8 protein terbaik untuk buat anak anda jadi tinggi dan kuat
Jika anda mahukan anak anda menjadi sihat, tinggi dan kuat, beri mereka makanan kaya protein ini mula dari usia mereka enam bulan!
Anak yang semakin membesar dan berdikari ini masih memerlukan anda untuk pastikan mereka gembira, sihat dan selamat.
Untuk kesihatan, anda boleh pastikan perkembangan anak dalam pelbagai aspek termasuk ketinggian mereka melalui apa yang mereka makan.
Salah satu cara untuk memastikan anak anda membesar dengan tinggi dan kuat adalah mengetahui makanan kaya protein apa yang perlu anda beri pada mereka.
Adakah makanan kaya protein baik untuk bayi?
Protein ditemui dalam setiap sel dalam badan, dan untuk bayi, penting bagi mereka mendapat makronutrisi ini untuk membesar dengan sihat.
Protein penting untuk setiap fungsi pertumbuhan seperti rambut, tulang dan otot. Protein akan dipecahkan menjadi asid amino, yang menurut kajian telah menunjukkan hubungkait dengan hormon pertumbuhan.
Mempunyai protein yang cukup juga telah dikaitkan dengan penambahan tinggi dan berat sihat pada usia 10 tahun.
Anda tak perlu banyakkan menu makanan untuk pastikan kelebihan makanan kaya protein untuk bayi.
Untuk memecahkan protein menjadi asid amino, ia memerlukan tenaga, jadi adalah dinasihatkan untuk anda kenalkan bayi anda dengan makanan ini sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
Makanan kaya protein yang bagus untuk bayi
1. Telur
Telur mengambil tempat pertama untuk meningkatkan ketinggian anak anda dan tak lupa juga ia kaya dengan protein.
Malah, kajian terbaru mengatakan yang satu telur sehari boleh bantu anak anda menjadi tinggi dan kuat.
Makanan versatil ini sangat berguna untuk bermacam lauk dan boleh dimasak dengan pelbagai cara.
Ia makanan yang hebat dan anda boleh mula beri bayi anda telur seawal usia mereka enam tahun. Tapi, jika ahli keluarga anda mempunyai alahan pada telur, jangan beri mereka putih telur sehingga mereka besar sedikit.
2. Ikan
Setiap jenis makanan laut seperti salmon dan bass laut adalah penuh dengan lemak omega-3 yang sihat.
Nutrisi ini adalah penting untuk mengembangkan otak anak anda. Beberapa jenis ikan seperti salmon dan tuna adalah sumber vitamin D yang baik serta dapat membantu meningkatkan ketinggian anak anda.
Hanya pastikan yang semua ikan yang anda berikan telah dibuang tulang. Sashimi juga tak elok untuk anak anda.
3. Mentega kacang
Kita selalu berhati-hati untuk memberi mentega kacang pada anak kerana risaukan alahan pada kacang.
Bagaimana pun, kajian baru-baru ini mengatakan, dengan memberi anak anda sedikit mentega kacang (selepas usia 6 bulan) boleh bantu mereka jauh dari alahan pada kacang.
Selain meningkatkan ketinggian, kacang juga penuh dengan lemak monosaturated yang dapat seimbangkan sensitiviti insulin dan mengurangkan keradangan serta membantu menguatkan jantung bayi.
Pastikan mentega kacang anda tak terlalu pekat untuk mengelakkan mereka dari tercekik.
4. Yogurt
Beri anak anda susu dapat menguatkan tulang mereka. Tapi untuk bayi bawah usia setahun, mereka susah untuk hadam susu lembu dan alternatif lain yang baik adalah yogurt.
5. Daging
Sumber protein yang paling ketara adalah daging. Daging seperti ayam, lembu dan kambing adalah penuh dengan nutirisi yang berlainan seperti zat besi, niacin, vitamin B6 dan zink.
Kesemua nutrisi ini lebih-lebih lagi protein boleh buat anak anda tinggi.
Anda boleh mula beri anak anda daging selepas mereka masuk umur 7 bulan.
Makanan kaya protein bagi vegetarian
Jika anda besarkan anak anda sebagai seorang vegetarian atau anda tak makan beberapa protein dari haiwan, jangan risau, ini adalah beberapa makanan kaya protein yang berasaskan tumbuhan.
1. Tauhu lembut
Tauhu lembut adalah alternatif murah kepada protein haiwan. Ia seperti telur versi vegetarian.
Anda boleh beri anak anda tauhu lembut yang telah dikisar dengan buah sebagai makanan manis untuk anak anda.
Pakar menyarankan untuk anda beri tauhu lembut apabila anak anda berusia 8 bulan ke atas.
2. Kacang hijau dan lentil
Ini adalah makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan protein dan mudah untuk disediakan.
Anda boleh kukus kacang hijau dan hancurkan dengan tangan atau food processor dan campurkan dengan puri buah (sebab kanak-kanak suka benda manis).
Atau untuk lebih mudah, anda boleh letak mentega pada kacang yang dah dikukus dan hidangkan sebagai finger food.
3. Keledek
Keledek adalah pilihan protein yang terbaik untuk bayi. Ia mempunyai beta-carotene yang dipecahkan menjadi vitamin A. Vitamin ini penting untuk pertumbuhan penglihatan, tumbesaran dan menguatkan sistem imunisasi.
Anda boleh hidang keledek dengan pelbagai cara sejurus selepas bayi anda masuk enam bulan!
Protein adalah penting jika anda mahu anak anda membesar menjadi tinggi dan kuat. Anda boleh mula mengenalkan makanan kaya protein ini sejak dari usia mereka enam bulan.
Artikel asal ditulis oleh Vinnie Wong dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: