Bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, proses pertama selepas itu adalah berpantang. Ada banyak cara berpantang yang diamalkan samaada secara moden mahupun tradisional. Tapi yang paling dititik beratkan adalah makanan dalam pantang.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Makanan dalam pantang yang sedap dan menyelerakan
- Menu pantang bersalin: idea untuk makan tengahari dan malam
Pasti ibu-ibu merasa tertekan dengan makanan yang kurang menarik serta kurang rasa yang dihidangkan untuk mereka. Namun makanan dalam pantang ini akan menjadi lebih menarik jika kena dengan caranya.
Makanan dalam pantang yang sedap dan menyelerakan
Menurut Rida Shafie, beliau yang juga dalam pantang telah berkongsi menu yang diamalkan sepanjang proses berpantang tersebut. Setiap menu ini juga merupakan menu buatan air tangan sendiri, dimasak di rumah. Menu beliau kelihatan cukup menarik dan sedap untuk dimakan.
Beliau yang telah berada di dalam wad selama 3 hari terpaksa menerima makanan dalam pantang yang disediakan pihak hospital. Keadaan itu telah menyebabkan beliau lebih menikmati makanan dalam pantang apabila pulang ke rumah.
Ikuti perkongsian menu beliau di Facebook dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Assalam semua..
3 hari admit kat wad, makan menu pantang kat wad, redho je..
Hari ke 4 dpt balik umah, masak sendiri.. nikmatnyaaa
Tengiri bakar guna Af
Lobak putih + sayur sawi bening…
10 hari turun 13kg
Berat badan turun nie atas org sebenarnya..
Ada cepat ada lambat.
Breakfast : Biskut jagung, nestum, kurma, buah epal, air milo
Makan tengahari: Nasi, tenggiri bakar, buah oren, lobak putih dan sayur sawi bening, air kosong
Nasi putih, ikan selar bakar, sayur kangkung, buah anggur, air sanquick
Menu pantang bersalin: idea untuk makan tengahari dan malam
Pada perkongsiannya yang terbaru beliau akhirnya berkongsi menu tengahari makanan dalam pantang.
Menu ibu berpantang by
#airtanganrida
#masaksendiri
#czernormal
Hari 1, 2 n 3… makan menu kat wad…
Hari ke 4 sampai today hari ke 16 pantang baru masak kat rumah..
Nie menu lunch Rida… menu breakfast lain yer..
.lain badan lain orang cara
.sakit kita, kita rasa
Nak makan ayam plk… daging ke…
Selamat lunch yer semua
Nasi, ikan bilis goreng, buah oren, sayur air kangkung, air oren
Nasi, sayur kangkung + lobak putih, ikan tenggiri rebus, buah anggur, air sanquick
Nasi, sayur sawi, buah oren, sup, bawang goreng, air putih
Nasi, sayur sawi + lobak putih, ikan siakap stim, halia goreng, buah oren, air sanquick
Nasi putih, ikan selar bakar, buah oren, sayur air sawi, air rendam kurma
Nasi putih, ikan tenggiri bakar, buah oren, sayur bayam, air rendaman kurma
Nasi putih, ikan tenggiri rebus, sayur brokoli + carot, buah epal, air oren
Nasi putih, halia goreng, ikan tenggiri bakar, buah oren, sayur bayam, air rendam kurma
Nasi putih, ikan tenggiri rebus, sayur sawi, buah oren, air putih
Makanan yang sedap dan berkhasiat sepanjang tempoh berpantang dapat membekalkan tenaga mencukupi buat para ibu. Jika berpantang sendiri, anda bolehlah minta tolong suami sediakan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Lengkap Buah-Buahan Ibu Berpantang Boleh Makan & Perlu Elak Sebaik Mungkin
Baca juga: Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari
Baca juga: Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!