TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

10 Makanan Perayaan Deepavali Wajib Ada Semasa Perayaan Yang Perlu Anda Cuba

3 min bacaan
10 Makanan Perayaan Deepavali Wajib Ada Semasa Perayaan Yang Perlu Anda Cuba

Makanan perayaan Deepavali menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang mencerminkan budaya dan tradisi enak dinikmati bersama keluarga

Deepavali bukan sahaja disambut dengan meriah tetapi juga dipenuhi dengan pelbagai makanan tradisional yang lazat. Dari hidangan utama hingga manisan, berikut adalah antara makanan perayaan Deepavali yang wajib dihidangkan di pagi raya.

10 Makanan Perayaan Deepavali Yang Popular & Sedap

1. Thosai

Thosai adalah makanan kegemaran ramai dalam masyarakat India dan sering menjadi menu utama semasa Deepavali.

Makanan ini mempunyai rasa yang sedap terutama bila dimakan dengan kuah berempah yang digelar chutney atau sambar. Hidangan ini sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.

2. Idli

Idli adalah hidangan sampingan yang juga popular semasa Deepavali. Ia merupakan kek kukus lembut yang dibuat dari beras dan kacang dal.

Idli enak dimakan bersama chutney, kari ayam, kari dal atau kuah lain yang berempah. Hidangan ini mudah dicerna dan sihat menjadikannya pilihan yang baik untuk sarapan atau makan malam.

3. Murukku

Murukku adalah snek rangup yang menjadi kegemaran bukan sahaja dalam kalangan kaum India, tetapi juga masyarakat Malaysia yang lain.

Dibuat daripada tepung beras dan rempah, murukku mempunyai tekstur yang rangup dan rasa yang sedap. Ia sering disajikan sebagai kudapan sepanjang hari.

4. Kuih Rawa Urundai

Kuih Rawa Urundai adalah manisan yang kurang manis tetapi tetap digemari. Kuih ini mungkin tidak begitu dikenali, tetapi ia mempunyai rasa dan tekstur yang unik.

Ramuan utamanya termasuk tepung suji, gula, garam, kismis, buah pelaga dan minyak sapi.

5. Kuih Nei Urundai

Kuih Nei Urundai adalah sejenis manisan yang lembut dan mudah rapuh apabila dipegang. Rasanya lebih manis daripada Kuih Rawa Urundai.

Diperbuat daripada tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi, kuih ini sangat disukai kanak-kanak.

6. Kuih Jillebi

Kuih Jillebi mempunyai rasa manis yang ketara dan berbentuk lingkaran seperti murukku.

Kuih ini dibuat daripada adunan tepung yang digoreng dan kemudian direndam dalam sirap manis, memberikan rasa manis dan tekstur rangup pada bahagian luar.

7. Kuih Athirasam

Jika dilihat bentuk manisan tradisional ini seakan-akan donat. Diperbuat daripada tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak, kuih ini boleh tahan sehingga enam bulan dan biasanya disajikan sebagai kudapan atau pencuci mulut.

8. Kuih Maisur Pahku

Kuih Maisur Pahku adalah kuih manis yang diperbuat daripada tepung kacang, minyak sapi dan gula.

Teksturnya lembut dan mudah larut di mulut menjadikannya manisan yang sangat disukai semasa perayaan.

9. Kuih Alva

Kuih Alva adalah kuih manis yang menyerupai dodol dan mempunyai warna merah yang menarik. Kuih ini mempunyai tekstur lembut dan rasa yang pekat sesuai untuk mereka yang gemar manisan tradisional yang kenyal.

10. Kuih Laddu

10 Makanan Perayaan Deepavali Wajib Ada Semasa Perayaan Yang Perlu Anda Cuba

Laddu adalah salah satu manisan yang wajib ada semasa Deepavali kerana rasanya yang lazat dan berkhasiat.

Kuih Laddu adalah kuih yang berbentuk bulat dan mudah rapuh. Ia diperbuat daripada tepung kacang kuda, buah ceri, buah gajus, kismis, gula, garam dan minyak sapi.

Dengan pelbagai pilihan makanan yang lazat ini, Deepavali bukan sahaja menjadi perayaan untuk bersuka ria tetapi juga untuk menikmati keunikan hidangan yang mencerminkan kekayaan budaya.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

 

blogspot

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Restoran Cina Mesra Muslim Yang Sedap & Sesuai Untuk Berbuka Puasa, #3 Paling Best!

Baca juga: Hari Deepavali, Perayaan Penting Kepada Masyarakat India! Kenali Dewa Dan Dewi Di Sebalik Pesta Cahaya Ini

Baca juga: Cara Meraikan Perayaan Deepavali Dengan Kanak-Kanak: Aktiviti Dan Kraf Kreatif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 10 Makanan Perayaan Deepavali Wajib Ada Semasa Perayaan Yang Perlu Anda Cuba
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham