Tangan, Kaki & Muka Bayi 21 Bulan Melecur Teruk, Kuah Kentang Putar Tumpah! Hati-Hati Parents

Siapa sangka, kuah makanan segera boleh buat tangan bayi 21 bulan ini melecur teruk hingga buat dia fobia nak makan makanan yang sudah suam pun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau itulah perumpamaan yang mungkin boleh dikaitakn dengan bayi ini apabila tangan, kaki dan mukanya melecur selepas kuah daripada makanan segera tumpah ke atas tangannya.

Biasalah, kanak-kanak memang tinggi sifat ingin tahunya. Kanak-kanak ini dikatakan telah memasukkan tangan ke dalam plastik berisi makanan segera yang baru saja dibeli ibunya, mungkin dia terlanggar bekas kentang putar dan menyebabkan isi dalamnya tumpah.

Bagaimanapun, malang nasibnya apabila kuah kentang putar itu baru saja dimasak dan panas hingga menyebabkan tangan dia bahagian jari dan bahagian muka kanak-kanak ini melecur agak teruk!

Kuah makanan segera tumpah atas badan budak 21 bulan

Menceritakan kejadian itu, ibunya yang berkongsi di platform media sosial membuat perkongsian itu bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak tetatpi sekadar mengingatkan ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati supaya kejadian yang menimpa anaknya tidak berulang pada bayi atau kanak-kanak lain.

Bayi perempuan berkenaan kini dikatakan fobia atau serik untuk makan makanan yang ada rasa panas atau suam. Mungkin teringat kesakitan yang dialami akibat melecur itu.

Menceritakan keadaan cemas ketika itu, ibunya berkongsi selepas terkena kuah panas itu, ibunya terus membawa anaknya ke bilik air dan mengalirkan air sejuk atas tangan bayi berkenaan dan terus membawanya ke unit kecemasan hospital.

Kanak-kanak itu terpaksa ditahan di hospital selama lima hari untuk dipantau kesihatannya dan diberikan antibiotik bagi menyembuhkan luka akibat melecur itu. Semoga bayi ini cepat sembuh!

Bagaimana jika anak terkena benda panas?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa anda perlu buat jika anak terkena benda panas?

#1. Lalukan dengan air paip suhu biasa, bukan terlalu sejuk

Apabila terpegang benda panas, anda boleh terus melalukan anggota yang tercedera dengan air paip selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Kalau terkena pada bahagian anggota yang besar, dudukkan anak di bawah pancuran air di bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai.

Selepas itu, boleh menggunakan tuaman tuala sejuk untuk melegakan kesakitan. Tapi, elakkan daripada menggunakan ais secara langsung kerana terdapat sumber mengatakan ia oleh menghalang pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu yang sensitif.

#2. Tanggalkan pakaian yang terkena air panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut sebuah portal kesihatan online, jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal, tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.

Kadangkala, ibu bapa terus panik dan terus bergegas membawa anak ke klinik tanpa menanggalkan pakaian tebal dan masih panas.

Kulit yang tersiram air panas boleh ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana sumber haba tidak dihentikan. Sementara menunggu masa tiba di hospital, kesan melecur ringan tadi boleh menjadi lebih teruk!

#3. Elak petua pelik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu kita dengar petua rawatan lecur menggunakan bahan tertentu seperti tepung, ubat gigi, kicap, dan sebagainya. Jika kesan lecuran tersebut kecil dan berlaku pada orang dewasa mungkin petua ini mungkin boleh digunapakai.

Tetapi, jangan sesekali melakukannya sebagai langkah kecemasan pertama, terutamanya pada anak kecil yang sedang kesakitan.

#4. Jumpa doktor secepat mungkin

Kesan melecur ringan biasanya boleh sembuh dalam masa 1 hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan lecuran tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda perhatikan kawasan tercedera semakin sakit, bengkak, menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak, jangan lengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ia barangkali tanda jangkitan.

#5. Kalau gelembung elak pecahkan

Selepas beberapa hari, mungkin kawasan kemerahan ini akan mula surut dan mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyapukan kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar.

Ingat, jangan sesekali cuba memecahkan gelembung ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Elakkan daripada menyapukan losyen, bedak, atau sebarang petua lain yang tidak diketahui keberkesannya kerana ia turut berisiko kepada jangkitan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Badan Bayi 16 bulan Melecur Kerana Minuman Panas Yang Dibungkus Oleh Ibunya

Baca juga: Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

Baca juga: Akibat Ikut Petua Letak Ubat Gigi, Tangan Melecur Mangsa Ini Jadi Lebih Teruk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar