Sedap Kena Dengan ‘Tekak Melayu’, 5 Resepi Makanan Korea Ini Mudah Untuk Dicuba

Selalu makanan korea di luar, apa kata kali ini buat sendiri di rumah guna resepi yang kami kongsikan. Sangat mudah & ringkas pasti puas hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peminat K-drama mesti pernah rasa craving nak makan makanan korea seperti yang ada dalam scene makan-makan, bukan? Begitu halus cara mereka mempromosikan makanan tradisional sampaikan kita terliur dibuatnya. Apa yang mereka makan, itulah yang kita nak.

Sekali sekala tukar selera tekak kepada makanan korea apa salahnya, kan. Ibu hamil yang mengidam, boleh cuba beberapa resepi hidangan korea yang sering muncul dalam drama Korea.

Yang bukan peminat K-drama pun boleh cuba kerana resepi yang dikongsikan telah pun diolah sesuai dengan selera tekak orang kita.

Agak mudah juga sebenarnya kerana menggunakan bahan yang biasa digunakan di dapur. 

Resepi Makanan Korea Yang Sedap & Mudah Disediakan

Resepi Ayam Korea @ Chicken Korean Spicy

Bahan untuk perapan ayam:

  • 10 ketul ayam bahagian kepak
  • 7 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu gula
  • secubit garam
Cara-cara membuat perapan ayam:
  1. Tumbuk bahan bertanda ** hingga halus. Tumbuk satu demi satu sampai halus.
  2. Kemudian, lumur pada ayam
  3. Perap selama 30 minit

Bahan untuk salutan ayam:

  • ½ cwn tepung gandum
  • ½cwn tepung jagung
Cara-cara menggoreng ayam:
  1. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung.
  2. Golekkan ayam dalam tepung sehingga sekata.
  3. Apabila minyak sudah panas, goreng ayam sehingga keperangan
Bahan sos:
  • 5 ulas bwang putih (tumbuk halus)
  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji cili padi merah (tumbuk halus)
  • 2 ketul kecil gula gerek
  • 7 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu jus lemon @ cuka
  • garam secukupnya
Cara membuat sos:
  1. Tumis bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan cili kisar & cili padi merah masak hingga garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika.
  4. Masukkan jus lemon @ cuka. Kacau sebati.
  5. Masukkan secubit garam. 
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata .
  7. Sangai lenga @ bijan kemudian tabur atas ayam.

Resepi Kimchi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1.5-2kg kubis cina
  • 1 cawan air
    1/2 cawan tepung pulut

Bahan hiris:

  • Lobak
  • Kucai
  • Daun bawang

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
    5 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 biji epal merah

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong kubis ikut citasa. Cuci dan rendam dengan air garam selama 1 jam. 
  2. Masak bancuhan air tepung pulut atas api sehingga jadi pekat likat. Ketepikan.
  3. Lobak, kucai dan daun bawang dihiris memanjang. Basuh bersih dan toskan.
  4. Kisar bahan diatas hingga lumat dan pekat. Jangan tambah air.

Cara-cara membuat kimchi:

  1. Bila kubis dah layu elok. Boleh dibasuh bersih sehingga 2-3 kali. Toskan.
  2. Dalam bekas besar, campurkan kuah dan bahan kisar.
  3. Masukkan serbuk cili powder +flakes (Gochugaru).
  4. Tambah gula, garam dan sos ikan. Kacau sebati dan rasa.
  5. Dalam bekas lain, masukkan bahan hiris tadi dan kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan kubis.
  7. Bila dah sebati, masukkan kimchi ke dalam bekas atau balang kedap udara. Simpan dalam suhu bilik.
  8. Keesokan harinya baru masuk peti. Tunggu sehingga hari ke-3 baru boleh dimakan. 
 

Resepi Pancake Korea @ Pajeon

 

Bahan adunan:
  • 1 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu penuh tepung jagung1 cawan air kosong
  • Sedikit garam & gula
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • Cili merah
  • Lobak merah
  • Kucai
  • Udang (cincang)
  • Sekeping keju yang dicarik-carik
  • 1 biji telur

Cara-cara: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, air, gula, keju dan garam. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian lebih, satu lagi kurangkan.
  2. Masukkan kucai ke dalam bekas adunan yang lebih. Gaul rata.
  3. Panaskan kuali, tuang adunan kucai bagi rata dan nipis. Api sentiasa perlahan.
  4. Dalam dua minit, tabur hirisan lobak merah, selepas dua minit, tuang dalam 3 sudu adunan yang kurang tadi di seluruh permukaan.
  5. Tambahkan udang dan tuang telur.
  6. Tabur hirisan cili merah dan sedikit lagi hirisan kucai.
  7. Tutup kuali.
  8. Boleh terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak dan garing.
  9. Tunggu sebelah lagi masak dengan cantik, boleh tutup api.
  10. Siap
Bahan sos:
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 sudu air kosong
  • 3 sudu kicap
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 2 tangkai cili kering (hiris halus)
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 bijan

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan sampai sebati. Siap untuk dihidang

Makanan Korea: Tteokbokki Resepi

Bahan kek beras:
  • 400g tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • Air

Bahan sampingan:

  • Fishcake
  • Fishball
  • Sosej
  • Isi ketam
  • Daging
  • Ayam
Bahan untuk kuah:
  • 4 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1 sudu Cili adabi *bancuh dengan air dulu.
  • 1 sudu Sos Cili Thai
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu cuka
  • 1/2 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak

Cara Penyediaan:

Cara-cara membuat doh:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gaul semua bahan sampai jadi doh. Buat panjang-panjang dan rebus.
  2. Sementara uli doh boleh panaskan air untuk rebus.
  3. Masukkan kek beras tadi ke dalam periuk.
  4. Bila dah terapung, biarkan dalam 1 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebelum dipotong.
  5. Simpan air rebusan untuk kuah sos.

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan di atas. Selepas itu, boleh masukkan lauk dan tambah air rebusan kek tadi. Ikutlah nak banyak mana. Biarkan sehingga mendidih dan kuah jadi pekat.
  2. Setelah kuah dah jadi pekat letak daun bawang . Tabur bijan di atas.
  3. Siap untuk dimakan.

Resepi Nasi Goreng Kimchi @ Kimchi Bokeumbap

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi yang sudah disejukkan
  • ½ cawan kimchi dipotong bersama dengan jus
  • 1 sudu teh bawang putih dipotong
  • 2 sudu teh gochujang
  • Minyak bijan
  • Garam dan gula
  • Biji bijan
  • Rumpai laut dibakar yang rangup
Cara-cara membuat nasi goreng korea:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih sehingga keemasan.
  2. Tambahkan nasi, gochujang, dan kimchi yang dipotong bersama dengan jusnya dan kacau bersama-sama.
  3. Tambahkan minyak bijan dan perisakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Hidangkan di dalam dua mangkuk nasi, dan hiaskan dengan biji bijan dan rumpai laut rangup.
  5. Letak telur mata sebiji atas nasi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cuti Sekolah Musim Anak Bersunat, Bolehlah Sedekah Pulut Kuning & Rendang Ayam!

Baca juga: Suka Makan Nasi Arab? Buat Sendiri Dengan Resepi Sedap Dan Mudah Ini Lengkap Dengan Salatoh Dan Salsa!

Baca juga: Resepi Pizza Tanpa Oven Penuh Topping & Sangat Sedap, Wajib Cuba Di Rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah