Apabila semakin menghitung hari untuk melahirkan, ibu sebaiknya mengambil makanan penambah tenaga kerana ia dapat membantu ibu lebih kuat pada hari kelahiran itu.
Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi memang sangat digalakkan untuk ibu hamil malah beberapa spesifik makanan penambah tenaga ini memang sangat disarankan sebelum menjelangnya due date.
Apakah makanan yang dimaksudkan itu, mari kami kongsikan dengan anda semua.
Makanan penambah tenaga semasa bersalin
Makanan penambah tenaga 1 ) Kurma
Buah kurma berasal dari Timur Tengah dan ia juga sangat popular di Malaysia khususnya ketika bulan Ramadhan kerana keberkatan mengambilnya ketika berbuka puasa dan sahur.
Selain itu, kurma juga dianggap sejenis buah yang boleh melancarkan operasi melahirkan yang telah banyak diketahui umum.
Satu kajian yang dilakukan pada 2008 menunjukkan wanita yang mengamalkan enam atau lebih kurma setiap hari selama empat minggu sebelum bersalin akan merasai manfaatnya. Di mana pembukaan pintu serviks akan terjadi secara natural sekitar 3 cm atau lebih berbanding ibu hamil yang tidak makan kurma.
Selain itu, 96 peratus ibu yang mengamalkan kurma akan mengalami kelahiran normal dan merasai pengalaman bersalin dalam jangka yang lebih pendek sekitar lapan jam atau kurang. Sementara ibu yang tidak teratur mengamalkannya akan mengalami tempoh melahirkan yang lebih lama sekitar 15 jam.
Buat anda yang mungkin tidak tahu, kurma memiliki kandungan gula yang cukup bagi meningkatkan tenaga selama proses bersalin itu.
Makanan penambah tenaga 2) Sup tulang daging
Mengambil protein haiwan juga penting untuk ibu sebelum menjelangnya hari bersalin. Misalnya seperti sup tulang daging yang mengandungi protein, mineral dan bahan kimia yang dipanggil asid hyaluronic.
Malah, ia juga mengandungi Leucine dan Isoleucine yang merupakan bahagian hormon yang menjadi asid amino essential yang tidak dapat melalui tubuh jadi untuk meningkatkan jumlahnya ia boleh diambil dari makanan tersebut.
Selain itu, sup tulang daging juga mempunyai kalsium, magnesium, kalium dan fosfor yang mampu menambahkan tenaga anda sepanjang proses bersalin nanti. Namun, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan tubuh ibu.
Makanan penambah tenaga 3) Tembikai susu atau tembikai merah
Buah-buahan seperti tembikai mempunyai kandungan air yang banyak bagi membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup dalam tubuh selama kehamilan.
Oleh kerana, plasenta sudah semakin membesar dan berada dalam tempoh matang maka kemampuannya untuk menampung jumlah kecairan ketuban mula menurun. Namun, jika ibu terhidrasi maka cairan ketuban yang rendah dapat dielakkan.
Selain air kosong, buah tembikai juga dapat membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup kerana buah ini mengandungi mineral elektrolit yang dapat meningkatkan penyerapan H20 dalam tubuh.
4) Pisang
Pisang kaya dengan Potassium, Vitamin B dan Vitamin C yang dapat mencegah pre-eklampsia yang sangat dibimbangi semasa melahirkan.
Buah ini juga dapat digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan yang sihat dan menambahkan nutrisi sekaligus ia dapat meningkatkan tenaga ibu semasa bersalin.
5) Ubi
Ubi memiliki estrogen yang sangat diperlukan untuk membuat asid hialuronat dalam tubuh. Malah Fitoestrogen dalam ubi tidak menganggu reseptor seperti xenoestrogen.
Dalam proses melahirkan, ia dapat merangsang peningkatan juga penghasilan estrogen, oksitosin, dan prostaglandin dalam tubuh anda.
Ubi biasanya memiliki sejumlah tinggi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B (B6), mineral, kalium dan fosfor.
Malah, penelitian menunjukkan terdapat penurunan keradangan terhadap seseorang pesakit kerana mengamalkan makan ubi.
Manfaat lain juga seperti membantu produksi endorphin, mengurangkan rasa sakit yang tidak wajar, menghindari keradangan pada saraf dan merangsang penghasilan fibrinogen yang boleh menyebabkan pembekuan darah.
Jadi kalau due date sudah hampir tiba maka sebaiknya ibu cuba amalkan makanan penambah tenaga yang kami senaraikan ini, semoga proses kelahiran anda berjalan lancar seperti mana yang diharapkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
https://my.theasianparent.commakanan-tambah-susu-badan