Kehamilan memang akan membuatkan berat seseorang naik. Tetapi kenaikan berat badan yang mendadak dan melebihi kadar sepatutnya bahaya untuk kandungan dan ibu. Jadi kami sertakan senarai makanan diet untuk wanita hamil!
Makanan diet bukanlah bermakna ibu hamil perlu berlapar tetapi lebih kepada menjaga nutrisi yang diambil supaya berat badan yang bertambah itu adalah ideal dan sesuai.
Baca juga: Bahaya Ambil Makanan Mentah Ketika Hamil, Wanita Maut Lepas Makan Kerang
Makanan diet ibu hamil
Tahukah anda, waktu mengandung adalah waktunya anda berikan lebih perhatian kepada diet dan pemakanan. Sudah tentu anda mahu melahirkan seorang bayi yang sihat dan terus kekal sihat sepanjang kehamilan.
#1. Ubi keledek
Ubi keledek atau kentang manis sangat kaya dengan beta-karotin dan vitamin A yang mana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.
Kebiasaannya wanita hamil harus mengambil 10-40% vitamin tambahan namun jangan berlebihan dalam pengambilan vitamin A kerana akan mengakibatkan ketoksikan apabila pengambilan yang berlebihan.
#2. Sayuran hijau
Ibu mengandung harus mengambil sayuran hijau yang lebih kerana ia sarat dengan vitamin dan nutrisi termasuk vitamin A,C dan K.
Sayuran hijau juga membantu pencernaan manusia itu sendiri agar toksik dalam badan dapat disingkirkan malah akan membantu menyihatkan dan tumbesaran bayi itu sendiri.
#3. Pisang
Walaupun pengambilannya boleh dikawal, ibu mengandung juga perlu untuk makan buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan potassium dan menawarkan tenaga cepat untuk melawan keletihan kehamilan.
Malah, pisang akan menambahkan lagi kekenyangan anda untuk terus bertenaga.
#4. Oat
Oat adalah makanan yang sering dimakan oleh orang yang menjaga diet mereka namun ia juga sesuai untuk ibu mengandung kerana oat adalah makanan yang sihat.
Makanan yang tinggi serat dan membuatkan ibu mengandung tidak merasa mudah kelaparan. Karbohidrat kompleks dapat membantu menurunkan kolestrol anda.
Oat sesuai untuk diambil sebagai sarapan kerana ibu hamil harus bersarapan untuk memberi tenaga kepada dirinya sendiri dan bayi.
#5. Buah-buahan kering
Jika ibu mengandung mengidam dan ingin merasai sesuatu yang manis, buah-buahan kering seperti aprikot, ceri dan cranberi adalah buah yang sesuai untuk dimakan oleh ibu yang sedang hamil.
Buah-buahan kering ini juga akan membantu mencegah jangkita saluran kencing.
#6. Bijirin
Pada trimester pertama, folate adalah penting untuk tumbesaran janin namun keperluan vitamin B juga harus tinggi. Pakar menasihatkan ibu yang hamil memerlukan 400 mikrogram sehari melalui tambahan vitamin atau makanan yang diperkaya.
Jadi, bijiran sarapan adalah cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini.
#7. Buah-buahan pelbagai warna
Pengambilan buah-buahan yang pelbagai warna juga adalah penting untuk wanita hamil seperti warna hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih kerana ia akan membekalkan nutrisi dalam setiap kelompok warna yang berbeza akan memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh ibu dan bayi.
#8. Susu/makanan tinggi kalsium
Kebiasaannya memang menjadi amalan untuk ibu mengandung mengambil susu kerana sudah sedia maklum tentang khasiat itu sendiri.
Susu bagus untuk ibu hamil kerana susu mengandungi kalsium yang tinggi dan wanita yang hamil memrlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa.
Namun ada yang alahan dengan susu ketika hamil. Jadi ambillah jenis makanan yang lain yang mempunyai sumber kalsium seperti ikan, tauhu, keju dan yogurt. Namun, jangan pula berlebihan kerana ada kesan buruk jika berlebihan.
#9. Telur
Telur mempunyai nutrien yang tinggi yang mana ia adalah sumber protein dan kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina.
Jadi ia sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung kerana zat kolina itu sendiri adalah nutrien penting dalam perkembangan otak janin disamping mengurangkan risiko kecacatan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida.
#10. Bayam
Bayam dikenali sebagai sayuran yang sihat dimana ia kaya dengan antioksidan dan nutrien. Makanan seperti ini adalah penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar.
Malah selain daripada antioksidan sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A adalah vitamin yang diperlukan untuk perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: listikel
Baca juga: Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor