Memilih makanan kanak-kanak yang berkhasiat adalah amat penting untuk tumbesaran anak. Ini kerana nutrien memainkan penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Di bawah adalah 8 perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa sebelum anda menyediakan makanan untuk anak mereka. Jom semak apakah ia:
#1 Masa makan dan masa untuk snek
Sediakan makanan anak yang penuh protein dan snek yang kecil pada masa yang sama. Jika anak tidak menghabiskan makanannya, dia masih boleh makan sneknya nanti.
Ini juga akan mengurangkan pembaziran makanan dan menolong ibu bapa untuk mengagak berapa banyak anak boleh makan.
#2 Masakan rumah lebih baik
Makanan yang disediakan di rumah adalah makanan yang paling baik untuk anak. Ia jauh lebih berkhasiat dan bersih dari makanan yang disediakan di luar ataupun makanan segera.
Jadi ibu-ibu digalakkan untuk masak di rumah. Kalau anda ada pengasuh atau menghantar anak ke taska, apa kata bangun awal untuk memasak dan membekalkan makanan ini pada anak nanti?
#3 Kurangkan gula!
Walaupun kadang-kadang ibu bapa akan memberi gula-gula atau aiskrim sebagai ganjaran pada anak, tapi cuba elakkan makanan dan minuman dengan kandungan gula yang tinggi.
Makanan yang manis biasanya mempunyai nutrien dan mineral yang sangat rendah. Ia sangat tak berkhasiat untuk anak!
Buah-buahan adalah pilihan yang lebih berkhasiat.
#4 Banyakkan minum air
Terlalu banyak snek di antara masa makan boleh merosakkan selera makan anak pula. Minuman manis juga hanya akan mengisi perut kosong anak dan tidak akan menyumbang kepada perkembangan anak.
Adalah lebih baik untuk memberi anak air supaya mereka terhidrasi dan jika ibu bapa ingin memberi jus, pastikan jus itu 100% atau jus yang dibuat di rumah. 125-175 ml (4-6 auns) jus sehari sudah memadai.
#5 Berikan susu penuh krim
Jika ibu bapa sudah mula memberi susu lembu, anda digalakkan untuk memberi susu penuh krim sehingga anak berumur 2 tahun.
Selepas umur 2 tahun, ibu bapa bolehlah tukar kepada susu rendah lemak ataupun susu skim yang hanya mempunyai 1-2% kandungan lemak.
Tetapi tengoklah keadaan anak. Jika ibu bapa rasa anak masih tidak cukup nutrien dan lemak dari makanan kanak-kanak atau tidak obes, susu penuh krim boleh diberikan.
#6 Biar anak pilih apa yang dia hendak makan
Jangan paksa anak makan. Kebanyakkan kanak-kanak kecil sudah tahu berapa banyak mereka boleh makan dan tahu cara untuk memilih makanan.
Kadang-kadang mereka akan menolak makanan tertentu. Ada yang tidak mahu cuba makan langsung.
Jadi memberi makanan kanak-kanak ini macam buat eksperimen. Sediakan makanan berlainan dan juga makanan kegemarannya. Ini supaya anak diberi pendedahan kepada pelbagai jenis makanan.
Makanan kegemarannya boleh dijadikan makanan standby.
#7 Jauhi makanan yang “diperkaya” dengan nutrien tambahan
Banyak makanan kanak-kanak dipasarkan sebagai makanan yang diperkayakan dengan nutrien penting. Tapi ini tidak bermaksud ia lebih baik untuk anak.
Makanan ini boleh dimakan, tetapi jangan jadikannya makanan utama anak. Adalah lebih bermanfaat untuk ibu bapa memberi makanan segar yang disediakan di rumah atau makanan ori seperti susu ibu.
#8 Memantau anak ketika dia sedang makan
Apabila memberi makanan kanak-kanak, pastikan ia telah dipotong kecil dan sentiasa memantau anak ketika dia sedang makan. Ini ialah untuk mengurangkan risiko anak tercekik.
Lagipun masa makan boleh dijadikan bonding time bersama.
Ingat 8 petua ini lain kali sebelum ibu bapa menyediakan makanan kanak-kanak. Dengan petua ini anak akan membentuk tabiat dan rutin pemakanan yang lebih sihat dan tetap.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
JANGAN lakukan perkara ini jika ibu nak buat atau beri makanan bayi