7 Minuman & Makanan Buat Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa!

Ibu hamil ingin berpuasa, tetapi takut keletihan melampau yang mungkin boleh jejaskan kandungan. Kami kongsikan makanan buat ibu hamil kekal bertenaga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan makanan buat ibu hamil haruslah teliti terutama ketika berpuasa kerana ia penting untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk ibu hamil.

Jadi makanan buat ibu hamil sudah pastilah makanan yang tinggi khasiat kerana ia akan membekalkan nutrien terbaik kepada bakal ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Kadangkala, apabila berpuasa, ramai lebih memilih untuk makan makanan yang manis-manis yang mana ia sebenarnya tidak sihat diambil dalam kuantiti banyak dan secara kerap.

Makanan buat ibu hamil kekal bertenaga elak keletihan dan kelesuan

Kredit: ruangmom

Keletihan dan kelesuan ketika berpuasa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak sesuai bakal menimbulkan kemudaratan kepada ibu hamil dan anak dalam kandungannya.

Disebabkan itu, penting untuk  mendapatkan makanan yang sihat buat ibu hamil dalam memastikan mereka terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Keletihan yang melampau akan membuatkan ibu hamil mudah stres dan ia tidak baik untuk kesihatan. Jadi kali ini kami kongsikan makanan buat ibu hamil yang boleh mengekalkan kesegaran mereka sepanjang hari dan sudah pasti boleh mengelak keletihan

Antara masalah utama yang dilalui oleh ibu mengandung adalah keletihan. Ia bukan saja disebabkan oleh perubahan fizikal yang dialami, tetapi juga perubahan hormon dan emosi yang menjadikan ibu hamil kurang bertenaga.

Selain melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, diet anda juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan tubuh. Oleh itu, cuba amalkan pengambilan makanan yang tepat untuk membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih cekap dan efisyen.

#1. Daging tanpa lemak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Seeloknya, carilah daging tanpa lemak.

Jangan terlalu banyak makan daging berproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Malah ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

#2. Kekacang dan bijirin

Kredit: nikita.id

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau sering mengantuk ketika di pejabat atau pada waktu siang, elakkan mengambil kudapan yang tak berkhasiat. Sebaliknya, bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio, walnut, dan badam. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber yang asli dan tidak bergaram / berperisa.

Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan lebih efisyen seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan ota bayi di samping dipercayai membantu menangani stres ketika hamil.

#3. Sayuran berdaun hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: lifestyle

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua.

Bayam terutamanya sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan anda agar semua toksin dapat disingkirkan dari badan.

#4. Buah-buahan pelbagai warna

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna buah-buahan seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu, putih. Ia memastikan bahawa anda dan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral, dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh masing-masing.

Tidak perlu risau tentang kiraan kalori kerana buah-buahan adalah diet yang sihat. Di samping itu, ia amat sesuai dijadikan snek semasa mengantuk di siang hari!

#5. Kurma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurma adalah salah satu makanan sunnah yang telah terbukti secara saintifik untuk memberi tenaga kepada ibu hamil. Maka, sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada bulan Ramadhan. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah serta merawati sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot, atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung.

#6. Makanan berkalsium tinggi

Susu amat sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh anda boleh berasa letih, tidak sihat, dan berisiko anemia. Namun, tidak semua boleh menelan susu sepanjang kehamilan.

Maka, anda boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan yogurt. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu!

#7. Air kosong

Tahukah anda, walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering melanda ketika hamil.

Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Jadi, jangan malas minum air ya ibu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thezuriat

Baca juga: Hospital Kerajaan Terbaik Untuk Bersalin di Kuala Lumpur & Selangor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar