock -CFS)
Stok kaki ayam sesuai untuk ditambah ke dalam menu sup untuk bayi. Ia juga boleh ditukar kepada tulang lembu jika anda tidak terdapat kaki ayam untuk dijadikan stok.
Bahan-bahan:
- 1/2 batang saderi
- 1 biji tomato
- 1/2 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 biji bawang Holland
- 1 sup bunjut
- Rempah 4 sekawan
- Kaki ayam
Cara memasak:
- Rebus kesemua bahan selama 3 hingga 4 jam. Boleh juga direbus sehingga 5 jam, ia bergantung kepada citarasa masing-masing kerana pastinya anda mahukan stok kaki ayam yang pekat.
- Setelah segalanya lembut berderai, tapi air rebusan dan simpan stok di dalam bahagian beku peti sejuk.
Stok kaki ayam ini boleh dibekukan di dalam bekas kiub ais untuk lebih senang.
Jadual makanan bayi 6 bulan
Jadual makanan bayi 6 bulan menganggarkan si manja yang berusia 4 hingga 6 bulan mengambil 3 kali tidur siang (biarpun sesetengah bayi berusia 6 bulan akan hanya mempunyai tidur siang sebanyak 2 kali) dan anda sebagai ibu ayah memperkenalkan makanan solid kepada mereka dengan menyuap puri menggunakan sudu.
- Jadual makanan bayi 6 bulan jam 7 pagi: Bangun dan menyusu sama ada terus dari susu ibu atau menerusi botol (6 ke 8 auns susu badan atau susu formula)
- 7.45 pagi: Sarapan (1 ke 4 sudu besar bijirin bayi, 1 ke 4 sudu besar pisang yang dihancurkan)
- 8.45 pagi – 10.45 pagi: Tidur siang
- 10.45 pagi: Bangun dan menyusu sama ada terus dari susu ibu atau menerusi botol (6 ke 8 auns susu ibu atau susu formula)
- Jadual makanan bayi 6 bulan 12.00 tengah hari: Susu ibu atau menggunakan botol (6 ke 8 auns susu ibu atau susu formula)
- 12.30 tengah hari – 2.30 petang: Tidur siang
- 2.30 petang: Susu ibu atau menggunakan botol (6 ke 8 auns susu ibu atau susu formula)
- 4.30 petang ke 5.00 petang: Tidur siang
- 5.00 petang: Susu ibu atau menggunakan botol (6 ke 8 auns susu ibu atau susu formula)
- Jadual makanan bayi 6 bulan jam 5.45 petang: Makan malam (1 ke 4 sudu besar sweet potato yang dilenyek, 1 ke 4 sudu besar puri peas
- 6.45 petang: Susu ibu atau menggunakan botol (6 ke 8 auns susu ibu atau susu formula)
- 7.00 malam: Tidur
Kuantiti makanan bayi 6 bulan
Berapa banyak kuantiti makanan bayi 6 bulan kerap menjadi persoalan kebanyakan ibu. Antara tips yang boleh kami kongsikan adalah mulakan sedikit dan perlahan-lahan tingkatkan amaunnya.
Dalam hal ini, kuantiti makanan bayi 6 bulan mungkin merangkumi satu sudu teh atau dua sudu makanan solid.
Sekali si kecil mula merasakan menikmati sesi makan, ibu boleh menggunakan carta pemakanan bayi berikut sebagai panduan:
Kuantiti makanan bayi 6 bulan dan ke bawah:
- 24 ke 36 auns susu formula atau susu ibu sepanjang 24 jam (atau 5 ke 8 kali sesi minum susu sehari)
- 1 ke 4 sudu besar bijirin sekali atau dua kali sehari
- 1 ke 4 sudu besar setiap buah dan sayur sekali atau dua kali sehari
6 – 8 bulan:
- 24 ke 36 auns susu formula atau susu ibu sepanjang 24 jam (kini bayi anda sudah lebih efisyen ketika sesi penyusuan, ibu mungkin akan perlu menyusukannya 4 ke 6 kali sehari)
- 4 ke 9 sudu besar untuk setiap bijirin, buah dan sayur setiap hari, dikembangkan kepada 2 ke 3 menu makan
- 1 ke 6 sudu besar daging atau protein lain (seperti yogurt, keju kotej, atau scrumbled egg) sehari
9 – 12 bulan:
- 16 ke 30 auns susu formula atau susu ibu sepanjang 24 jam (atau 3 ke 5 kali sesi penyusuan sehari)
- Sekitar 1/4 ke 1/2 cawan bijirin, buah, atau sayur dua kali sehari
- Sekitar 1/4 ke 1/2 cawan makanan tenusu setiap hari
- Sekitar 1/4 ke 1/2 cawan makanan padat protein setiap hari
Senarai buah untuk bayi 6 bulan
Selain daripada anda menyediakan buah-buahan sebagai puri dan makanan pertama bayi anda, anda juga boleh berikan buah-buahan sebagai ‘finger food’.
Walau bagaimanapun buah yang lebih keras perlu dimasak untuk melembutkannya. Basuh dan buang kulit serta biji dengan bersih.
Ini antara senarai buah yang sesuai untuk bayi 6 bulan yang anda boleh berikan pada si manja:
- pisang
- blueberry
- kiwi
- buah oren
- epal
- raspberi
- mangga
- nektarin
- pir
- strawberi
- nenas
- betik
- tembikai
- buah pic
- plum
Nota:
- Anda juga boleh tukar jenis buah mengikut kesukaan masing-masing.
- Selain rebus buah-buahan dan sayur untuk bayi tersebut, anda juga boleh kukus dahulu sebelum dikisar supaya zat dalam buah tidak hilang.
Ibu juga boleh baca tentang jadual makan bayi 6 bulan dan umur yang selanjutnyadi sini. Pemakanan yang sihat memberi nutrisi yang diperlukan untuk anak kecil membesar.
Selamat mencuba dan kongsikan dengan rakan anda yang lain!
Anda juga patut membaca artikel baby food 101 untuk mengetahui maklumat asas tentang memberi makanan kepada bayi 6 bulan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu
Baca juga: Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya
Baca juga: Tak Sempat Masak Makanan Bayi? Ini 13 Produk Organik & Mudah Sedia Khas Buat Si Manja!