Enam bulan merupakan waktu yang sesuai untuk memulakan si kecil itu makan makanan pepejal sebagai makanan sampingan kepada penyusuan susu ibu. Ia sekaligus dapat menambah pengambilan nutrien penting pada si manja. Untuk itu, apakah makanan bayi mengikut umur yang sesuai?
Tanda bayi sudah bersedia untuk makanan pepejal
Tentu ibu teruja nak siapkan makanan pepejal pertama buat si kecil, namun anda perlu perhatikan tanda-tanda ini terlebih dahulu bagi memastikan sama ada bayi sudah bersedia untuk makan atau sebaliknya:
- Kemampuan bayi tegakkan kepala dan leher semasa duduk
- Bayi menunjukkan minat terhadap makanan orang di sekelilingnya
- Teruja melihat makanan di hadapannya.
- Mudah membuka mulut semasa ibu menyuap makanan.
Makanan bayi mengikut umur dari 0 hingga 12 bulan
0 hingga 4 bulan
Bayi dalam linkungan umur ini belum dapat mencerna makanan padat dengan baik. Sebab itu mereka hanya memerlukan susu ibu atau susu formula saja untuk mencukupi bekalan nutrisi.
Bagi memastikan bayi mendapat cukup susu badan, ibu perlu perhatikan dari segi berat badan dan najis si kecil. Manakala bayi yang minum susu formula tidak boleh diberikan lebih dari 32 ons setiap hari.
4-6 bulan
Pada usia ini pencernaan bayi sudah mula berkembang dan ibu sudah boleh memulakan makanan pepejal pertama apabila si kecil sudah menginjak ke umur enam bulan.
Namun, ia harus diberikan dalam kuantiti yang kecil dan bertekstur halus. Walau bagaimanapun, susu tetap menjadi sumber nutrisi utama.
Ini makanan yang anda boleh mulakan setelah bayi umur enam bulan:
- Bubur nasi kosong
- Puri buah-buahan seperti epal, pisang, betik dan lain-lain.
- Puri sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, lobak dan lain-lain.
- Biskut bayi pastikan rendah gula dan mudah dihadam.
6-8 bulan
Dalam usia ini, bayi rata-ratanya sudah mampu duduk atas kerusi bayi tanpa bantuan.
Jika bayi sudah boleh makan bubur nasi, ini masanya untuk ibu menukar selesa si kecil dengan memperkenalkan puri sayur-sayuran dan buah-buahan yang perlu dikisar halus dan diberikan dalam kuantiti kecil.
Ibu juga boleh varisasikan makanan si kecil dengan pelbagai nutrisi sihat. Juga boleh memberinya protein seperti ikan salmon, ayam, daging dan lain-lain serta dipotong halus.
Namun, ibu harus ikut 4 days rules bagi memastikan si kecil bebas sebarang alahan dan memudahkan ibu mengenalpasti alergi bayi.
8-10 bulan
Pada waktu ini, bayi sudah boleh makan bubur atau bijirin bersama susu badan atau susu formula serta mengunyah dengan tekstur lebih kasar.
Bahkan, bayi 9 bulan sudah mula menunjukkan kemampuannya dengan memasukkan ibu jari ke dalam mulut.
Dalam makanan si kecil itu, anda boleh potong lobak atau ubi dalam ukuran kecil supaya bayi tidak tersedak, memberinya makan biskut dan kuning telur bagi memenuhi keperluan protein si kecil.
Portion hidangan yang boleh dianjurkan seperti 1/4 hingga 1/2 cawan bijirin, 3/4 cawan buah dan sayur serta 1/2 cawan makanan protein.
Apapun, pastikan si kecil diberi makanan tersebut dalam tempoh tiga ke empat hari bagi mengetahui reaksi alahan.
10-12 bulan
Menjelang usia setahun pertama, bayi sudah mampu makan makanan seperti orang dewasa contohnya keju yang dipasteurisasi dan yogurt. Namun, pastikan ia dalam potongan kecil supaya menghindari bayi dari tersedak atau sukar dikunyah.
Perhatikan juga sumber lain yang boleh menyebabkan alergi seperti kekacang, telur dan ikan. Juga elakkan memberi si kecil susu kambing atau madu dan tunggu sehingga umurnya setahun.
Adakah anda sudah mula memberi bayi makanan pertama di rumah? Semoga artikel ini membantu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Foto: Daily Express
Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-untuk-bayi-6-bulan-sampai-1-tahun