Berbuka Puasa Dengan Makanan Pencuci Mulut Lazat, Tak Sabarnya!

Sediakan makanan pencuci mulut ini buat keluarga dan anak-anak, tentu mereka teruja bila dapat sesuatu yang lazat ketika di waktu berbuka. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bosan juga kalau makanan pencuci mulut semasa berbuka puasa hanya dihidangkan dengan kuih-muih sahaja. Sesekali cuba sesuatu yang baru best juga, kan? 

Sebenarnya, membuat makanan pencuci mulut ini tidaklah susah mana pun kerana biasanya ia hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. 

Bagi anda yang sedang mencari juadah pencuci mulut, berikut ini resepi yang boleh anda cuba di rumah. 

8 makanan pencuci mulut yang anda WAJIB cuba!

1. Makanan pencuci mulut – Aiskrim Goreng 

Bahan-bahan: 

  • 1 scoop aiskrim 
  • 2 keping roti 
  • Gula halus untuk topping 

Cara-cara membuat: 

  1. Letakkan sekeping roti atas piring. 
  2. Kemudian, letakkan 1 scoop aiskrim atas roti. 
  3. Kemudian tindihkan sekeping lagi roti atas aiskrim tersebut.
  4. Setelah itu, tindihkan gelas atas roti hingga berbentuk bulatan. 
  5. Beku roti tersebut dengan aiskrim selama tiga jam. 
  6. Selepas tiga jam, goreng dalam minyak panas dan angkatnya setelah berubah warna coklat keemasan.
  7. Tabur gula halus dan hidangkan. 

2. Bakso goreng 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan: 

  • 500 gram daging ayam 
  • 250 gram udang 
  • Daun bawang
  • Bawang putih 
  • Ais batu 
  • 350 gram tepung sagu 
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder 
  • Kicap masin 
  • Kecap ikan
  • Serbuk ayam 
  • 1/2 minyak bijan
  • Gula dan garam secukupnya 
  • Lada
  • Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara membuat: 

  1. Masukkan daging ayam, udang, daun bawang, bawang putih dan ais batu ke dalam food processor. Kisar sampai semuanya halus dan sama rata. 
  2. Masukkan semua bahan yang lain pula dan kisar sampai halus.
  3. Bentukkan bakso dan goreng. 
  4. Angkat dan sajikan bersama sos cili. 

3. Nugget pisang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 6 biji pisang 
  • 2 biji telur 
  • 200 gram tepung gandum 
  • 150 gram susu cair
  • 100 ml susu pekat manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1/gram 
  • 1/2 sudu essen vanila 

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan pisang, telur, tepung gandum, susu cair, susu pekat manis, gula pasir, essen vanilla, garam ke dalam pengisar. Haluskan sehingga semua bahan bercampur. 
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Kukus selama 30 minit sehingga adunan masak sempurna
  3. Potong adunan tersebut. 
  4. Campurkan susu cair dan telur ke dalam mangkuk. Gaul nugget pisang yang telah dibentuk dalam tepung gandum dan telur tadi. 
  5. Goreng sehingga nugget keemasan dan angkat. 
  6. Hias bersama keju atau hirisan coklat. 

4. Jus tembikai laici 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Semangkuk buah tembikai yang sudah dipotong
  • 1/2 laici bersama airnya. 
  • Daun pudina

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Campur semua bahan ke dalam gelas/ bekas sederhana
  3. Masukkan ais dan hidangkan buat keluarga. 

5. Thai Green Tea 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Bahan-bahan:

  • 2 sudu thai green tea
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu krimer kopi 
  • 2 sudu susu krim pekat manis
  • 1/4  susu cair 

Cara-cara membuat: 

  1. Masukkan dua sudu thai green tea ke dalam cawan. 
  2. Tambah air panas dan kacau thai green tea kemudian tapiskan.
  3. Setelah ditapis serbuk tea, asukkan satu sudu coffe creamer ke dalam thai green tea dan tiga sudu susu pekat manis. Tuang adunan ke dalam gelas berisi ais.
  4. Siap untuk dihidangkan!

6. Aiskrim Oreo 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Oreo
  • Susu cair

Cara-cara membuat:

  1. Pecahkan orea hingga hancur.
  2. Gunting plastik orea dan tuangkannya ke dalam susu. 
  3. Bekukan oreo ke dalam  freezer dan hidangkan setelah ia beku. 

7. Aiskrim mangga 

Bahan-bahan: 

  • 4 biji buah mangga dipotong dadu.
  • 330 ml susu cair
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu krim yogurt
  • Buah mangga untuk topping

Cara-cara membuat: 

  1. Haluskan semua bahan dalam pengisar dan bekukan dalam freezer.
  2. Haluskan mangga dengan susu, gula dan yogurt. Kemudian blender halus.
  3. Masukkan dalam gelas dan asingkan. 
  4. Goncong whipped cream dengan mixer. Masukkan beberapa senduk ke ke dalam gelas jus mangga.
  5. Ambil beberapa skop ais krim dan letakkan atas lapisan krim.
  6. Hias buah mangga sebagai topping. Siap untuk dihidangkan! 

8. Smoothies Kelapa Muda 

Bahan-bahan:

  • Sebiji buah kelapa muda
  • 1 setengah gula pasir
  • Ais batu
  • 125 ml susu 

Cara-cara membuat:

  • Ambil isi kelapa muda dan blender halus dengan air kelapa. 
  • Masukkan gula, ais batu dan susu. Kemudia blende lagi sehingga halus.
  • Sajikan buat keluarga tercinta. 

Hmm..sedapkan resepi yang kami kongsikan ini, apa kata anda cuba harini dan jangan lupa ambil gambar kemudian kongsikan dengan kami. 

Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Bosan Dengan Menu Berbuka Biasa? Cuba Hidangan Hari Raya Unik & Lazat Ini