TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Resepi Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak, Confirm Boleh Buat Anak Berselera!

5 min bacaan
5 Resepi Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak, Confirm Boleh Buat Anak Berselera!

Kali ini kami kongsikan resepi makanan berkhasiat untuk kanak-kanak yang ibu ayah boleh cuba di rumah. Ada kelainan, pasti anak suka!

Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini, anak-anak lebih banyak di rumah dan ibu perlu menyiapkan makanan mereka dari pagi hingga ke malam. Kadang-kadang buntu jadinya. Jadi kali ini kami kongsikan resepi makanan berkhasiat untuk kanak-kanak.

Mungkin anda boleh cuba resepi ini di rumah. Tidaklah anak bosan asyik makan lauk sama saja kan?

Makanan berkhasiat sangat penting untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membesar dengan sihat dan cergas. Pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan mereka cukup nutrisi untuk membesar.

Resepi makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

Kredit: tasteofhome

Kanak-kanak yang suka makan makanan berkhasiat dipercayai bermula daripada ibu bapa yang memang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat pada anak-anak.

Usah biasakan anak-anak dengan junk food yang mana kita sendiri sebagai ibu bapa tahu ia tidak sihat dan tidak baik untuk kesihatan anak. 

#1. Ayam panggang buttermilk

Bahan-bahannya:

  • 1-1 / 2 cawan mentega dan susu
  • 4 helai daun thyme
  • 4 ulas bawang putih, dibelah dua
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 bahagian dada ayam tanpa kulit tanpa tulang 

Cara-caranya:

  1. Masukkan susu, mentega, thyme, bawang putih dan garam ke dalam mangkuk besar . Gaulkan ayam dengan bahan yang sudah dicampurkan dan perap selama 8 jam.
  2. Toskan ayam dan buang air perapan.
  3. Bakar ayam dengan api sederhana 165 °. Cuba terbalikkan ayam 5-7 minit setiap bahagian

Fakta pemakanan: 

1 bahagian dada ayam: 189 kalori, 4g lemak (1g lemak tepu), 95mg kolesterol, 168mg sodium, 1g karbohidrat (1g gula, 0 serat), 35g protein. 

#2. Mee sup ayam halia

Bahan-bahannya:

  • lobak merah sederhana, dihiris
  • 3 hingga 4 sudu besar halia segar cincang
  • 2 sudu besar daun pasli segar cincang
  • Stok ayam 4 cawan
  • 1 tin air kelapa
  • 3 sudu besar jus lemon
  • dada ayam dipotong dadu
  • 2 sudu teh lada putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak canola
  • 1 cawan jagung beku dicairkan
  • mee/spageti

Cara-caranya:

  1. Rebus mee/spageti
  2. Reneh semua bahan sehingga empuk. 
  3. Tuangkan kuah ke dalam spageti/mee

Fakta pemakanan:

1-1 / 2 cawan: 351 kalori, 6g lemak (1g lemak tepu), 65mg kolesterol, 672mg sodium, 41g karbohidrat (5g gula, 4g serat), 33g protein.

#3. Nasi goreng kobis bunga & ayam

makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

Kredit: tasteofhome

Bahan-bahannya:

  • 1 kobis bunga
  • dada ayam tanpa kulit tanpa tulang, potong kiub 1/2 inci
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak canola
  • 1 lada hijau sederhana, dicincang
  • 1 bawang kecil, cincang
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1/2 cawan jus tomato
  • 1/4 sudu teh jintan manis
  • 1/4 cawan ketumbar segar cincang
  • 1 sudu besar jus limau

Cara-caranya:

  1. Leraikan kobis bunga dan potong dalam bentuk kepingan. Kisar dalam tempat pemproses makanan sehingga ia nampak seperti beras. Jangan terlalu hancur
  2. Panaskan minya, tumis ayam hingga warna keperangan dan masukkan garam dan lada putih.
  3. Masukkan lada hijau, bawang dan bawang putih; masak dan kacau 3 minit.
  4. Kacau jus tomato dan jintan; didihkan. Masukkan bunga kobis yang sudah dihancurkan. Biarkan kira-kira 7 hingga 10 minit dan kacau rata. Akhir sekali masukkan jus limau. 

Fakta pemakanan:

1-1 / 2 cawan: 227 kalori, 7g lemak (1g lemak tepu), 63mg kolesterol, 492mg sodium, 15g karbohidrat (6g gula, 5g serat), 28g protein.

#4. Veggie macaroni and cheese

makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

Kredit: tasteofhome

Bahan-bahannya:

  • 1-1 / 2 cawan makaroni yang belum dimasak
  • 3 cawan brokoli segar
  • lobak merah, dibelah dua dan dipotong nipis
  • 2 batang saderi, dihiris
  • 1 sudu mentega
  • 1 biji bawang besar, cincang
  • 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan susu
  • 1 cawan sup ayam/stok ayam
  • keju cheddar
  • 1 sudu besar mustard
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh lada putih
  • 1/4 sudu teh paprika

Cara-caranya:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Panaskan ketuhar hingga 350 °. Masukkan makaroni ke dalam bekas tahan bakar, masukkan brokoli dan saderi
  2. Dalam periuk lain, panaskan mentega, tumis bawang hingga lembut. Kacau tepung hingga sebati. Masukkan susu dan kuah secara beransur-ansur; didihkan. Masak dan kacau hingga pekat, kira-kira 2 minit masukkan kacau keju, mustard, garam dan lada.
  3. Masukkan campuran makaroni, kacau hingga sebati, taburkan dengan serbuk paprika. Bakar, tanpa penutup selama 15-20 minit.

Fakta pemakanan:

1 cawan: 200 kalori, 11g lemak (6g lemak tepu), 33mg kolesterol, 391mg sodium, 15g karbohidrat (3g gula, 2g serat), 10g protein.

#5. Sandwich ayam BBQ

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan bawang cincang
  • 1/2 cawan saderi dadu
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 cawan salsa
  • 1/2 cawan sos
  • 2 sudu gula merah
  • 2 sudu cuka
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh lada PUTIH
  • 2 cawan ayam masak yang telah dikisar
  • 6 roti hamburger, dibelah dan dibakar

Cara-caranya:

  1. Dalam periuk besar, tumis bawang, saderi dan bawang putih dalam mentega hingga lembut. Masukkan salsa, sos tomato, gula merah, cuka, serbuk cili, garam dan lada.
  2. Kacau ayam. Didihkan. Tutup dan reneh selama 15 minit. Hidangkan kira-kira 1/3 cawan campuran ayam pada setiap roti.

Fakta pemakanan:

1 sandwich: 284 kalori, 8g lemak (3g lemak tepu), 47mg kolesterol, 770mg sodium, 35g karbohidrat (12g gula, 3g serat), 18g protein. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Kredit foto: tasteofhome

Baca juga: Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Baca juga: 10 Idea Makanan Bayi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Baby Yusuf Iskandar

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 5 Resepi Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak, Confirm Boleh Buat Anak Berselera!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham