X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

3 min bacaan
Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan baby 6 bulan perlu mengandungi pelbagai khasiat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran sihat.

Bila bayi dah masuk 6 bulan, inilah masa terbaik untuk perkenalkan makanan baby 6 bulan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka. Ibu ayah pasti teruja mencuba pelbagai resipi sambil kenalkan si kecil dengan rasa baru!

▲▼Isi Kandungan

  • Makanan Baby 6 Bulan Perlulah Mengandungi Pelbagai Khasiat
  • Makanan Pertama Berasaskan Bijirin
  • Tambahkan Zat Penting Dalam Bubur Bayi
  • Kuantiti, Kekerapan Dan Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Anak 6 Bulan
  • Contoh Menu Bayi 6 Bulan Seminggu
  • Tips Penyediaan Bubur Dan Puri
  • Cara Mengesan Alahan Bayi Pada Makanan?
  • Jangan Paksa Bayi Makan

Makanan Baby 6 Bulan Perlulah Mengandungi Pelbagai Khasiat

Walaupun susu ibu atau susu formula masih menjadi sumber utama nutrisi, makanan pejal membantu melatih deria rasa dan menyokong perkembangan bayi. Pastikan makanan yang diperkenalkan mengandungi:

  • Karbohidrat: Untuk memberi tenaga.
  • Protein: Membantu perkembangan otot dan tisu.
  • Vitamin dan mineral: Contohnya zat besi untuk otak dan imunisasi.
  • Serat: Untuk sistem penghadaman sihat

Makanan Pertama Berasaskan Bijirin

Bijirin bayi yang diperkaya zat besi adalah antara pilihan terbaik untuk makanan pertama. Campurkan bijirin dengan susu ibu atau susu formula supaya teksturnya lebih cair. Contoh bijirin yang sesuai ialah bubur nasi atau oat.

Tips: Mulakan dengan satu hingga dua sudu teh sahaja dan tingkatkan kuantiti secara beransur-ansur.

Tambahkan Zat Penting Dalam Bubur Bayi

Untuk memastikan bayi mendapat khasiat mencukupi, cuba tambahkan bahan seperti:

  • Sayur-sayuran: Lobak, bayam, brokoli (dilenyek atau dikisar halus).
  • Buah-buahan: Epal, pisang atau pir (dilembutkan).
  • Protein: Kuning telur, ayam atau ikan kukus (pastikan tiada tulang).

4-Day Rule: Perkenalkan satu bahan baru pada satu masa dan tunggu selama empat hari sebelum mencuba bahan lain. Ini penting untuk mengesan alahan.

Kuantiti, Kekerapan Dan Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Anak 6 Bulan

  • Kuantiti: Mulakan dengan 1-2 sudu besar setiap hidangan.
  • Kekerapan: Dua kali sehari – pagi dan petang.
  • Tekstur: Halus dan cair (puri atau bubur cair) untuk memudahkan bayi menelan.

 Jangan risau jika bayi hanya makan sedikit pada awalnya. Ini adalah fasa percubaan.

Contoh Menu Bayi 6 Bulan Seminggu

Jom cuba menu seminggu untuk bayi 6 bulan yang disusun oleh Nutritionist Penang! Mudah, sihat, dan sesuai untuk si manja yang sedang membesar.

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah

makanan baby hari sabtu

makanan baby hari ahad

Tips Penyediaan Bubur Dan Puri

1. Kukus Dan Lenyek

Kukus sayur dan buah supaya nutrien tidak hilang, kemudian kisar atau lenyek halus.

2. Gunakan Air Bersih

Tambahkan air masak atau air rebusan sayur jika perlu.

3. Elakkan Gula Dan Garam

Sistem pencernaan bayi belum bersedia untuk bahan perasa ini.

Cara Mengesan Alahan Bayi Pada Makanan?

Perhatikan tanda-tanda berikut selepas memperkenalkan makanan baru:

  • Ruam kulit atau merah-merah.
  • Cirit-birit atau muntah.
  • Kesukaran bernafas atau batuk yang pelik.
  • Sembelit

Jika ada tanda-tanda ini, hentikan makanan tersebut dan segera berjumpa doktor.

Jangan Paksa Bayi Makan

Normal jika bayi menolak makanan pada waktu tertentu. Jangan memaksa mereka, kerana ia boleh menyebabkan pengalaman makan menjadi negatif. Bersabarlah dan cuba lagi kemudian.

Pengalaman memperkenalkan makanan kepada bayi adalah momen yang indah. Pastikan ia menyeronokkan, penuh kesabaran dan utamakan makanan yang selamat serta berkhasiat.

Selamat mencuba!

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Nutritionist KKM

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Baca juga: Anak Dah Mula Makan? Amalkan Cara Pemakanan Yang Sihat, Pilih Salah Satu Untuk Sarapan Nanti!

Baca juga: Resepi Pancake Enak Untuk Santapan Sekeluarga, Anak-Anak Kecil Pasti Suka!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Makanan Baby 6 Bulan: Contoh Menu & Panduan Mudah Untuk Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham