30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice

Makanan pantang bersalin yang berkhasiat dapat membekalkan tenaga buat ibu. Jika bayi mengalami jaundice, beberapa menu ini amat sesuai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melahirkan bayi, ibu perlu melalui tempoh berpantang bagi mengembalikan semula kesihatan tubuh badan. Antara perkara diutamakan adalah makanan pantang bersalin yang berkhasiat.

Pengambilan nutrisi yang cukup amat penting untuk para ibu melalui tempoh beberapa hari pertama dengan bayi baru lahir. Bukan itu sahaja, mengurus dan menyusukan si kecil sememangnya memerlukan tenaga bagi mengelakkan ibu tertekan.

Senarai menu makanan pantang bersalin

Seorang pengguna Facebook, Wawa Siti Pooja sempat memuat naik beberapa menu makanan pantang bersalin yang disediakan oleh suaminya.

Antara menu berpantang saya. Semuanya disediakan oleh suami. Saya tak berapa suka makan berkuah, suka jenis yang kering.

Yang ringkas sahaja asalkan kenyanyg. Lagi pun hampir setiap hari kami perlu berulang alik ke hospital dan klinik. Jadi suami akan pilih menu makanan pantang bersalin yang mudah dan cepat.

Disebabkan bayi saya mengalami masalah prolong jaundice (38hari), jadi banyak benda yang doktor tak galakkan makan.

Alhamdulillah apa yang badan saya boleh terima saya makan sahaja. Cuma makanan pedas dan bergoreng memang saya elakkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak happy dan enjoy sahaja dalam pantang, barulah nanti susu badan meriah. Masa berpantang anak kedua dahulu, saya bersalin normal tanpa jahit. Jadi masa itu terlu pun saya makan. Alhamdulillah tiada sebarang masalah.

#1.  Salmon gril dan sayur sawi

#2. Bayam tumis, ikan bilis dan ubi kentang

#3. Ayam bakar & sayur sawi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Salmon tumis bawang dan sayur bayam

#5. Ikan masak asam & ulam peria

#6. Roasted chicken & sup sayur campur kaki ayam

#7. Ikan cencaru bakar & sayur sawi ulam peria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Nasi ayam

#9. Kung-pao chicken & sayur bayam

#10. Salmon gril & tumis ikan bilis kentang

#11. Hainan chicken rice

#12. Sup ayam & khailan ikan masin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#13. Ikan bakar & peria tumis

#14. Sayur kailan & sup ayam

#15. Honey glaze chicken & sayur bayam

#16. Ikan bilis , kentang & sayur bayam

#17. Ikan bakar & sayur terung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#18. Siakap stim lemon & sayur bayam

#19. Sup ayam & peria ,tempeh tumis

#20. Sup ayam & sayur bayam

#21. Kari ikan (tanpa cili) & cendawan tumis

#22. Sayur bayam , ulam timun & sardin tumis bawang 

#23. Salmon grill & sup kentang , tempeh & ulam peria

#24. Kambing bakar, sup kentang, tempe & ulam peria

#25. Daging merah & ulam brokoli

#26. Salmon gril, ulam brokoli & telur dadar

#27. Sup tetel & ulam kacang botol

#28. Salmon gril & baked potato

#29. Salmon gril & ulam brokoli

#30. Kambing bakar & brokoli

#31. Salmon gril

#32. Menu breakfast- Lempeng cicah kari

#33. Roti kukus cicah milo

#34. Lempeng pisang

Jaga pemakanan ketika berpantang

Pegawai Pemakanan (Nutritionist) Sektor Pemakanan Ibu, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nurul Zaiza Zainuddin menjelaskan, tanpa amalan pemakanan sihat, ibu berpantang berisiko tidak mendapat khasiat yang mencukupi.

“Antara kesan yang biasa boleh dilihat adalah ibu cepat penat, letih, lesu, sukar memberi tumpuan dalam tempoh berpantang..

Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan ibu berpantang mudah stres hingga mencetuskan masalah yang lebih berat contohnya kemurungan.

“Apatah lagi, ibu juga akan mengalami perubahan hormon estrogen dan progesteron selepas bersalin yang turut boleh memberi kesan terhadap emosi.

Tambahnya, amalan pemakanan tidak seimbang boleh menyebabkan ibu sukar turun berat kepada berat badan asal sebelum hamil.

“Ini lebih ketara dalam kalangan ibu yang mengalami peningkatan berat badan ketika hamil (gestational weight gain) yang berlebihan,” katanya.

Bagi mengelakkan berlakunya masalah atau gangguan ketika tempoh berpantang, anda juga perlu mendapatkan rehat mencukupi. Jangan malu untuk minta bantuan daripada pasangan atau ahli keluarga yang terdekat bagi menguruskan diri anda dan bayi.

Sekiranya anda tidak pasti dengan jenis makanan ketika berpantang, dapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai pemakanan (nutritionist KKM).

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Baca juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Baca juga: Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!