theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

5 Resepi Salmon Untuk Bayi, Tinggi OMEGA-3, Baik Untuk Perkembangan Otak Anak

4 min bacaan
•••
5 Resepi Salmon Untuk Bayi, Tinggi OMEGA-3, Baik Untuk Perkembangan Otak Anak5 Resepi Salmon Untuk Bayi, Tinggi OMEGA-3, Baik Untuk Perkembangan Otak Anak

Ikan salmon memang terkenal sebagai makanan sihat untuk bayi. Jadi kami kongsikan di sini resepi salmon untuk bayi yang ibu boleh cuba di rumah!

Ikan salmon antara makanan laut terbaik yang sering diberikan kepada bayi. Ia yang kaya dengan Omega 3 sangat baik untuk perkembangan otak bayi. Jadi kami kongsikan resepi salmon untuk bayi yang boleh ibu bapa cuba!

Salmon adalah ikan yang popular dengan kangungan nutriennya yang pelbagai. Rasanya yang enak dan berlemak mudah untuk memikat selera bayi anda.

Salmon boleh dimasak dengan pelbagai cara dan ada juga yang makan secara mentah  (namun elak beri yang mentah kepada bayi).

Baca juga: 10 resipi mug cake yang sedap, 2 minit saja siap! Anak anda confirm suka!

Resepi salmon untuk bayi yang boleh ibu cuba!

cara buat choco jar

Menurut, root of science, salmon adalah salah satu sumber omega-3 yang baik. Bagi 100 gram ikan salmon yang diternak, ia mengandungi 2.3 gram omega-3, manakala ikan salmon yang liar mengandungi 2.6 grams omega-3.

Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar. Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.

Mengambil sekurang-kurangnya dua sajian ikan salmon dalam seminggu dapat memenuhi keperluan omega-3 anda.

#1. Bubur salmon tumis beras

resepi salmon untuk bayi

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Brokoli potong kecil
  • Isi salmon
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Basil
  • Olive oil
  • Beras

Cara-caranya:

  1. Tumiskan bawang dengan halia sampai wangi
  2. Masukkan brokoli dan salmon, sambung tumis sampai naik bau. Apabila sudah nampak kering tumiskan sekali beras.
  3. Apabila beras sudah keperangan, masukkan secawan air, buka api besar.
  4. Masukkan serbuk lada putih,lada hitam dan basil, jangan masukkan banyak, cukup sekadar bau sahaja
  5. Kacau mesra dan masukkan tiga cawan air dan biar bubur masak dengan api paling kecil
  6. Bila sudah dapat tekstur bubur yang anda mahu, boleh tutup api.

#2. Resepi salmon sweet sour

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon (goreng dgn unsalted butter@minyak)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato ceri
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • Carrot*(potong dadu)
  • Daun sup*(racik)
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan tomato ceri.
  2. Panaskan unsalted butter dan masukkan bahan yang kisar
  3. Tumis sehingga naik bau dan betul-betul masak.
  4. Kemudian masukkan lobak merah dan sedikit air.
  5. Bila lobak dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur dan ikan. Kacau-kacau bagi sayur masak. 

#3. Resepi salmon buttermilk

resepi salmon untuk bayi

Bahan-bahan:

  • Isi ayam*(goreng)
  • Bawang putih*(cincang)
  • Bayam
  • Kacang peas
  • Lobak merah
  • Unsalted butter
  • Formula milk
    *kalau tiada susu formula, boleh juga gantikan dengan cream cheese. Susu ibu pun boleh tapi masukkan masa sudah suam sebab susu ibu tidak boleh kena suhu tinggi. Jika 8 bulan ke atas boleh guna susu full cream.

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu unsalted butter dan masukkan bawang putih.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan kacang pis, lobak merah dan isi ayam
  4. Bancuh formula milk dengan 1/2 cawan air dan masukkan ke dalam bahan tumisan tadi.
  5. Apabila sudah mendidih masukkan bayam dan tutup api

#4. Resepi salmon masak halia

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon fillet
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *potong halus memanjang
  • Lobak merah potong halus memanjang
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air (ikut nak kuah banyak mana).
  4. Apabila air nampak mendidih boleh masukkan ikan dan carrot.
  5. Masak sehingga ikan masak sempurna.

#5. Salmon masak kurma

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *ketuk
  • Rempah kurma
  • Lobak merah
  • Sweet potato
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Bancuh 1 sudu rempah kurma dengan sedikit air masukkan dalam bahan yang ditumis tadi.
  4. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau dan tambah air sehingga tiga kali dan biar betul-betul masak rempah tadi).
  5. Tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato dan lobak merah.
  6. Bila air mendidih boleh masukkan ikan.
  7. Masak sehingga ikan masak sempuna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: root of science, siraplimau

Baca juga: Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 5 Resepi Salmon Untuk Bayi, Tinggi OMEGA-3, Baik Untuk Perkembangan Otak Anak
Kongsikan:
•••
  • Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

    Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

  • 6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

    6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

  • Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa

    Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa

  • TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!

    TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!

app info
get app banner
  • Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

    Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

  • 6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

    6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

  • Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa

    Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa

  • TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!

    TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi